"Hiyori. Cari ibu dan adik2 kamu. Tapi ingat sembunyikan identiti kamu. Jangan percaya sesiapa. Ingat pesan ayah hiyori." Kemudian ayah hiyori hilang secara perlahan2. Hiyori mengejar ayahnya tapi ayahnya lesap sekelip mata.
"Hiyori." Hiyori berpaling ke belakangnya. Dia melihat ada seorang lelaki sedang tersenyum kepadanya.
"Kau..."
"Hiyori...hiyori...bangun hiyori" hiyori terbangun bila minori mengoncang badannya.
"Apa yang dah jadi. Mana ayah aku pergi? Dan kita dekat mana nie?" Hiyori tercari ayahnya.
"Apa yang kau merepek nie. Tadi kau mengigau cari ayah kau. Sekarang kita dekat rumah yoshino. Dah jom turun makan kesian diorang tunggu kita dekat bawah." Minori meninggalkan hiyori dan turun ke bawah untuk sarapan bersama yang lain.
Hiyori baru teringat kejadian yang terjadi semalam. Tapi tak semua. "Apa cahaya semalam tu?" Semakin hiyori cuba ingat semakin sakit kepala hiyori.
"Dah lah lebih baik aku mandi lepas tu makan. Dari semalam lagi aku tak makan nie" hiyori hanya membiarkan perkara semalam terjadi. Dia bersiap dan turun makan.
"Hiyori mari." Minori menarik tangan hiyori bila hiyori pergi ke meja makan.
"Aku nak kenalkan kau dekat diorang. Yang nie shin, tetsuya, setsuna, yagami dan.." belom sempat minori perkenalkan mereka semua hiyori memotong percakapan minori.
"Yoshino" kata hiyori.
"Macam mana kau kenal?" Kata minori.
"Semalam kan dia ada kasi tau nama dia sebelom selamatkan kita." Kata hiyori.
"Iayalah. Aku lupa" kata minori.
Hiyori seperti pernah dengar nama mereka semua. Terutama yoshino. Dia seperti pernah berjumpa dengan mereka semua.
"Bukan kau ke yang aku jumpa dekat pasar hari tu. Kan yoshino." Kata tetsuya.
"Entah. Malas aku nak ingat." Kata yoshino.
Hiyori menjeling ke arah yoshino. Apasal pula mamat nie tiba2 nak naik angin.
"Dah2 sekarang apa kita nak buat nie. Kami tak boleh nak terus menerus ada dekat sini. Kami ada perkara penting nak buat." Kata shin.
"Korang kerja apa?" Minori semakin ingin tahu pasal mereka berlima.
"Kau tak payah tahu. Lepas nie kamu berdua buat haluan kamu sendiri. Dan kami buat haluan kami sendiri." Terang setsuna.
Minori berasa sedih. Sebenarnya dalam diam minori ada simpan perasaan terhadap salah seorang dari mereka berlima. Sejak minori berjumpa dengan dia semalam hatinya telah terpaut.
"Lah mana tahu saya boleh tolong. Bolehlah..." minori menunjukkan muka kesian kepada yoshino.
"Iyalah kau boleh ikut." Kata yoshino.
Mereka semua terkejut dengan kata2 yoshino kecuali minori yang gembira. Takkan lah yoshino serius nak bawah diorang tu menjalankan misi nie. Katahati tetsuya.
Mereka berlima berkumpul di ruang tamu. Hiyori dan minori pula pergi ke bilik untuk bersiap. Sekejap lagi mereka akan gerak.
"Kenapa kau nak bawa dua perempuan tu ikut kita. Kau tahu kan kita tak ada masa nak jaga mereka berdua." Shin langsung tak faham apa yang yoshino rancang sekarang. Dia sendiri yang cakap masa mereka dekat dunia nie tak banyak. Sekarang dia juga yang tambah beban mereka.
"Kat ingat tak cerita yang aku kasi tahu semalam pasal satu cahaya tu." Mereka mengangguk. Semalam mereka semua menyaksikan apa yang berlaku. Cuma yoshino menyuruh mereka untuk bersembunyi. Mereka ada juga nampak cahaya tu tapi mereka sendiri tak tahu cahaya tu dari siapa.
"Aku syak salah seorang dari mereka berdua ada magic." Kata yoshino.
"Habis tu kau nak buat apa?" Kata yagami.
"Aku nak selain kita cari mutiara tu. Kita kena cari juga siapa yang ada magic seperti kita. Aku tak rasa dia merupakan orang biasa2. Selain tu kita gunakan diorang untuk cari mutiara tu." Mereka mengangguk setuju. Tidak dinafikan yoshino mempunyai idea yang bijak. Patutlah dia dilantik sebagai ketua pasukan.
