Hiyori berjalan2 di luar rumah yoshino. Hatinya tiba2 rasa resah. Susah untuk dia melelapkan matanya pada malam itu sebab dia masih teringat tentang perbualan di meja makan tadi.
Betul ke itu ayah atapun orang lain? Tapi ayah bukannya raja. Mungkin nama orang tu sama dengan nama ayah kut. Hiyori membuat andaian sendiri walaupun hatinya seperti menidakkan kenyataan tersebut.
"Apa kau buat dekat luar malam2 buta nie?" satu suara menerpa hiyori dari belakang.
"Oh yoshino. Saja nak ambil angin dekat luar nie." kata hiyori.
Yoshino duduk di atas rumput sambil melihat bintang di langit.
"Kau tahu tak kenapa tempat nie dipanggil kerajaan aurora?" yoshino memandang ke arah hiyori.
"Sebab langit nie ada aurora?" kata hiyori.
"Tak. Sebab aurora nielah yang melindungi kerajaan nie ." hiyori menandang ke arah yoshino.
"Dulu, raja sanggup korbankan semua kuasamya untuk melindungi kerajaan daripada orang jahat. Dia kumpulkan semua element dan membentuk satu aurora yang mekindungi kerajaan nie. Sebab tu lah kerajaan nie dipanggil kerajaan aurora." terang yoshino.
Hiyori mengangguk tanda faham dengan cerita yang dispaikan oleh yoshino. Dia pun duduk di sebelah yoshino.
"Tapi sayang kerana cinta raja zendron sanggup mengkhianat."
"Apa maksud kau raja zendron mengkhianat kerana cinta?" Hiyori semakin ingin tahu tentang kesah raja zendron.
"Dulu raja zendron sangat dihormati dan disanjung kerana dia telah berjaya melindungi kerajaan daripada peperangan. Selama raja zendron memerintah kerajaan aurora, rakyat tidak pernah berperang dengan kerajaan lain. Malah rakyat hidup senang lenang. Tapi raja zendron jatuh cinta dengan musuh abadi kerajaan aurora iaitu puteri iris dari kerajaan diamond. Rakyat dari kerajaan diamond sentiasa mahukan harta dan kekayaan dari kerajaan lain sehinggakan rakyat mereka digelar penyamun. Tetapi raja zendron tetap dengan pendiriannya mahu berkahwin dengan puteri iris. Jadi raja zendron membuat persetujuan dengan ayah puteri iris iaitu raja adward untuk menyatukan antara dua buah kerajaan. Rakyat terima dengan hati terbuka kerana menyangkakan yang rakyat kerajaan diamond sudah berubah. Tetapi sewaktu puteri iris mahu melahirkan puteri sulung mereka, harta kerajaan aurora diisytiharkan jatuh ke tangan kerajaan diamond. Dan mereka menunjukkan bukti bahawa raja zendron yang memberikan harta kerajaan tersebut. Sebab itulah raja zendron digelar pengkhianat. Tetapi mereka telah melarikan diri ke dunia manusia. Dan sekarang para pengawal istana telah berjaya menangkap mereka di dunia manusia dan akan memberikan mereka hukuman." Terang yoshino.
Hiyori kehilangan kata2. Sekarang baru dia faham kenapa raja zendron diburu oleh para pengawal kerajaan.
"Hiyori jom lah masuk. Esok semua rakyat kena datang ke penjara istana untuk menyaksikan raja zendron dihukum di depan semua rakyat."
Hiyori masuk ke dalam rumah dan diikuti oleh yoshino. Hiyori semakin berdebar untuk menyaksikan kejadian esok. Dia berdoa semoga yang dimaksudkan oleh yoshino bukan keluarganya.
![](https://img.wattpad.com/cover/174963209-288-k509945.jpg)
YOU ARE READING
magic academy: fighter of the destiny
FantastikMagic academy: fighter of the destiny ialah cerita yang berlainan dengan cerita magic academy: mystery of golden girl so harap readers tidak bingung.