PULAU
Untuk kefahaman anda, pulau Elba seluas Negeri Pahang. Setiap Layout luasnya tak sama, ada yang luas ada yang kecil. Layout paling luas adalah di Layout 100 dengan seluas kota Kuala Lumpur.PENETAP
Penetap dan penduduk berbeza maksudnya. Penetap adalah survivor yang mendapat "nasib baik" di mana-mana rintangan, dan ingin menetap di situ. Andai kata mereka penetap di Layout 10, mereka dibenarkan berlegar disekitar Layout 10 ke bawah. Mereka juga di izinkan untuk meneruskan lepasi rintangan jika mahu. 30% adalah Penetap.PENDUDUK
penduduk asal pulau itu. Mereka berhak berlegar ke mana-mana Layout kecuali di Layout 1 dan Layout 100.LAYOUT
Daerah sesuatu kawasanRINTANGAN
Dinding atau sempadan yang memisahkan dua daerah atau Layout.SURVIVOR
Kenapa digelar survivor? Setiap orang yang di jemput untuk join permainan maut di pulau misteri di gelar Survivor. Mereka terikat dengan permainan dan peraturan pulau tersebut. Tempoh 6 bulan diberikan setiap rintangan dari Rintangan 1 (Layout 1) hinggalah rintangan 100 (Layout 100). Jika survivor gagal dalam tempoh 6 bulan maka, mati.TETAMU
Orang yang di undang secara baik atau tempias dari jemputan para survivor yang di jemput. Tetamu tak terikat dengan permainan dan peraturan pulau, boleh keluar masuk pulau sesuka hati, boleh berlegar-legar di semua Layout sesuka hati. Sebenarnya, setiap 2 tahun sekali akan ada Tetamu. Oleh di sebabkan majoriti Tetamu tak hiraukan rintangan dan terus keluar dari pulau atau jadi penetap di situ, maka data mengenai mereka tidak tercatat sebagai Tetamu, kekal sebagai bekas survivor sahaja.KELUARGA NOBLE
Mereka lebih fokus kepada kewangan, sponsor, masalah penduduk dan pecukaian berbanding hal-hal perperangan, politik dan survival game. Taraf pangkat mereka antara kedua teratas selepas Officer Pangkat Mithik, Pemimpin Pulau. Untuk penglibatan politik, perperangan dan survival game hanya beberapa dari mereka sahaja. Pemimpin Noble ke-2 merupakan Timbalan Pengerusi.ORIGIN NOBLE
Tetamu yang berjaya melepasi rintangan ke-100. Mereka di gelar Tetamu selagi belum capai rintangan ke-100. Mereka lebih berpengaruh. Hanya ada 15 Tetamu bergelar Origin Noble. Anshar sebagai Tetamu, Anshar berpotensi di gelar Origin Noble ke-16, gelaran itu masih belum di tentukan lagi.NOBLE (Puteri/Putera Noble)
Keturunan dari Origin Noble. Kekuatan Origin Noble turun tumurun mewarisi ke anak cicit, tapi mereka tak diberkati keistimewaan seperti Tetamu. Mereka tak boleh keluar masuk dari pulau, tak boleh berlegar-legar di sekitar Layout 1 dan Layout 100. Panggilan terhormat mereka biasanya berdasarkan jantina dan keturunan Origin Noble yang keberapa. Contohnya, Quinnela Latis anak perempuan dari keturunan Origin Noble Pertama, mereka akan gelar Quinnela sebagai Puteri Noble Pertama.MAHKOTA NOBLE (Mahkota Puteri/Putera Noble)
Noble yang berjaya melepasi rintangan 101 akan di beri gelaran Mahkota.OFFICER PANGKAT MITHIK
Dialah pemimpin besar pulau itu. Di sebabkan dia ikat jiwa mereka dengan Uniq pulau, maka tubuh badan mereka tak kelihatan menua tetapi hakikatnya tubuh mereka sedang merapuh apabila tiba masanya.OFFICER DAN PANGKAT
Survivor yang berjaya melepasi rintangan ke-100. Jika prestasi mengagumkan sewaktu Survivor dulu, dianugerah sebagai Officer Berpangkat. Sistem berpangkat tentera telah dihapuskan kemudian di ganti dengan sistem baharu. Mereka dah tak perlu lagi terikat dengan Game Maut tapi mereka terikat tanggungjawab sebagai Officer, mereka tetap tak dapat keluar dari pulau tersebut. Biasanya mereka akan menjadi mentor atau pun pantau pergerakan survivor, itu tak bermakna Officer ada kuasa untuk bantu Survivor jika arahan dari Pengetua tidak di keluarkan. Officer Berpangkat ada banyak peringkat.1) Officer Control Panel (CP)
CP memainkan peranan untuk menjaga dan memantau setiap Layout serta aktiviti survivor.2) Officer Pangkat Golden Premium
- setaraf kedudukan dengan Keluarga Noble. Hanya 10 orang layak berpangkat Golden Premium. Sebahagian dari mereka Pembantu Pemimpin Noble dan sebahagiannya terlibat dengan kerajaan sebagai Pengerusi Jabatan.3) Officer Pangkat Silver Premium
Hanya 15 orang layak terlibat dengan Keluarga Noble sebagai orang kanan Pangkat Golden Premium, jika keluarga Noble tiada Pangkat Golden Premium maka dia yang akan menjadi Pembantu Pemimpin Noble. Timbalan Pengerusi Jabatan Kerajaan.4) Officer Pangkat Bronze Premium
Hanya seorang sahaja Setiausaha Pemimpin Pulau, dan beberapa darinya adalah PengurusJabatan, dan Eksekutif keluarga Noble.6) Officer Berpangkat Premium
100% terlibat dalam kerajaan. Eksekutif Jabatan Kerajaan.7) Officer Berpangkat Golden
Control Panel Atasan. Sebagai Ketua Control Panel Layout. 25 orang yang layak, setiap seorang akan menjaga 4 Layout.8) Officer Berpangkat Silver
Control Panel Tengah. Sebagai Pembantu Officer Pangkat Goldeb. 2 Berpangkat Silver dibawah Officer Berpangkat Golden. Seorang menjaga 2 Layout.9) Officer Berpangkat Bronze
Control Panel Bawah. Pembantu Officer Pangkat Silver untuk memantau Layout. Seorang Officer pantau satu Layout.10) Pangkat Bukan Officer Bukanlah asal dari survivor, banyak jenis pangkat tapi tak nak senaraikan. Pangkat yang sama macam dalam ofis.
YOU ARE READING
Pulau Elba
FantasySiapa je yang tak nak hidup. Siapa yang tak nak lari dari pulau neraka tu? Semua orang perlu survive, tiada kompromi, kalah adalah mati, menang adalah hidup. untuk hidup, perlu membunuh. Untuk hidup, perlu mengkhianat. Untuk hidup, kena pentingkan d...