BAB 4

1.7K 123 17
                                    

Keesokannya hiyori, yoshino dan shin ke pekan untuk melihat hukuman yang akan dijatuhkan kepada pengkhianat kerajaan.

Hiyori melompat-lompat untuk melihat siapa yang dimaksudkan oleh mereka. Tetapi oleh kerana keadaan terlalu sesak dan ramai orang membuatkan hiyori susah untuk melihat. Yoshino yang melihat hiyori tersenyum dalam diam. "Comel" kata yoshino dalam diam.

Yoshino menarik tangan hiyori. "Mari ikut aku. Dah serupa macam katak dah aku tengon kau lompat-lompat dari tadi." Hiyori berasa malu lalu dia hanya ikut yoshino entah kemana. Shin pula malas nak ambil tahu. Dia duduk di bawah pokok untuk berteduh lalu melelapkan matanya. Shin malas nak ambil tahu tentang orang lain. Kalau bukan sebab sepupunya yang mendesak dia untuk ikut, dah lama dia dekat dalam hutan untuk berlatih seni pertahankan diri.

Yoshino mengheret hiyori ke kedai permaidani. Hiyori berasa hairan. Tadi yoshino kata nak bawa dia tengok hukuman itu tetapi apasal pula dia diheret ke kedai permaidani? Takkan lah yoshino nak berkhelah.

Yoshino membeli satu permaidani bewarna merah yang agak sederhana besar. Kemudian dia memberikan beberapa keping emas dan perak kepada penjual itu.

Hiyori hanya memerhatikan sahaja yoshino membentangkan permaidani tersebut di depannya.

"Hiyori duduk dekat sini cepat." Kata yoshino yang sedang berdiri di tengah2 permaidani itu.

"Yoshino aku nak tengok hukumn itu bukannya nak berkhelah dengan kau kat sini." Marah hiyori.

"Duduk je lah kat sini. Nanti kau tahu lah." Hiyori hanya akur kemudian dia duduk di sebelah yoshino.
Yoshino masih berdiri kemudian dia mengeluarkan kuasa apinya dan mengalahkan ke arah permaidanu itu.

Hiyori yang mula2 takut mula berasa kagum bila permaidani itu perlahan-lahan terapung di udara.
Mereka terapung betul2 di atas orang ramai yang sedang sesak.

Bunyi gong sebanyak tiga kali membuatkan semua orang dan keadaan sunyi sepi. Dua minit kemudian seorang lelaki yang agak berumur keluar dari pintu yang agak besar. Semua orang tunduk memberi hormat kepada orang itu tidak terkecuali yoshino. Malah shin juga memberi hormat. Entah bila dia bangun dari tidur pun tidak tahu.

Hiyori perhatikan sahaja lelaki itu. Lelaki itu kira2 sebaya umur dengan ayahnya. Tetapi lelaki itu memakai jubah yang mewah dan memegang sebatang tongkat berbentuk diamond.

"Keluarkan pengkhinat kerajaan itu sekarang!!" Kata lelaki itu.

Beberapa minit kemudian dua orang lelaki gagah berpakaian seperti pengawal istana sama seperti yang hiyori lihat kemarin. Mereka mengheret seorang lelaki yang berlumuran darah ke depan lelaki itu. Hiyori cuba untuk melihat muka pengkhianat itu tetapi mukanya ditutup dengan kain hitam.

"Itu adalah raja baru kerajaan aurora." Dia dilantik selepas raja zendron. Hiyori hanya mengangguk bila yoshino memperkenalkan raja mereka kepada hiyori.

Lelaki yang digelar sebagai raja itu datang ke arah lelaki yang berlumuran darah itu lalu menarik kain hitam yang membaluti muka lelaki itu. Semua orang terkejut malah hiyori juga tidak terkecuali.



Tolong vote ye jangan jadi silent readers😆

magic academy: fighter of the destinyWhere stories live. Discover now