Hiyori akhirnya jumpa juga bilik pengetua. Nasib baik ada juga yang sudi membantunya tadi. Kalau tidak nampaknya besok lah baru dia mula bersekolah.
Hiyori masuk ke bilik guru apabila pengetua membenarkannya masuk.
Pengetua Inoei memberikan senyuman manis kepada Hiyori.
"Silakan duduk"pengetua mengalukan Hiyori duduk di kerusi yang terdapat di hadapan mejanya. Hiyori agak kekok tapi dia cuba berlagak biasa.
"Nama kamu Hiyori kan?" pengetua Inoei tersenyum melihat Hiyori.
"Ini kah pengetua tu? Shin cakap umur pengetua dah hampir mencecah 70 tahun. Tapi nampak macam 40 je. Shin sengaja mempermainkan aku ke?" Hiyori seperti tidak percaya melihat wanita anggun ini sudah lanjut usia. Kalau dia digelar pelajar mungkin Hiyori boleh percaya.
"Sebelum pengetua nak tunjukkan mana kelas kamu pengetua nak tahu apa kuasa kamu dulu Hiyori. Kali ini muka pengetua Inoei lebih sedikit tegas. Anak mata pengetua Inoei tepat memandang mata Hiyori.
"Saya ada kuasa bayang. Hiyori sedikit takut melihat mata pengetua Inoei. Takkan lah dalam sekelip mata pengetua boleh berubah dengan begitu drastik sekali. Mana pengetua yang dia jumpa beberapa saat tadi.
"Bayang. Baiklah kalau macam tu. Mari ikut pengetua". Pengetua Inoei kembali tersenyum. Ini membuatkan Hiyori semakin kebingungan. Memang sikap pengetua nie suka berubah ubah ke?
Pengetua mengiringi Hiyori ke kelasnya. Hiyori memerhatikan sekelilingnya. Macam dalam filem fantasy. Hampir semua perkara dilakukan dengan magik. Penyapu boleh bergerak sendiri? Hiyori memegang penyapu itu tiba2 penyapu itu berubah seperti penyapu biasa langsung tidak bergerak.
"Kamu jangan sentuh barang yang sudah disihir Hiyori. Sebagai contoh penyapu nie. Penyapu nie telah disihir untuk melakukan kerja membersih tanpa henti. Kalau ada sesiapa yang menyentuhnya kuasa sihirnya akan terpantul. Penyapu nie akan berubah menjadi penyapu biasa tetapi orang yang memegangnya yang akan terkena sihir tu. Dia akan melakukan kerja pembersihan tanpa henti". Terang pengetua Inoei.
"Tapi pengetua kenapa saya tidak terkena sihir nie langsung. Bukankah saya sepatutnya terkena sihir tu sekarang?" Hiyori memandang pengetua Inoei dengan kebingungan.
"Itu lah yang pengetua nak tanya kamu. Kenapa kamu langsung tidak terkena sihir Hiyori. Siapa sebenarnya kamu?" Mereka berdua saling berbalas pandangan. Hiyori semakin gelisah.
"Dah mari kita gerak. Pengetua tak nak kamu terlambat hari pertama kamu pula."
Bunyi ketukan di depan pintu kelas menyebabkan semua pelajar tertumpu kepadanya. Hiyori sedikit kekok melihat pelajar lain memerhatikannya.
"Maaf menganggu masa awak cikgu Fei. Saya ada bawa pelajar baru dan mulai hari nie dia akan ditempatkan di kelas nie." Pengetua menunjukkan Hiyori yang sedang sedaya upaya menyorok di sebalik dinding kelas.
"Tak apa pengetua Inoei. Mana pelajar baru tu?"
Hiyori bergerak sedikit ke hadapan. Walaupun kekok tapi takkan lah di nak menyorok lama lama di dinding tu pula.
"Perkenalkan diri kamu". Kata cikgu Fei. Cikgu Fei merupakan guru sejarah magik.
"Apa khabar semua. Nama saya Hiyori. Saya harap kamu semua dapat membantu saya dalam pembelajaran." Semua pelajar tepuk tangan. Walaupun pengenalan yang agak singkat tapi mereka gembira dapat kawan baru.
"Apa kuasa awak Hiyori? Seorang pelajar perempuan memberi soalan kepada Hiyori
Hiyori sedikit serba salah beritahu kuasa apa yang dia ada. Kalau dia beritahu kuasa dia bayang mesti pelajar nie suruh dia tunjukkan
kuasanya tu. Dia memang pernah gunakan kuasa bayang. Tapi itu pun sekali sahaja tanpa sengaja. Lepas tu dia tidak tahu bagaimana nak gunakannya lagi.
YOU ARE READING
magic academy: fighter of the destiny
FantasyMagic academy: fighter of the destiny ialah cerita yang berlainan dengan cerita magic academy: mystery of golden girl so harap readers tidak bingung.