Bab 10

1K 2 0
                                    

" Seriena City"

Nia merenung sebentuk cincin ke dalam kotak kecil berwarna merah baldu. Hatinya sayu. Tanpa disedari, airmata turut mengiringi. Rindunya pada arwah Izham Hadi tidak pernah bertepi, tapi hidupnya perlu diteruskan. Di belek pula sebuah cincin lagi yang masih tersarung dijari manis di tangan kanannya.

Cincin itu juga turut menambahkan rasa berat di hatinya.

"Baby..." panggilan suara dari belakang mengejutkan Nia yang melayan rasa.

"Kejap sayang." Nia menyeka air mata. Membelek calitan solekan di mukanya dan membetulkan rambutnya yang di sanggul rapi. Segera dia mendapatkan suara itu.

"Hi gorgeous." Sebuah kucupan hinggap dibibir. Nia membiarkan sahaja kucupan itu yang semakin dalam.

"Sayang.." ujarnya cuba melepaskan diri setelah Rangkulan dipinggang dirasakan semakin ketat, dan tangan lelaki itu mula merayap.

"ma douce pêche"( my sweet peach)" nafas Leo mendesah dileher Nia.

" mon amour" ucapnya lagi merenung mata Nia. Redup dan menggoda.

"Sayang... we are going now sayang.." Nia mengelap calitan gincu yang tersisa di bibir Leo dengan hujung jarinya. Dia tersenyum. Leo masih merenungnya sambil sesekali mencuri cium lehernya kembali.

"Can we just stay?" Rengek Leo. Sambil memandang ke katil mereka dan menaikkan kening beberapa kali. Sengihannya penuh makna.

"Hahaha..not now sayang" Nia membetulkan rambut Leo yang sudah sedikit terusik.

" Ala, cakap je kita terlupa..boleh je kan?" Leo masih mengharap, Nia membalas dengan gelengan dan meleraikan pelukan Leo dipinggangnya.

"Ermm.." malas-malas Leo berjalan mengikut Nia yang menarik tangannya.

"ce soir mon amour. je promets (malam ini sayang, saya janji)" tutur Nia yang membuahkan senyuman meleret di muka Leo. Dia kembali berjalan beriringan dengan Nia lalu mengucup tangan yang memimpinya itu.

...

Orang ramai sudah memenuhi ruang masjid itu. Nia bersimpuh di tepi Bibi dan Sesekali tangannya digenggam Bibi. Di sebelah kumpulan pihak lelaki, Leo yang lengkap berbaju Melayu dan bersongkok juga duduk sebaris dengan pengantin lelaki yang berbaju serba putih. Nia tersenyum bahagia bila pandangannya ditangkap Leo lalu dibalas kenyitan mata. Kenangan setahun lalu kembali mengusik memorinya.

"Aku terima nikahnya ..."
"Alhamdulillah......."

Air mata Nia Jazleen mengalir lagi, tapi kali ini airmata syukur dan gembira. Bibi telah selamat menjadi isteri Kamarul dan doa Nia semoga semuanya berbahagia untuk Bibi.

Selesai majlis nikah dan sedikit jamuan ringan, Leo mendapatkan isterinya setelah bersalaman dengan tuan rumah serta kawan-kawan yang mengenali mereka. Melangkah ke kereta, tangan Nia dipimpin kemas. Sesekali dia menoleh kepada isterinya dan tersenyum.

....

"Alhamdulillah selesai dah semuanya kan. Dapat kahwin juga kan diorang". Kata Nia setelah meletakkan secawan kopi dan melabuhkan punggung di sebelah Leo.

"Alhamdulillah. Finally, banyak drama!" Jawab Leo sambil meletakkan buku bertajuk 'The Great of Shalahuddin- Al Ayubbi & Muhammad Al Fatih' ke meja.

"Thank you love" ujarnya menyambut cawan yang dihulurkan Nia.

"Kalau nak kira drama, kita lagi banyak drama sayang." Sengih Nia, memotong kecil kek coklat dengan garfu kecil lalu di sua ke mulut Leo.

"Yumm. Sedap! macam you!" Balas Leo.

" i memang macam makanan eh. Choc cake, peach, strawberry, creamy caramel...apa lagi" suapan kedua untuk dirinya pula.

Sekali LagiWhere stories live. Discover now