BAB 1

3.5K 144 1
                                    

Kerajaan aurora, thun 2000

Di istana kerajaan aurora, para pengawal istana sibuk berlari untuk menangkap raja zendron dan permaisuri iris. Bunyi tapak kuda sedang berlari meninggalkan istana dan bunyi geseran peralatan serta baju perisai kedengaran di seluruh istana.

''tangkap pengkhianat itu dengan segera, kalau mereka melawan bunuh sahaja!!" seorang lelaki memberi arahan kepada pengawal istana. Dia tersenyum sinis bila bunyi lonceng amaran kedengaran di seluruh aurora.

Di hutan maya, raja zendron dan permaisuri iris berlari masuk ke hutan larangan. Ketika ini hanya hutan inilah tempat yang paling selamat untuk mereka bersembunyi. Jika mereka kelihatan di pekan ataupun di bukit, pasti mereka akan ditangkap dengan mudah oleh pengawal istana.

"Adinda, sabarlah seketika kekanda akan mencari cara untuk menyelamatkan adinda dan bayi kita." raja zendron sedih melihat permaisurinya menahan kesakitan. Permaisuri baru sahaja melahirkan puteri sulung mereka dan sekarng kena berlari untuk menyelamatkan diri.

"Kekanda apakah kesalahan yang kita lakukan sehingga kita diperlakukan seperti ini?" permaisuri iris menangis sambil memeluk bayi mereka yang masih merah.

"Kekanda juga bingung dengan hal ini. Sekarang marilah kita meneruskan perjalanan kita sebelum pengawal istana menjumpai kita di sini." mereka masuk ke dalam hutan higgalah mereka tiba di satu pokok yang sangat besar.

Raja zendron membaca mentra dan dahan pokok yang besar itu berubah menjadi pintu gerbang.

"Pintu gerbang ini akan membawa kita ke dunia manusia. Kekanda harap adinda sudi hidup dengan kekanda dan menjadi manusia di sana." raja zendron menghulurkan tangannya kepada permaisuri iris.

Permaisuri iris menyambutnya dengan gembira. "Kemanapun kekanda pergi, adinda akan selalu ikut kekanda. Tak kiralah tempat itu seindah syurga mahupun sekejam neraka."

Mereka pun masuk ke dalam pintu gerbang itu. Bila mereka masuk. Tiba2 pintu gerbang itu berubah seperti asal.

Dunia manusia, thun 2012

"Hiyori, kei, yuki balik cepat hari dah senja." iris merupakan ibu mereka memanggil nama mereka dari luar rumah.

Dia tersenyum melihat keakraban anak2nya bermain bersama. Dah lebih 12 tahun perkara tersebut berlaku dan hanya dia dan suaminya sahaja tahu tentang kejadian itu. Dia tidak mahu anaknya ada kaitan dengan dunia magic. Biarlah mereka tidak tahu selamanya.

"Ibu, abang kei tadi dia tolak yuki jatuh sungai." yuki menangis sambil memegang kaki ibunya. Walaupun yuki baru berusia 5 tahun tapi kepetahannya luar biasa dari kanank2 yang lain. Ramai juga yang bertanya kenapa anaknya lebih bijak dan lebih mahir berbanding kanak2 seusia mereka. Tapi takkanlah dia nak beritahu yang mereka bukan dari dunia manusia tapi dari dunia magic sebab itulah otak mereka lebih bijak.

"Kei, kenapa tolak adik ke sungai. Nanti adik cedera apa kei nak cakap dekat ayah?" ibu menenangkan yuki yang masih nangis di pangkuannya.

"Bukan kei ibu yang tolak. Tadi kei nampak macam ada satu angin yang kuat pergi adik terus adik jatuh ke sungai. Bukan kei yang tolak. Kalau ibu tak percaya tanya kakak." kei tunjuk ke arah hiyori.

"Betul ibu, hiyori pun nampak. Macam ada magic je yang tolak yuki tadi." hiyori menganggukkan kepalanya.

Iris terkejut dengan kenyataan yang diberikan. Dah kerap kali benda nie berlaku nasib dia dan suaminya menafikan jika anaknya ada nampak benda yang pelik. Sejak mereka di dunia manusia, tak pernah sekalipun mereka gunakan kuasa.

"Dah lupakan je lah tu. Kan ibu dah cakap magic tak wujud. Dah kamu bertiga pergi masuk mandi. Nanti ayah pulang nampak kamu kotor2 macam nie bising pulak dia."

magic academy: fighter of the destinyWhere stories live. Discover now