Bab 9

130 2 0
                                    

"Cyberjaya"

Malam itu di bilik air beberapa kali Nia membelek baju gaun malam yang baru dibeli senggang waktu rehat tengahari Jumaat tadi. Wajahnya membahang kemerahan,dia tersenyum memikirkan agenda yang telah dirancang dimindanya sejak siang tadi. Disarung gaun tidur singkat aras paha,berenda nipis dan terbuka sehingga ke lurah dada. Tali halus di bahu dibetulkan.

Gaun satin hitam itu menyerlahkan hampir seluruh badannya,kecuali dari aras dada ke peha. Nia tersenyum bangga, melihat setiap lekuk bias tubuhnya dicermin.

"Too sexy or slutty?"mindanya pula mula mengacau.

"Is it too much?",di balikkan sedikit tubuhnya ke kiri,melihat bias pandangan pada pinggul dan punggungnya melalui cermin.

Fikirannya berbelah bagi. Lalu pantas dia menyarungkan robe panjang menutupi kesemuanya,dan mengikat kemas tali robe dipinggang.

"Nope!" Nia membuat keputusan,lantas melangkah laju keluar.

Nia tercari-cari kelibat Suaminya. Suasana  rumah dua tingkat itu sunyi sepi. Keluar dari bilik tidur, Nia segera menjenguk dari tangga atas, seluruh ruangan bawah sudah dipadamkan lampu,jadi tidak mungkin Suaminya bergelap sendirian di bawah.

Nia lantas mengalihkan pandangan ke bilik kerja. Bias lampu malap sahaja kelihatan dari loteng atas yang diubahsuai khas untuk menjadi ruang kerja suaminya. Ruang loteng atas yang kecil itu dihubungkan tangga kayu di tepi ruangan keluarga tingkat atas. Nia mengerling jam didinding,sudah 11.30malam,lelaki itu masih belum selesai menyiapkan tugasannya. Nia mengeluh kecil.

Dia sudah berkira-kira membatalkan sahaja perancangan nakal di mindanya sejak siang tadi. Cadangan Bibi untuk shopping di IOI Putrajaya waktu makan tengahari Jumaat yang panjang itu,membawa kepada idea untuk membeli sesuatu yang istimewa. Nia memeluk tubuh,memandang sepi ke loteng.

"Let's just give a peek! Mana tau dia dah nak settle ke kerja dia tu." bisik hati Nia. Dia menguntum senyum, tanpa sedar kakinya sudah memanjat tangga menuju ke loteng.

Dalam kesamaran lampu meja, di dapati lelaki itu sudah tertidur, Nia menggeleng kecil.

'Alahai,kesiannya you' dia menjengket merapati tubuh tegap yang sudah mungkin lama lenanya beralas lengan di sisi meja. Perlahan bahu disentuh lembut,dia hampir berbisik.

"Sayang....."

"Sayang....jom tidur" ucap Nia perlahan.

Lelaki itu  yang baharu sahaja terlelap membuka mata.Aroma harum melewati hidungnya,Nia sudah tersenyum manja disisinya.

"Sayang tertidur. Penat sangat ni. Jom kita turun and tidur kat bilik." Nia seolah memujuk anak kecil.

Dia tidak membalas,malah kembali melentukkan kepalanya tapi kali ini ke dada Nia. Haruman dari tubuh Nia telah menyegarkan kembali matanya. Ditarik Nia ke pangkuannya, Nia didudukkan di pahanya.

Kedua tangan Nia memaut leher lelaki itu manja. Sengaja dimainkan jari-jarinya di antara leher dan telinga. Ikutkan hatinya,mahu sahaja di mencium dan menggigit leher itu. Rasa ghairah memenuhi dirinya. Pandangannya yang redup menggusarkan seluruh tubuh Nia.

"Sayang" tutur Nia antara dengar dan tidak,dia masih asyik membelek seluruh muka yang dihadapannya. Sesekali jarinya mengoles-oles rambut,menguakkannya ke belakang dan menyerlahkan lagi wajah putih bersih yang hanya beberapa inci jaraknya dari muka Nia.

"Jom" rengek Nia manja. Antara mengajak untuk tidur atau sebaliknya.

Lelaki itu sudah keasyikan. Bau dan bahasa tubuh Nia yang sungguh menggoda. Sekejap sahaja nafsu lelakinya menjadi berahi,tetapi dibiarkan sahaja Nia dengan permainannya. Bertambah teruja bila melihat Nia yang nakal begini. Dia memejamkan matanya kembali.

Sekali LagiWhere stories live. Discover now