Bab 7

83 2 0
                                    

"Petaling Jaya"

Dari jauh Leo sudah dapat melihat kelibat Andy bersama 3 orang gadis berjalan menuju ke mejanya.
Leo tersenyum. Dadanya berdebar-debar.

Leo memeluk sahabatnya itu. Badan Andy yang sedikit gempal ditepuk kuat. Walaupun memeluk Andy,matanya tidak lepas memandang gadis berbaju blous biru laut, berseluar jeans skinny, berkasut stiletto 3inchi. Rambutnya yang dibiarkan lepas, beralun cantik menyerlahkan wajahnya yang manis.

Gadis berblous biru itu sengaja dipelawa duduk di sebelah kirinya bila Andy awal-awal sudah mengambil tempat di kerusi kanan. Mimi dan Leen memilih untuk mengadap mereka bertiga. Mata Leo masih tidak lepas meneliti setiap gerak gadis yang Di tunggu-tunggu itu. Ada sahaja masa dia mencuri pandang dengan lama, tapi masih belum dapat bertentangan mata kerana gadis itu sering melarikan pandangannya.

Senyuman gadis itu masih sama, berlesung pipit dengan pipi yang kemerahan sehingga ada sedikit rona dihujung hidungnya yang mancung. 'Cute!'

"Kenak kitak ?itok bekas gerek London ka" (Kenapa  kau?Ingat kat bekas girlfriend London ke?) Andy spontan bertanya setelah dilihat Leo senyum-senyum sendirian.

"Hahahha..Sik, bukan kamek itok bekas gerek London. Kamek itok gerek Semenanjung, kacak mena tapi congek"balas Leo dengan diikuti gelak Andy.

"Depa buat dah..duk menyembang cakap Sarawak, abis kami nak buat apa? Nganga?" Mimi mencelah disebalik tawa dua lelaki itu.

"Hahaha. Taklah Mi, I saja nak test Londoner ni boleh cakap Sarawak lagi. Nasib baik lulus, kalau tak, memang tak boleh balik Sarawak la ni" tutur Andy mengundang tawa seisi meja.

Setelah berbual seketika, Leo mempelawa untuk memesan minuman untuk mereka berempat. Setelah mengambil pesanan, Leo bingkas bangun.

"Help me please Nia!" Ujarnya selamba mengundang gelabah Nia yang sejak tadi merasa serba tak kena.

"Err..ohh..ok."Nia juga bangun membontoti Leo yang sudah berjalan ke kaunter. Nia hanya diam ketika berdiri di tepi Leo, tanpa reaksi.

"How are you?"
"Oh. I'm great! How about you?"
"I'm dying"
"Hah?what?"
"Tu me manques tellement" 

Bisik Leo sambil menundukkan sedikit kepalanya merapati telinga Nia lalu memerangkap bau haruman rambut yang sangat disukai

'Nyaman!'

....

Nia menunduk, entah kenapa dadanya begitu berdebar untuk berjumpa dengan Leo. Sejak 8bulan selepas pulang dari London, Nia tidak mengotakan janjinya. Dia tidak menghubungi Leo dan hanya sekali dua  bertanya khabar melalui emel. Itupun hanya sekadar membalas emel Leo yang panjang berjela.

Sewaktu Andy mengajaknya bertemu Leo yang baharu pulang, Nia sudah menolak. Berkali dia memberikan alasan untuk mengelak daripada berjumpa Leo tapi dipaksa Andy sehingga dia hadir juga. Dan sekarang Nia menyesal, Entah apa patut diperkatakan pada Leo ketika ini.

"Are you ok? Hot caramel macchiato for you right?"

Soalan Leo mematikan lamunan Nia.

Nia mengangguk kecil. Setelah pesanan minuman diterima, Leo membawanya ke meja. Nia mengikuti dengan 4 potong kek dan beberapa ketuk mufin.

"Kenapa kek 4 je, sapa yang on diet ni?" Komen Andy saat Nia meletakkan dulang berisi kek di atas meja.

Andy mengambilnya dan menyusunnya di tengah, tidak tahu untuk membahagi jenis dan perisa kek kepada siapa.

"I"ll share with Nia. Dia cakap dia tak boleh makan manis banyak, sugar-rushed. Nanti susah tidur."komen Leo sambil memerhatikan Nia yang masih banyak diam.

