Arya dan Li Jin bersembunyi di sebalik longgokan mayat yang telah membusuk, Arya dan Li Jin sedang bertabah mengharungi dugaan dengan daging berlendir, berulat serta bau hanyir. Bila mereka terfikirkan sangat, mereka mahu termuntah, tapi niat mereka termati apabila terdengar bunyi pergerakan tapak kaki memijak mayat. Arya cuba tinjau di sebalik longgokan mayat, milik siapa tapak kaki itu? Sesusuk wanita berjubah serta berhudi menutupi kepala dan wajahnya. Wanita itu menghidu sesuatu, perlahan-lahan kepalanya menoleh kearah longgokan di mana Arya dan Li Jin berada. Wajah wanita itu tetap tidak kelihatan dek cahaya terpancar dari belakang wanita itu yang telah membayangi wajahnya. Perlahan-lahan kaki wanita itu mendekati longgokan di mana Arya dan Li Jin berada.
Arya hampir membatu di situ, dia pegang tangan Li Jin, Li Jin terbatu juga, matanya terbuntang menjeling pada Arya. Wanita itu membongkok sedikit, Arya mulai cuak. Tangan wanita itu menjulur kearah longgokan tersebut, Arya pejam mata kuat-kuat.
"Yui, apa kau tercegat kat situ?" suara Chang Peng kedengaran di sebelah wanita yang bernama Yui. "Jangan buang masa kat situ, jom cepat gerak!"
Chan Peng berjalan melepasi Yui, Yui termati niat untuk membelek longgokan mayat. Arya dan Li Jin melepaskan rasa lega, tak sangka mereka berterima kasih pada Chang Peng didalam hati masing-masing. Mereka tetiba terdengar jeritan dan gelak tawa. Emin berwajah marah mengejar Mejar, Mejar tergelak-gelak lari dari Emin, entah dajal apa yang Mejar dah buat dekat Emin sampai kena kejar. Sedar tak sedar, Mejar terhenti berlari manakala Emin terdebuk belakang Mejar.
Emin sentuh mukanya sambil merungut, "Apa ni Mejar, kot ye nak berhenti pun..."
Emin termati kata, Mejar turut termati kata. Arya dan Li Jin terbeku di situ, Chang Peng dan Yui memandang Emin dan Mejar dengan dingin sekali.
Emin pandang Chang Peng, dia dapat merasakan aura tidak sedap daripadanya. Emin sentuh bahu Mejar.
Emin berbisik pada Mejar, "Mejar, aura ni.. dia assassin."
Lagi membesar biji mata Mejar, tertelan air liur. Chang Peng tersenyum sinis.
"Yui, berapa lagi kunci kita perlukan?" Chang Peng bertanya.
Yui balas, "Lagi 5."
Memandangkan Chang Peng lebih tinggi dari mereka, dia membongkok sedikit, dia memberikan senyuman yang mengerikan pada Mejar dan Emin.
Chang Peng berkata, "2 kunci lagi di temui."
Yui angguk. Tangan Chang Peng menghala kearah mereka, Emin dan Mejar bergetar seluruh tubuh, mereka terpaku di situ. Chang Peng tersenyum melihat 2 mangsanya dalam ketakutan, dia benar-benar suka.
"EMIN! MEJAR!" suara Ayra kedengaran.
Arya datang mencelah di antara 2 sahabatnya dan Chang Peng, Arya tumbuk tanah, seluruh kawasan itu bergegar. Permukaan bumi mulai tidak rata, tanah-tanah itu timbul dalam bentuk yang sangat kecil dan tajam seakan-akan jarum, ianya timbul begitu banyak lalu menyerang Chang Peng dan Yui. Chang Peng dan Yui mengelak sambil mengundur ke belakang. Anak panah Uniq tercacak ke tanah di sebelah Yui, Yui tersentak, segera dia toleh ke belakang, nampaknya Li Jin di belakang mereka sambil menghalakan anak panah kearah mereka.
Li Jin bersuara, "Emin!!"
Emin terpinga-pinga sebentar, beberapa saat baru dia mengerti. Emin mendepa kedua-dua tangan seluas-luasnya lantaran dia menampar ke kedua-dua tapak tangan antara satu sama lain. Bangunan-bangunan di belah kanan dan kiri Chang Peng dan Yui bergegar, tiba-tiba dua bangunan itu bergerak dengan sendiri dan menghempas Chang Peng dan Yui.
Mejar, "Diorang dah mati ke?"
Arya balas, "Yang perempuan tu mungkin ye, assassin tu tak. Mari kita pergi dari sini sebelum assassin tu buru kita. Kita bukan lawan assassin."
YOU ARE READING
Pulau Elba
FantasySiapa je yang tak nak hidup. Siapa yang tak nak lari dari pulau neraka tu? Semua orang perlu survive, tiada kompromi, kalah adalah mati, menang adalah hidup. untuk hidup, perlu membunuh. Untuk hidup, perlu mengkhianat. Untuk hidup, kena pentingkan d...