"Hei budak hingusan, memandangkan kau bela batu tu lebih pantas dari aku. Apa kata kita duel, kita tunjuk sape yang lagi berbakat." Lorenzo senyum menyereng. Tambahan lagi 2 gengnya merapati Lorenzo dari belakang sambil senyum belagak. "Mau tak?"
Anshar diam, dia tak tau samaada perlu berduel atau tidak. Anshar dengan teragak-agak membalasnya, "Saya tak tauu.."
"Heh! Kau nak tunjuk diri kau bagus?!" Manikam menongkat siku diatas bahu Anshar, gayanya Manikam menghembus kata-kata kesat pada Lorenzo. Anshar terkejut dengan keberanian Manikam, Manikam senyum lagak, "Kalau tengok dari bakat, Anshar lagi berbakat dari kau. Kau? bawah dia je, bro."
Salah seorang dari geng Lorenzo mula menggeletar tak puas hati, "Eiii kau ni!! memang nak cari nahas!" Chang Peng mengepalkan seluruh penumbuknya sehingga berbenang-benang urat timbul.
Farah berdiri di depan Anshar cuba mempertahankan Anshar, wajah Farah begitu dingin, "Betul tu, kalau kau ada 3 orang, kitorang pun bertiga. Betul tak, Anshar? Menikam?" dia toleh memandnag kedua-dua mereka.
"Nama aku Manikam lah, bukan menikam!!"
Daniel di sisi Lorenzo pula rasa macam mana nak belasah Farah tetapi Lorenzo menghentikan perbuatan Daniel sebelum dia sempat bertindak melulu. Lorenzo melirik mata dengan Daniel, Daniel hanya balas sahaja sambil dahi berkerut tak puas hati. Lorenzo toleh pada Farah, Anshar dan Manikam kemudian dia membongkok sedikit menatapi budak-budak yang masih lagi belum tumbuh besar dan tinggi seperti dia dan gengnya.
Lorenzo menyeringai, "kalau macam tu, korang terima cabaran aku ni?"
Anshar nak berkata sesuatu tetapi Farah dah balas dulu, "Sudah tentu! Kita akan tentukan siapa yang lebih berbakat."
Lorenzo dan geng-gengnya terkekeh besar, "Nak hasilkan uniq pun tak sempurna 100% ada hati nak cabar bakat orang lain! Hahahahah!" seringai Cheng Peng.
Farah mengepal kedua-dua penumbuknya, Anshar sentuh bahu Farah, Farah toleh pada Anshar, Anshar menatap matanya dengan begitu dalam. Kemudian Anshar melangkah kedepan berdiri didepan Lorenzo dengan muka series tetapi.. memandangkan dia ni innocence jadi dia punya marah tu tak berapa menakutkan.
Anshar, "Baiklah, saya terima cabaran awak. kita berduel. Dengan syarat, berduel jangan sampai ada yang cedera parah sampai tak sedarkan diri."
Lorenzo, "Baiklah."
Kedua-dua team Anshar dan Lorenzo berada di tengah dewan tempur manakala yang lain hanya berdiri dan ada yang duduk di tepi sambil menyaksikan duel mereka. Chang Peng menghasilkan pisau lut sinar dari milik uniqnya lalu menerpa kearah team Anshar, Manikam membalas serangan itu dengan tombak lut sinar dari milik Uniqnya juga. Manikam cuba menusuk paha Chang Peng, Chang Peng berjaya pertahankan serangan itu. Sedang mata mereka berdua bertemu, tanpa sedar, beberapa pisau Uniq terapung dari udara datang menyerang belakang Manikam. Nasib Farah sedar dengan segera dia berlari ke belakang Manikam dan melantunkan semula serangan Uniq dengan pendinding uniq. Anshar mulai risau, dia cuba bantu rakannya tetapi Lorenzo dah pun berdiri di depan matanya.
Lorenzo senyum sinis sambil memandang rendah terhadap Anshar, "Heheh, nak pergi mana? Aku lawan kau."
Anshar berkerut dahi. Pendinding Farah di pukul beberapa kali oleh penumbuk uniq milik Daniel, Daniel memekak-memekak sambil menumbuk pendinding Uniq Farah.
"Hei hei! Apa ni! mana pergi mulut besar kau?! tadi kemain berlagak nak tunjuk bakat kau! sekarang mana pergi?!"
Farah makin mengundur-undur ke belakang, dia tidak melakukan apa-apa serangan pun dalam keadaan panik ini. Benar, dia belum mampu membuat apa-apa serangan dia hanya mampu mempertahankan dirinya sahaja. Farah tersentak apabila Anshar menggelongsor di sebelahnya dalam jarak 3 meter, nampaknya Anshar cuba mempertahankan diri dari serangan Lorenzo. Lorenzo dengan bersemangat dan bertenaga melepaskan tumbukan uniq lut sinar berbentuk penumbuk kearah Anshar bertubi-tubi. Tapi serangan itu tak berapa mengena, Anshar menunduk kepalanya tetapi tidak tahu nak mengelak macam mana, tetapi dia cuba beranikan diri, dia bangun lalu berlari cuba mengelak serangan Lorenzo.
YOU ARE READING
Pulau Elba
FantasiSiapa je yang tak nak hidup. Siapa yang tak nak lari dari pulau neraka tu? Semua orang perlu survive, tiada kompromi, kalah adalah mati, menang adalah hidup. untuk hidup, perlu membunuh. Untuk hidup, perlu mengkhianat. Untuk hidup, kena pentingkan d...