"You nak flavor apa Nia, I tak kisah...."

"Nia, woi kak! Berangan apa?!" Mimi menjerkah.

"Hahh..eh..?..err..I pun tak kisah."

Fikiran Nia masih tidak fokus dengan keadaan sekarang kerana mindanya sibuk memutarkan satu-satu memori ketika di London.

Tiba-tiba dia merasakan ada tangan yang meramas jari-jemarinya di bawah meja. Nia kaget namun cuba berlagak tenang. Dia memandang Leo yang langsung tidak memandangnya. Nia cuba menarik tangannya kembali, tapi digenggam erat Leo. Senyuman nakal terbit diwajah lelaki itu.

"Nia, you rasa ni. This is so yummy." Pelawa Andy setelah 2-3 suap kek hummingbird itu masuk ke mulutnya. Nia serba salah,tangan kanannya masih erat dalam genggaman Leo di bawah meja. Perlahan dia meronta, sesekali memberikan isyarat mata kepada Leo untuk melepaskan tangannya tapi langsung tidak dipedulikan Leo.

"Rasalah babe...you mesti suka"sua Andy pada Nia.

Lama Nia terdiam. Tangan meronta minta dilepaskan.
Mimi dan Leen turut memandang reaksi Nia yang sudah berubah air mukanya. Leo hanya mengukir senyum sinis menambahkan geram di hati Nia.

"It's ok Andy, you makanlah" tolaknya lembut.

"Eh, You ok tak ni Nia?" Soal Mimi.

"Yela Nia, tak sihat ke?Lain macam je muka you.."tokok Leen pula,mulutnya masih dipenuhi mufin coklat.

"Kenapa Nia? You demam ke Nia?" Tangan Leo melepaskan genggaman jari jemari Nia. Spontan Leo meletakkan telapak tangannya ke dahi Nia. Merah padam muka Nia menahan geram.

"I ok." Balas Nia sambil menahan perasaan terhadap Leo. Tangan lelaki itu di tolak perlahan.

"Ohh..macam panas sikit la. Kebetulan I nak ke klinik after this, to get some pills for my headache. Jomla I hantar you sekali." Tiba-tiba Leo bersuara memandang Nia dengan serius.

Mata Nia membulat. 'Mana ada dia panas sebab demam, panas hati adalah. Geramnya dia ni!'

"Ok juga tu. So,Leo nanti you tolong hantar Nia balik la, kitaorang nak terus ke Ipoh lepas ni. Si  Leen ni, mana boleh lambat. Nanti marah laki dia kat I" Kata-kata Mimi diiyakan Leen.

"Nasib ada Leo, I pun ada hal sikit Nia" tokok Andy pula.

What, korang buat pakatan apa ni?' Getus hati Nia. Menyesal dia tumpang kereta tadi, kalau tahu begini, lebih baik bawa kereta sendiri tapi dia hanya mampu mengangguk. Leo senyum tanda kemenangan.

...

" you..." Leo memecah suasana janggal mereka berdua yang sudah lebih 10minit hanya diam memandang ke luar tingkap kereta.

"You ok tak ni?" Leo cuba mengesan rasa tidak selesa Nia. Gadis itu lebih banyak diam dan tidak begitu ceria.

"You sakit ke? Let's go to see a doctor. Okay?"

"Taklah. I tak sakit. But I just need some time."

"Time for??" Soal Leo tidak faham.

"Time to think. I'm can't think clearly right now." Ujar Nia menunduk. Serabut.

"About what?"

"Oh,please Leo. I just want to be alone."ungkap Nia.

"Ohhh..ok." Leo masih terkejut dan tidak mengerti.

"Can you please send me home." Pinta Nia mematikan perbualan. Dan sepanjang jalan mereka hanya diam.

Dan sebelum keluar kereta, Nia sekali lagi terpandang jambangan bunga kecil di tempat bahagian  belakang kereta. Hatinya semakin serba salah namun dia juga keliru lalu membiarkan sahaja. Dia perlu tenang sebelum berbicara. Leo ditinggalkan dengan seribu rasa.

Diseluk beg tangan, sebentuk cincin itu digenggam erat. Satu perasaan menyerbu hatinya, lalu perlahan dia menyarungkan ke jari manisnya kembali.

...

Sekali LagiWhere stories live. Discover now