Skip
"Korang ada dengar tak apa2 cerita pasal mutiara dekat sini?" Kata setsuna.
Minori menggeleng tidak tahu. Dia bukannya seorang yang suka tahu hal yang berlaku di sekitarnya.
"Aku tahu siapa yang ada jual mutiara." Kata hiyori.
Mereka semua memandang hiyori terkejut.
"Kau biar betul." Kata tetsuya.
"Aku boleh kasi tahu tapi dengan syarat." Kata hiyori. Dia sedang merancang sesuatu."Apa syaratnya?" Kata yoshino dingin.
"Aku nak duit." Kata hiyori terus terang.
Yoshino ketawa sinis. Tak sangka dia hiyori nie merupakan mata duitan.
"Berapa kau nak?" Kata yoshino.
"200 ringgit." Kata hiyori gembira.
Yoshino mengeluarkan duit dari poketnya lalu dia lemparkan ke arah hiyori. Dalam hati yoshino dia merasakan hiyori nie seorang yang materialistik. Tak bersyukur dah diselamatkan semalam. Tiba2 dia pula nak upah.
Walaupun hiyori berasa terhina bila yoshino memperlakukannya begitu tapi hiyori hanya bersabar. Hiyori mengutip duit yang bertaburan di lantai. Tapi tanpa mereka semua perasan hiyori mengesat air matanya dalam diam. Dia cukup malu bila diperlakukan sebegitu di depan mereka semua.
"Jom ikut aku." Kata hiyori. Hiyori meyembunyikan matanya yang sedikit kemerahan.
Mereka telah meyewa sebuah kereta. Yoshino merupakan pemandu manakala hiyori duduk di sebelah tempat pemandu sebagai penunjuk arah.
"Lama lagi ke nie?" Kata shin. Dah hampir 2 jam mereka dalam kereta. Kemana mereka pergi mereka sendiri pon tidak tahu.
"Sekejap lagi sampai lah. Boleh sabar tak." Kata hiyori.
Dua puluh minit kemudian mereka pun sampai di tepi pantai.
"Kita dekat mana nie?" Kata minori.
"Kita dekat rumah encik lee." Kata hiyori.
Minori terkejut bila hiyori cakap dekat rumah encik lee.
"Kau dah gila ke hiyori. Apa rancangan kau nie. Kau nie orang suruhan encik lee ke? Kau nak serahkan aku balik dekat keluarga lee balik!!!" Minori tidak menyangka hiyori sanggup membawanya ke keluarga lee. Dia tidak mahu kembali ke situ. Dia mahu hidup bebas.
"Apa yang kau buat nie hiyori!!" Yoshino juga membela minori. Minori memegang lengan yoshino. Dia takut jika pengikut encik lee ada di situ.
"Kau gila ke aku nak bawa kau balik ke neraka tu. Aku bawa ke sini sebab korang sendiri yang cakap nak cari mutiara. Dan mutiara tu pula ada dekat sini." Kata hiyori.
"Maksud kau?" Kata shin pelik.
"Beberapa bulan lepas kami ada terjumpa mutiara dekat laut. Dan sekarang encik lee nak cari siapa yang boleh beli mutiara tu. Tapi harga mutiara tu sangat mahal sampai sekarang masih tidak ada sesiapa yang sanggup beli mutiara tu." Kata hiyori.
"Aku tak kesah harga kutiara tu mahal atau tak. Tapi sekarang nie dekat mana encik lee?" Kata yoshino.
"Kau pergi je dekat rumah yang ada di depan tu. Dekat situ kau boleh tanya diorang." Hiyori menunjuk ke arah rumah yang tidak jauh dari mereka berada.
"Baiklah aku akan percaya kau. Tapi kalau kau tipu siap kau." Yoshino memberi amaran dekat hiyori.
"Aku, shin dan tetsuya pergi ke rumah tu. Yagami dan setsuna pula jaga diorang berdua nie." Arah yoshino. Mereka semua mengangguk dan mulakan rancangan mereka.
"Yoshino.." minori menarik lengan yoshino.
"Hati2." Kata minori. Yoshino tersenyum dan kemudian dia pergi bersama shin dan tetsuya.
Hiyori perasan sesuatu. Nampaknya minori ada menaruh perasaan terhadap yoshino. Tapi kenapa aku pula yang cemburu nie? Kata hati hiyori. Dia berasa ada sesuatu apabila melihat kemesraan yoshino dan minori di depannya.
YOU ARE READING
magic academy: fighter of the destiny
FantasiaMagic academy: fighter of the destiny ialah cerita yang berlainan dengan cerita magic academy: mystery of golden girl so harap readers tidak bingung.