Bab 3

78 2 0
                                    

"Paris"

—"You, I dah sampai. Tunggu Bibi. She's on her way—

Gambar selfie berlatar belakang papan Fontenay-aux-Roses Station dihantar bersama emoji mata berbentuk bintang.

— "Good. Cantiknya.(emoji bermata hati).You...take a really good care of yourself, Ok?."—

—"i will,Tq"—

—"Have fun but jangan notty!"—

Nia hanya tersenyum. Tidak membalas pesanan ringkas di telefonnya itu.

—"Baby, miss you already"—

Emoji sakit terselit dihujung ayat.

—"Bluekk"—balas Nia pendek dengan senyum yang semakin melebar.

"Nia........"jeritan dari hujung tangga stesen mematikan niat Nia untuk terus berbalas mesej. Dia masukkan telefon ke dalam beg tangannya dan terus bangun menuju ke arah Bibi.

Pertemuan dengan teman baiknya itu sungguh menggembirakan Nia. Mereka rakan dari sejak zaman ijazah di Universiti sehinggalah menjadi rakan sekerja di tempat yang sama. Namun, hampir setahun juga Nia tidak bertemu Bibi yang sedang cuti belajar mengikuti program "fellowship" bagi latihan pasca kedoktoran di Paris. Setelah diberitahu bahawa Nia akan ke London selama dua minggu, Bibi hampir setiap hari memujuknya supaya meluangkan sedikit masa untuk singgah ke Paris. Dari mengaturkan tiket Eurostar daripada London sehinggalah tiba di Paris Gare du Nord Train Station, semuanya diuruskan oleh Bibi. Sepanjang perjalanan ke Fontenay-aux-Roses Station juga, Bibi sudah beberapa kali menelefon dan memberi panduan agar Nia tidak sesat. Bibi memang sudah masak dengan perangai kawannya yang cepat gelabah dan tidak begitu selesa berada di tempat ramai dan asing.

"rindunya kat hang kecik" Bibi memeluk Nia erat dan menarik rambut Nia di belakang ketika ingin melepaskan pelukan.

"Aduh, sakit la! Bi!" Nia mengaduh dan Bibi tergelak besar.

"Woi, hang bawak beg besaq ni hang lari dari rumah ka?"

Nia hanya tersengih. Bibi menggeleng kepala dan menarik beg roda berwarna kuning milik Nia. Sebelah tangannya lagi memaut lengan Nia. Mereka berjalan keluar dari stesen keretapi itu beriringan.

" Jauh ke tempat ko Bi? Bestnya Bi, cantiknya rumah-rumah kat sini." Tutur Nia menyusuri jalan yang menuju kediaman Bibi.

Kiri dan kanan rumah-rumah yang sederhana besar dan cantik, persekitarannya juga bersih dan segar dengan bunga-bunga sedang mekar di kaki lima.

"Hang tu aku ajak mai sini hang takmau. Punya la susah nak keluaq. Ni kalau tak kena paksa hang kena pi present kat London tu ganti Prof, memang sampai tua la hang tak pi mana"bebel BiBi.

"Aku dok dekat ja, tu depan tu hang nampak dak apartment tu, tu la Residence Lanteri, ramai student post doc dengan phd duk situ, senang"sambung Bibi lagi.

"ohh.." Nia menganguk, masih mengkagumi keindahan bandar yang baru dijejakinya itu. Seketika, beberapa kali bunyi notifikasi telefonnya berbunyi, namum Nia hanya membiarkannya sahaja.

"kecik ja, jenis studio. Tapi senang, ada servis orang mai cuci, ada cafe, ada Wifi free. Nak pi uni pon dekat ja." Sambung Bibi setelah membuka pintu bilik apartmentnya dan mempelawa Nia ke dalam.

"Hang rehat, semayang ka apa dulu, sat lagi petang sikit, aku bawak hang ronda dekat-dekat sini dulu. Aku ingat nak bawak hang pi Jardin du Luxemberg. Kita cuci mata.hehehe."

"Esok baru kita pi round Paris iconic places, hang nak pi tengok Eifel Tower ka, nak pi shopping ka, nak cari mamat perancis bungkuih ikat tepi ka..."Bibi menyorong beg kuning Nia ke bawah rak almari bajunya. Dia segera ke peti sejuk mini di sudut meja kerja dan mengeluarkan air mineral lalu disua ke Arah Nia.

Sekali LagiWhere stories live. Discover now