"Gelapnya tempat nie." Sena menyorok dibelakang Yui. Yui hanya beriak selamba.
Mereka berlima berjalan dengan berhati2. Keadaan yang gelap menyukarkan mereka untuk melihat keadaan sekeliling dengan jelas.
"Ahhh!!!"
"Nanako!!"
"Tolongggggg!!"
"Yui tolong!!!"
"Ahhh!!"
"Kamu semua!" Hiyori menjerit nama rakan2nya tapi tiada siapa yang menyahut.
Bagai ada satu tangan yang menariknya dari atas Hiyori dalam sekelip mata turut hilang.
Hiyori cuba untuk melawan tapi semakin dia cuba untuk lawan makhluk itu semakin kuat memegangnya.
Kekuatan Hiyori bagai diserap perlahan2. Hinggalah Hiyori pengsan dan tidak sedarkan diri.
Hiyori tersedar dari pengsan. Kepalanya begitu sakit. Malah dia juga susah untuk bergerak. Hanya matanya sahaja yang mampu digerakkan.
Hiyori memandang sekelilingnya. Hanya pokok sahaja yang berada di situ. Sunyi. Angin juga bagai takut untuk berbunyi.
"Tolong.."Hiyori cuba untuk bersuara tapi suaranya bagai tersekat.
Hiyori mengalirkan air mata. Badannya kaku. Malah rakan2nya juga entah ke mana. Tiada satu orang pun yang ada disitu.
Inikah pengakhiran hidup saya? Ayah.. ibu...yuki..kei..Hiyori rindu kamu semua.
Tiba2 ada satu cahaya terpancar sangat terang di depan Hiyori. Cahaya itu berubah menjadi seekor rusa.
Rusa itu bergerak secara perlahan2 ke arah Hiyori dan menyentuh tanduknya ke arah dahi Hiyori.
Badan Hiyori bercaya dan terang bersama rusa itu. Tapi rusa itu semakin hilang apabila badan Hiyori semakin pulih.
"Pergi cari rakan2 kamu. Mereka dalam bahaya." Dan akhirnya rusa itu lenyap dengan sendirinya.
Hiyori rasa bagai ada satu kuasa yang menyerap kedalam badannya. Dan akhirnya Hiyori dapat menggerakkan badannya semula.
Tanpa membuang masa, Hiyori berlari tanpa arah tuju untuk mencari rakan2nya. Mesti diorang semua dalam bahaya.
"Sekejap ini bukankah pokok yang sama?" Hiyori melihat pokok besar yang ada didepannya. Dia tahu itu merupakan pokok yang sama kerana hanya pokok itu sahaja yang kelihatan subur berbanding pokok yang lain. Malah itu merupakan pokok terbesar antara semuanya.
Nampaknya saya hanya kembali ke permulaan. Mesti ada jalan keluar dari sini. Hiyori cuba untuk tenangkan fikirannya. Tenang Hiyori setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.
Hiyori bergerak ke arah pokok yang ada didepannya. Dia mengelilingi pokok itu dan mendapati terdapat satu lubang yang agak besar dan mampu memuatkan seseorang di dalam.
Hiyori tanpa banyak berfikir masuk ke lubang itu. Memandangkan hanya itu sahaja jalan yang ada.
Hiyori merangkak masuk ke lubang itu. Tapi semakin lama lubang itu semakin luas dan mampu membuatkan Hiyori berdiri didalamnya.
"Yui!" Hiyori berlari ke arah Yui tapi bagai ada satu dinding yang menghalangnya.
"Kalau kamu mahu selamatkan kawan kamu. Kamu kena berikan separuh kuasa kamu."
Satu makhkuk seperti dahan bergerak ke arah Hiyori.
"Apa kamu buat kepada Yui!" Teriak Hiyori.
"Jangan risau. Kawan kamu selamat. Tapi dia akan mati sekejap je lagi. Kuasanya sedang diserap oleh pokok ini. Kalau kamu mahu selamatkan dia serahkan separuh kuasa kamu dan kamu berdua boleh selamat." Hiyori melihat keadaan Yui. Nampaknya keadaan Yui lebih teruk darinya.
