Bab 2

93 2 0
                                    

Bab 2

"London"

Notifikasi telefon berbunyi.

Gambar pertama. Poster berlatarbelakang dua budak lelaki dan sekeping layang-layang.

—"The Kite Runner"
Based on the best selling novel by Khaled Hosseini
Now a stunning new play
Adapted by Matthew Spangler—

Nia bingkas bangun dari katil. Gambar itu pantas menghilangkan rasa mengantuk dan keletihannya tadi.

Notifikasi telefon berbunyi lagi.

Gambar kedua. Dua keping tiket.

—Victoria Palace Theatre, London.
Saturday, 21 May 2017 19:30
Dress Circle C18—

Nia bingung seketika. Skrin telefon masih ditenung.

Leo.
Nama yang terpamer bersama notifikasi bunyi telefon Nia yang masih berbunyi.

"See you at 7pm"

Tiga pesanan ringkas itu menunggu balasan.

"I don't get it.."
Bersama emoji mata terbuntang.

"Hahaha...I'm asking you for a date.
Balasan diterima bersama emoji berbentuk hati di mata.

Balasan yang tidak disangka. Jari Nia pantas menzahirkan perasaannya di skrin telefon.

Emoji terkejut dengan mata terbuntang diulang tiga kali.Tanpa kata.

Emoji mata dikenyit sebelah dan lidah terjelir diterima sebagai balasan. Menzahirkan muka nakal pengirimnya!.

"You tau ke nak ke Victoria Palace tu?Nanti you sesat sampai Malaysia I tak jumpa you nanti."

"Eleh. Eksyennya. Tau la dah jadi Londoners"

"Hahaha. I tunggu kat Liverpool Street Station la. You tau kan?around 5.30pm, ok?

"Orait. Emoji tangan tanda Ok.

"see you. Tunggu @Costa, OK?"

"Noted"

Date?. Nia mencampak telefon ke hujung katil, mujur tidak meluncur terus ke bawah. Tuala di birai katil dicapai, lalu bergegas ke kamar mandi.

...

Kota itu masih kosong dan sejuk baginya. Asing dan membingungkan.

Nia tiba di stesen Liverpool Street beberapa minit lebih awal daripada yang dijangkakan. Nia segera mencari kiosk kopi jenama Costa yang dikatakan Leo. Beberapa orang kelihatan berbaris untuk mendapatkan kopi bagi menghangatkan badan di petang yang sejuk itu. Nia mencari kelibat Leo di sekitarnya melalui memorinya dengan cuba untuk mengingati susuk fizikal Leo yang sudah hampir 3 atau 4 tahun tidak bersua. cuma beberapa kali,adalah juga nama itu disebut-sebut Andy.

Leo.
Mempunyai fizikal yang tegap, tinggi dan berkulit putih bersih. Berketurunan Iban dan ibunya pula berdarah Cina campuran Melanau. Aktif bersukan, gila muzik, peramah dan kuat menyakat! Jika tersenyum pasti matanya mengecil dan kelihatan sepet.

Mulanya, Nia tidaklah begitu mengenali Leo dengan rapat. Leo merupakan kawan dari negeri yang sama kepada Andy, kenalan Nia ketika mengikuti kursus persediaan ijazah kedoktoran PhD suatu masa dulu. Dari turut sama belajar statistik, kaedah menjalankan kajian dan menjadi teman 'kopi' dan lepak, Andy yang juga 'sekepala' dengan Nia turut disertai Leo.

Dari situ, Leo yang peramah mudah sahaja menjadi kawan kepada semua, Nia, Andy, Leo, Mimi dan Leen. Setelah tamat kursus 4 minggu itu, mereka semua jarang sekali berjumpa. Hanya Nia, Andy dan Leo di Kuala Lumpur. Mimi dan Leen pula masing-masing di selatan tanahair. Mereka hanya sesekali bertanya khabar melalui mesej aplikasi WhatsApp.

Sekali LagiWhere stories live. Discover now