Bab 1

158 2 1
                                    

"Pagoh"

"Acu.....oooo..Acu" laungan ayah dari depan hampir menggugurkan jantung.

"Acu!..." laungannya lebih panjang dan keras.

"Ya....ya ayah, Acu datang ni"

Suaranya tenggelam timbul dan tersekat-sekat. Acu memalingkan mukanya ke tepi, namun wajah Izham Hadi sudah terlalu rapat dengan mukanya. dia cuba meloloskan dirinya dari balik pintu kayu itu, namum tubuh Izham Hadi yang lebih tinggi darinya mudah saja menghalang pergerakan. Dadanya terasa sesak, Izham mengepung tubuhnya rapat. Dan setiap nafas turun naik Acu diselangi senyum dari Izham.
Kedua tangan Acu sudah tergengam. Badannya mengeras. dan hampir tidak berfungsi.Hanya matanya tepat memandang wajah Izham yang tidak putus menguntum senyum. Mata Izham juga tepat memandang anak matanya. Acu terpaku.

"Ayah...." Bisiknya perlahan.Tersekat-sekat dan cuba meraih simpati.

Izham membalas dengan anggukan kecil.
"Ayah" lelaki itu mengulangi kata-kata Acu dengan renungan yang tajam. Masih berbaki senyum itu dan semakin galak mata Izham meneliti ruang wajah Acu.

Acu mula memejamkan mata rapat apabila dia dapat merasakan hangat tubuh Izham Hadi semakin merapati tubuhnya. Nafas Izham semakin menyesakkan dadanya. Badannya  semakin mengeras apabila dia merasakan tangan Izham mula bergerak dari aras bahu ke bawah. Nafas Izham semakin menyesakkan dadanya. Bibir Izham sudah begitu hampir menyentuh pipi kirinya.

"Please..." rintih Acu hampir tidak kedengaran dengan mata yang terpejam rapat.

Izham Hadi seolah-olah tidak mendengar rintihan itu. Seinci pun Acu tidak boleh bergerak kerana tubuh Izham yang begitu hampir. Tangan kiri Izham memegang erat tangan kanannya. Sebelah lagi menyelak rambut Acu yang terjuntai jatuh ke dahi menutupi muka gadis itu. Mata Izham tidak lepas dari fokusnya.

Perlahan Acu merasakan genggaman tangannya dibuka Izham.

Terasa sejuk di celahan jari-jemarinya. Dia membuka mata.

Terpinga-pinga melihat sebatang besi di tangan kanannya.

Izham Hadi tergelak kecil lalu berbisik perlahan ditelinganya.

"Ayah" sambil dia menyelitkan juntaian anak rambut ditepi telinga Acu dan mencuit hujung hidungnya.

Acu masih terpaku dibelakang pintu kayu dapur seusianya itu.

Izham Hadi berlalu sambil tersenyum.
"Satu sama" ucapnya tanpa berpaling.

Acu bingung, memandang besi ditangannya bergilir dengan memandang Izham yang sudah berlalu pergi. Seketika dia kembali ke realiti.

"Jumpa tak?" Laungan ayah menyentak kebingungannya.

"ayah...kejap ayah, Acu baru jumpa ni ha..." tuturnya masih kebingungan.

Dadanya berombak kencang. Darah mengalir ke mukanya membahang. Tangannya menggenggam erat besi itu dan mencari kelibat Izham yang Sudah hilang dari pandangan.

Segera dia berlari anak naik ke atas rumah dan menuju ke beranda. Diserahkan besi spanar yang diminta ayahnya.

dia masih terpaku dengan kejadian tadi. Dari bawah beranda, dikerlingnya susuk tubuh yang sudah berdiri di tepi tingkap sebelah hujung rumah kayu ayahnya itu. Izham Hadi memandangkan dengan senyuman yang masih sama.

Senyuman dan pandangan matanya galak dan nakal mengjengkelkan Acu. Cepat-cepat Acu mengalihkan pandangannya kepada ayah yang masih tekun membelek motor buruknya sejak dari tadi. Dia kembali mengenangkan apa yang baru terjadi di dapur tadi. Mukanya masih terasa panas membahang.

Sekali LagiWhere stories live. Discover now