"Baiklah. Tapi berjanji kau akan lepaskan dia"
Makhluk itu hanya tersenyum dan mengangguk. Mereka berdua berpegangan tangan dan satu cahaya terpancar dari tangan mereka.
"Nampaknya kau mempunyai kuasa yang sangat kuat." Makhluk itu tersenyum.
"Lepaskan Yui!" Teriak Hiyori.
Makhluk itu tersenyum dan dia menggunakan kuasanya. Perisai yang menghalang Yui itu pun lenyap.
Hiyori berlari ke arah Yui. "Yui bangun Yui"
Lebih baik kau selamatkan kawan kau yang lain. Masa kamu semakin suntuk. Apabila daun di hutan ini bertukar warna ungu maka terlambatlah kamu semua untuk keluar.
Makhluk itu membuat satu gerbang yang membolehkan mereka keluar dari situ.
Hiyori sedaya upaya membawa Yui keluar dari situ.
"Yui bangun Yui. Tolonglah bangun!!" Hiyori menggerakkan badan Yui.
Yui tersedar perlahan2.
"Kita dekat mana nie?" Kepala Yui begitu sakit. Susah untuk dia cuba mengingati lejadian yang menimpa mereka.
"Mari cepat Yui. Kita kena selamatkan yang lain2."
Hiyori memapah Yui untuk bergerak. Mereka tidak boleh membuang masa.
"Hiyori cuba tengok tu" Yui menunjuk ke arah satu daun yang agak besar.
Daun itu terbuka sedikit dan yang lebih mengejutkan Sena berada di dalamnya.
"Sena!!" Mereka berdua menghampiri daun itu. Tapi terdapat beberapa makhluk yang mengawal.
"Makhkuk apa nie?"
"Itu makhluk hybrid. Mereka nie mahkluk yang sangat pandai dan licik." Kata Yui.
"Kalau kamu berdua mahu selamatkan kawan kamu. Kamu kena jawab soalan kami. Kalau jawapan kamu betul kami akan lepaskan dia. Tapi kalau salah dia akan jadi santapan kami semua.
Hiyori dan Sena kaku. Jadi santapan? Nampakanya Sena dalam bahaya.
"Baiklah kami akan jawab soalan tu." Yui berusaha untuk menjadi berani.
"Yui apa yang kau buat nie?"
"Percayakan saya Hiyori" bisik Yui
Makhluk itu mendekati Yui.
"Makhkuk apa yang mempunyai warna yang berubah mengikut masa dan sangat berbisa?"
Hiyori pelik mendengar soalan itu. Dia cuba untuk mengingati haiwan yang berbisa dan mampu berubah warna.
"Kamu hanya ada satu peluang. Kalau jawapan kamu salah. Kami tak akan berlembut dengan kamu berdua."
"Yui kau tahu kah apa jawapannya?" Kata Hiyori.
Yui memandang Hiyori dan menggelengkan kepalanya.
Hiyori terkejut dengan respon Yui.
"Habis tu yang kau berani nak jawab soalan tu kenapa! Habis lah kalau macam nie." Hiyori mundar mandir mencari jawapan. Nampaknya Yui tidak boleh diharap langsung.
Hiyori membawa Yui agak jauh dari makhkuk hybrid.
"Saya ada rancangan. Apa kata kita berdua serang bersama2. Saya akan cuba mengalihkan perhatian mereka semua. Kau pula pergi selamatkan Sena" cadang Hiyori
"Kita tak akan berjaya. Mereka sangat bijak. Mereka akan sedar dengan mudah. Satu2nya jalan kita kena juga jawab soalan tu." Mereka bagai putus harapan.
"Macam mana nie Yui. Kita kena keluar kuga dari dunia nie sebelum daun bertukar ungu." Hiyori mahu menangis mengenangkan nasib mereka semua.
"Apa kau kata tadi? Daun bewarna ungu?" Hiyori mengangguk.
Yui tersenyum dan menarik tangan Hiyori.
"Hybrid saya akan jawab soalan tu sekarang."
Korang rasa apa agak2 nya jawapan tu je👀 jagan lupa teruskan membaca magic academy:fighter of the destiny
YOU ARE READING
magic academy: fighter of the destiny
FantasyMagic academy: fighter of the destiny ialah cerita yang berlainan dengan cerita magic academy: mystery of golden girl so harap readers tidak bingung.