EPISOD 13 : RUMAH DALAM DINDING HALIMUNAN

37 2 0
                                    

Mejar gagal membawa masuk lori ke dalam, semasa dinding tengah pulih masa tulah lori pula baru nak masuk, jadi lori pun tersekat antara dalam dinding dan luar dinding. Memang lori tak boleh bergerak langsung kalau dah tersekat.

Mejar merungut, "Alah!! Tersekat pula!! Anshar! Tak boleh nak buat pape ke pasal benda ni?"

Anshar dengan suara tak bersalah, "Entahlah, tapi saya risau risiko tu. Kalau saya musnahkan dinding sekarang berkemungkinan lori pun kena juga."

Hideaki, "Betul kata Anshar, melainkan kau ada cadangan lain."

Mejar sedang berfikir, dia sentuh dagunya kemudian dia pandang Hideaki, Hwa Won dan Anshar.

Ofis Control Panel, Layout 2
Damia, Officer Pangkat Bronze, Control Panel Bawah. Setiap langkah Damia begitu pantas sehinggalah dia berdiri didepan bilik pejabat Milux iaitu Officer Pangkat Golden, Control Panel Atasan. Damia nak ketuk pintu tersebut tetapi terdengar suara Milux dari dalam.

"Masuk."

Damia menarik nafas dalam-dalam lalu dia buka pintu, Mag juga ada didalam pejabat Milux. Damia tutup pintu perlahan-lahan lalu dia berdiri sahaja disitu. Mag pandang Damia dengan penuh tanda tanya.

Mag, "Kenapa tercegat kat situ?"

Damia, "Saya takde urusan dengan awak." Mata dia beralih pada Milux, "Tuan, saya datang sini nak menyuarakan tidak puas hati saya terhadap game ni."

Milux, "Baiklah, teruskan."

Damia, "Kenapa, kenapa saya dan Maya tak tau langsung game ni dah bermula selepas senja? Saya baru dapat khabar ni selepas subuh pagi tadi. Saya tengok, jumlah survivor berkurangan hanya dalam satu malam. Bukan tu je, noble terlibat. Dan noble tu pula, saya dengarnya merupakan Pembunuh Assassin dan dia masih berlegar-legar lagi dikawasan kita."

Milux tanpa pandang Damia, dia masih lagi meneruskan kerjanya, "Saya tau ini agak sulit. Tapi.." dia pandang Damia, "Saya tau perkara ni akan berlaku."

Damia terkejut, "Tuan! Ini tak adil!"

Milux, "Dalam survival game, takde yang adil. Tiada kompromi, kalau nak hidup perlu cari jalan untuk hidup."

Damia bersilang tangan, "Jadi, Tuan yang rancang semua ni?"

Mag, "Damia, apa yang awak risau. Survivor batch kali ni ramai, terlalu ramai dari yang biasa. Sebenarnya, ada sebab kenapa game kali ni berbeza dari yang sebelum ni."

Damia melepaskan silangan tangannya perlahan-lahan, dia terkejut, "Jadi, awak nak maksudkan, nak kurangkan bilangan para survivor sebelum lepasi rintangan 2?" Mag angguk, "Hah, tapi, kenapa saya dengan Maya tak tau cerita. Kami pantau pergerakkan survivor, bila tengok hanya dalam satu malam ramai yang mati sebelum subuh, kami mula takut. Tuan! Adakah ni rancangan tuan?"

Milux, "Tak, arahan dari orang atas. Tuan Lenov, Officer Pangkat Golden Premium, Pengerusi Jabatan. Apabila terlampau ramai survivor batch ke-1,854, dia tak mahu lebih 80 yang survive di Layout 4, di Layout 4, takkan ada rule berdasarkan batch lagi, semuanya random."

Damia, "Kenapa tak bunuh je mereka semua masa kat Layout 1."

Milux, "Kita tak boleh buat macam tu, peraturan tetap peraturan, permainan tetap permainan. Untuk kurangkan survivor ialah membuatkan mereka membunuh antara satu sama lain, tugasan kita sebagai orang yang terikat dengan peraturan pulau hanya perlu mengatur permainan pembunuhan antara satu sama lain. Yang akan selamat hanyalah, yang berpotensi sahaja."

Damia terus ambil kerusi berdekatan dan duduk dihadapan Milux, "Ada lagi yang saya kena tau ke?"

Milux, "Ye, lagi satu. Puteri Noble Pertama dah turun padang."

Pulau ElbaWhere stories live. Discover now