Mereka terkejut tiba-tiba lori berhenti emergency, mereka tertanya-tanya apa yang dah berlaku di luar. Mereka terdengar bunyi pelik-pelik dari luar. Bunyi cermin di hempas, terdengar suara Mejar dan Hideaki. Pintu kontena lori di buka ganas, mata mereka semua tertumpu pada sekujur lelaki yang baru sahaja membuka pintu lori. Lorenzo berdiri sambil tersenyum.
Lorenzo menyeringai, "Mana mau pergi?"
Anshar masih lagi tidur dengan nyenyak dan tenang, perlahan-lahan mata dia terbuka. Dia masih mamai, dia segera bangun sambil menggosok-gosok biji matanya. Dia kebilkan mata beberapa kali, dia menguap. Barulah dia fokus pada sekitarnya, dia terdiam sebentar. Kenapa semua pandang kearahnya, dia hairan, dia dekat mana? Kenapa Lorenzo berdiri kat depan tu sambil pandang dia, kenapa semua pasukan dia termasuk pasukan Farah berdiri sambil pandang kearah dia. Apa yang pelik pasal dia.
Anshar bersuara, "Kenapa pandang?" beberapa saat kemudian, baru dia tersedar dia sedang berdepan dengan siapa, "Lorenzo?"
Lorenzo, "Oh, selamat pagi. Puas tidur?"
Pege, "Urgh, dia dah bangun pula. Luka belum sembuh lagi."
Li Jin tepuk dahi, "Pergilah tidur balik."
Anshar blur, "Huh?" muka dia masih nampak mamai.
Li Jin pukul belakang tengkuk Anshar sehingga pengsan. "Tidur lagi baiklah, kitorang perlukan kau bila kau dah betul-betul pulih, Anshar."
Ha Yoon berkata, "Farah, tolong jaga dia. Biar kitorang handle diorang."
Farah angguk laju-laju. Busur dan anak panah Li Jin menjelma di tangannya, begitu juga yang lain. Mereka semua keluar dari lori, pintu lori di tutup rapat-rapat. Maisha sentuh pintu lori lama-lama, kemudian dia berpusing ke depan.
Setahun sebelum Zakri dan Anshar melancong ke luar negara. Anshar gemar bermain dengan muzik, Zakri berjanji dengan Anshar akan menghadiahi dia piano jika Anshar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan hujung tahun. Ya, Anshar berjaya cemerlang dalam peperiksaan hujung tahun.
Setelah itu, Anshar di kunjungi oleh guru muzik yang dibayar oleh Zakri untuk mengajar Anshar belajar asas muzik. Disitu bermulanya Anshar belajar bermain muzik dan piano, walaupun dia belum cukup mahir bermain dengan muzik, jari dah tak kekok untuk menyentuh setiap kunci piano.
Satu hari itu, Zakri bertanya pada Anshar, "Anshar, Anshar boleh cipta lagu sendiri ke? Nak dekat setahun Anshar practice."
Anshar, "Ada. Papa nak dengar ke? Anshar selalu practice lagu ni dengan cikgu, cikgu kata ok juga buat lagu sendiri."
Zakri, "Boleh papa dengar?"
Anshar senyum, dia pun mainkan papan kunci setiap not muzik. Lagu itu, amat-amat sayup, bercampur perasaan nostalgia dan tenang, adakala ia berbaur kesedihan disitu. Dia terbayang bayangan wanita berambut emas, senyuman itu menyelah. Anshar tiba-tiba menitiskan air mata, entah tak tahu kenapa.
Zakri terkejut, "Kenapa Anshar nangis?"
Anshar pandang Zakri, "Papa, betul ke Anshar ni anak angkat?" Zakri tergamam, "Sebab, kenapa Anshar rasa.. lagu yang Anshar mainkan ni selalu bermain-main dalam kepala Anshar. Sampai Anshar cuba susun lagu tu untuk dengar betul-betul. Papa, sape ayah mak Anshar? Papa kenal ke?"
Zakri terdiam, dia tak tahu nak cakap macam mana. Zakri tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus.
Zakri, "Ye, Anshar anak angkat. Bukan anak betul papa. Papa ambil Anshar kat rumah anak yatim, masa tu Anshar umur 1 tahun lebih."
Anshar benar-benar berasa sedih, "Sape mak ayah Anshar?"
"Papa tak tahu, dan papa tak nak tau." Terus Zakri berdiri dan keluar dari bilik muzik.
YOU ARE READING
Pulau Elba
FantasySiapa je yang tak nak hidup. Siapa yang tak nak lari dari pulau neraka tu? Semua orang perlu survive, tiada kompromi, kalah adalah mati, menang adalah hidup. untuk hidup, perlu membunuh. Untuk hidup, perlu mengkhianat. Untuk hidup, kena pentingkan d...