Bab 6

83 2 0
                                    

"Ipswich, London"

Nia sudah menunggu di dalam keretapi Greateranglia di platform bernombor 11 hampir 10minit, menantikannya bergerak ke Ipswich. Tidak pasti apa yang berlaku, perkhidmatan pengangkutan awam dari London itu masih tertangguh. Nia mula resah,tangan dan dahinya mula berpeluh-peluh.

Di keluarkan buku 'what the dog saw' tulisan Malcom Gladwell yang sudah separuh dibaca dari beg tangannya. Nia cuba mengalihkan perasaan resah yang sudah bermula. masih jauh perjalanannya, jadi dia perlu kekal tenang dan semuanya akan baik-baik sahaja.

Seketika, keretapi itu mula bergerak perlahan, Nia kelegaan. Perjalanan selama lebih kurang 1 jam 15 minit dihabiskan Nia dengan membaca, sesekali dia merenung ke luar menikmati pemandangan di luar. Tiba di stesen Ipswich,Nia terpegun dengan keindahan bandar kecil di daerah Suffolk itu. Terletak di timur England, berhampiran Sungai Orwell bandar itu di antara bandar tertua di England yang dipenuhi bangunan sejarah dan tinggalan maritim.

Dalam 10 minit Nia berjalan menyusuri kawasan perairan ataupun waterfront, dari jauh tersergam bangunan University of Suffolk yang akan Nia hadiri untuk mengikuti Konferens dan bengkel selama 5 hari. Nia tersenyum kelegaan. Lalu dia meneruskan perjalanannya ke Hotel Carlton yang terletak lebih kurang 1.6km dari universiti itu.Nia menarik beg,dia memutuskan untuk hanya berjalan ke hotel dan menikmati pemandangan bandar yang cantik itu.

Nia melalui Beberapa bangunan kedai lama dan kafe-kafe kecil sebelum sampai di butik hotel Carlton. Nia sungguh bersyukur, hotel itu diusahakan keluarga muslim dan menawarkan sarapan halal. Bilik hotel walaupun agak kecil tetapi sungguh selesa dan pekerjanya juga sangat baik. Setelah meletakkan beg, Nia berbaring dan mengambil telefon bimbitnya. Dia berkira-kira untuk menelefon Leo yang sejak tadi sudah berpuluh pesanan diterima. Nia menghargai keprihatinan Leo terhadapnya, tapi Nia sudah semakin keliru dan serba salah. Akhirnya,diletakkan sahaja telefon itu lalu terlena.

...

" So girls, what is your plan tonight?" Parfait, lelaki berketurunan African-American begitu teruja setelah tamat sesi terakhir bagi konferens dna bengkel yang dihadiri lebih 100 orang peserta dari seluruh pelusuk dunia itu. Dia yang peramah, sering menegur Nia dan Gabriela, gadis yang berasal dari Brazil. Mereka bertiga sering berbual ketika sesi rehat, dan bertukar-tukar pendapat tentang topik-topik yang dibentangkan dalam sidang konferens itu.

"Jaz and Gabriela, you stay in the same hotel right?" Tuturnya lagi dengan aksen Amerikanya yang pekat ditambah lenggoknya yang sedikit feminin.

"Yes." Balas Nia dan Gabriela hampir serentak.

" I don't really have a plan, but my flight is at 12 noon. So, i need to leave early in the morning" balas Gabriela sambil tekun menaip di telefon bimbitnya.

"Me too. I don't have anything on my mind, maybe just get a quick meal for dinner. I have until 6pm before my train to London tomorrow." Balas Nia.

"Great! I have a plan girls. Let's have a dinner together! And then let's go for a drink later"

" Dinner sound good." Balas Nia senyum. Gabriela hanya mengangguk tanpa berpaling.Masih dengan telefon bimbitnya.

"Ok.i"ll see you guys at 6.00pm. My hotel just around the corner, maybe we can walk down to the street and try to get some seafoods and a good beer" ujarnya melambai dan berlalu.

"Ok. Sound like a good plan.See you later"balas Nia dan turut melambai.

....

Usai makan malam, mereka bertiga berjalan menyusuri lantai kayu yang dibina di atas air sepanjang tepi marina itu. Pelbagai topik dibincangkan mereka daripada topik perbezaan agama, makanan, politik negara dan dunia, isu keganasan hinggalah ke hubungan cinta. masing-masing memberi pandangan dari sudut yang berbeza-beza dan sesekali ketawa menikmati suasana malam terakhir bersama.

Sekali LagiWhere stories live. Discover now