Bab 4

70 2 0
                                    

" Kuala Lumpur"

Perjalanan daripada Pagoh ke Kuala Lumpur kali ini dirasakan sangat panjang. Walaupun seperti selalu, dia memang berat hati meninggalkan kampungnya. Meninggalkan ayah yang sudah tua di mamah usia tanpa ada siapa yang menemankan. Mujur ada keluarga MakSu dihujung jalan yang sesekali menjenguk ayah, abang Ajak yang setiap hari menghantar makanan dari Maktok kepada ayah dan Pak Karim; ayah Maksu yang juga yang menjadi kawan minum di pangkin bawah pokok mangga bersama ayah.

Sudah beberapa kali dia menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja dan duduk Sahaja di rumah menemankan ayah. Dia juga berkira-kira, untuk menampung hidupnya, boleh saja dia berniaga online, mengambil tempahan kek & kuih muih dan menyiapkan nasi lemak setiap pagi dan menghantar ke warung Wak Tukiran di hujung simpang. Cukup untuk makan dia dan ayah. Apartmentnya di bandar juga boleh disewakan untuk menampung bayaran bulanan, jadi dia tiada bebanan hutang yang begitu besar.

Namun segala perancangan ditentang keras oleh ayah. Ayah tak mengizinkan dia menjalani kehidupan begitu. Ayah sering menyatakan hasratnya untuk melihat dia tinggal di rumah yang selesa di bandar, memandu kereta besar seperti yang diidamkan sejak kecil, mencapai cita-cita untuk bergelar seorang yang berjaya di mata masyakarat. Tetapi, cita-cita dan impian itu memerlukan pengorbanan hati dan perasaan yang besar. Meninggalkan ayah sendirian meniti hari tuanya.

'Selfish!' Bisik hati Nia.Perit.

Setiap hujung minggu, jika tiada tuntutan kerja, nia pasti sampai ke rumah kayu ditengah kebun getah itu. Dan setiap kali itu juga,hatinya sayu melihat kelibat ayah yang tak pernah jemu menantinya. Janjinya dulu, ayah mahu dibawa tinggal di Kuala Lumpur bersamanya, namun kasihan dia tak sampai hati melihat ayah yang tak betah jika tidak melihat motor buruk di depan mata, menjenguk kebun dan ke surau seperti biasanya. Ayah hanya bertahan selama seminggu, lalu diminta dihantar kembali ke rumah kayunya.

Nia mengelap airmata, rindunya pada ayah tidak terbendung rasanya. Dunianya seolah-olah sudah berakhir. Peritnya terlalu sakit untuk ditanggung.

"Ayah" hatinya merintih hiba membelah kesibukan lebuhraya menghala ke kota dengan juraian airmata.

...

"acu dah tak sanggup la Angah" adunya untuk sekian kalinya. Mukanya disembam pada meja kayu beralas kaca didepannya. Angah yang berdiri disisi menggosok kepala gadis itu perlahan.

"Angah faham. Angah dah cuba jugak pujuk ayah, tapi ayah tak nak"

Kata-kata Angah mengejutkannya. Pantas dia menegakkan badannya semula dan memandang tepat kepada angah.

"Ayah tak nak apa ni?" Matanya membulat terkejut!.

"Duduk dengan angah la, kat sana." Balas angah selamba.

"Angah...." Mukanya terus mencebik, matanya berkaca.

"Sampai hati nak ambik ayah pulak. Abis orang macam mana?" Rajuknya segera. Sedikit demi sedikit mula bertakung kolam airmata.

"Laa, abis tu? Kan Acu risau ayah duduk sorang-sorang. Ayah duduk dengan angah la senang, ada kakFizah boleh juga tolong tengok-tengokkan. Alif dengan Anif pon boleh main dengan Atuk tiap hari, takde la Atuk bosan." Angah tersenyum memandang adiknya. Dia pula berjalan ke tingkap, merenung jauh ke luar.

"Angah, sampainya hati. Orang?. Macam mana orang nak tengok ayah?Penang tu jauh tau tak nak ulang alik setiap minggu." Bentaknya sambil menahan sebak.

"Abis tu?!"

"Angah ni...Orang kata, orang la yang nak berhenti kerja, berhenti belajar. Duduk je terus dengan ayah." Disekanya air mata yang sudah menitis di pipi kiri.

Sekali LagiWhere stories live. Discover now