BAB 16

1K 74 1
                                    

"Makhluk Noe" kata Yui dengan yakin.

Hybrid memandang Yui dengan tajam.

"Kau pasti dengan jawapan kau?" Hybrid ketawa sinis.

Yui mengangguk mengiayakan jawapannya. Nampaknya Yui begitu pasti.

Wajah hybrid begitu marah. Tapi dia bukan jenis yang akan langgar janjinya.

"Baiklah. Aku akan lepaskan korang semua. Tapi ingat korang tak akan lepas dari hutan nie." Hybrid melepaskan Sena daripada daun yang membaluti dirinya.

"Cepat kita kena pergi." Mereka berdua memapah Sena yang separuh sedar. Nampaknya kuasa Sena juga telah diserap oleh mereka.

Mereka berjalan sekitar lebih dari setengah jam. Tapi kelibat Nanako dan Mikazuki masih belum kelihatan.

"Hiyori kita rehat dekat bawah pokok tu dulu." Mereka membaringkan Sena di bawah pokok lalu mereka berdua juga berehat sekejap. Sena masih belum juga sedarkan diri. Tapi mereka bersyukur kerana wajah sena yang tadi berubah pucat sekarang sudah kembali pulih.

Keadaan sekeliling mereka bertukar menjadi semakin gelap.

"Yui tengok daun tu" Hiyori menunjukkan daun pokok yang semakin bertukar warna. Bukan bertukar ungu tapi bewarna merah.

"Bukan sepatutnya ungu ke Yui?"

"Warna daun nie ada maksud Hiyori. Kau ingat tak waktu kita mula2 masuk hutan nie warna dia hijau kan? Hiyori mengangguk.

Hijau maksudnya waktu senja. Ketika senja pintu ke hutan nie akan terbuka dan membenarkan sesiapa sahaja memasukinya. Tapi bila daunnya semakin berubah warna menjadi merah, kita hanya ada kurang daripada satu jam sahaja untuk keluar sebelum warnanya bertukar ungu. Waktu tu kita akan terperangkap dekat hutan nie sepanjang malam. Waktu tu semua makhluk jahat akan berkeliaran di hutan nie dan mencari mangsa. Sihir terkuat sekali pun tak akan dapat selamatkan nyawa sendiri." Hiyori terkejut mendengar penerangan Yui. kenapalah mesti ada hutan bahaya nie di dunia nie.

"Habis tu kita nak buat apa sekarang Yui??" Mereka berdua duduk berfikir. Masa semakin suntuk. Mereka tidak boleh meninggalkan kawan mereka di hutan nie. Tapi nyawa mereka pun amat penting.

"Aduh..." Sena semakin sedar dari pengsan. "Yui..Hiyori.. kita dekat mana nie? Dan mana yang lain?"

Kita masih dekat hutan. Nanako dan Mikazuki masih hilang. Sekarang nie kami sendri pon tak tahu nak cari mereka dekat mana lagi.

Sena terdiam. Dia cuba mencerna apa yang berlaku dari mereka masuk ke hutan nie hinggalah mereka diserang.

"Apa kita nak buat sekarang. Sena dah menangis ketakutan.

"Yui kau tak pelik pasal sesuatu ke?

Pelik pasal apa?

Ahli kumpulan yang lulus ujian nie mereka semua ada kuasa element kan?

Yui mengangguk. Takkan lah dia lupa pasal kumpulan yerin. Mereka merupakan satu satunya kumpulan yang berjaya melepasi ujian nie.

"Maksud kau?"

"Bermakna untuk lepaskan diri dari tempat nie kita perlukan kelima2 element supaya pintu keluar terbuka." Kata Hiyori

"Hiyori...saya masih tidak faham apa yang kau cuba sampai nie? Sena masih bingung. Apa.kaitan kuasa element dengan tempat nie?

"Aku rasa aku faham apa yang kau cuba sampaikan. Aku pernah baca buku pasal hutan nie. Hutan nie merupakan hutan element kerana terdapat lima permata element di tengah2 hutan nie yang memberikan kuasa terhadap seluruh makhluk yang tinggal di sini. Permata tu dijaga oleh lima penjaga mahkluk pemilik permata tu. Dulu tempat nie sangat cantik dan semua hidupann dekat hutan nie peramah. Mereka tidak pernah menyerang manusia. Tapi sejak permata mereka dicuri oleh kuasa jahat. Tempat nie bertukar menjadi gelap dan bahaya. Mereka mula hilang akal dan setiap makhluk yang datang ke sini akan diserang dan diserap kuasa."terang Yui dengan jelas

"Kenapa pula mereka nak serap kuasa element?" Sekarang Sena dah semakin bingung. Sena rasa menyesal pula tak pernah tumpukan perhatian ketika professor mengajar. Tahu makan je.

"Untuk memulihkan semula tempat nie. Mereka hanya mahu tempat nie berubah menjadi seperti dahulu." Hiyori meringkaskan dengan lebih jelas.

"Habis tu macam mana sekarang?" Apa2 je lah. Lepas habis ujian nie Sena akan tumpukan perhatian dah.

"Kita kena ke tengah2 hutan nie. Dimana permata element tu pernah disimpan."

"Habis tu nanako dan mikazuki macam mana?" Sena dah mula nak menangis.

"Kita tak ada pilihan" Yui rasa bersalah buat keputusan nie. Tapi dia percaya hanya nie sahaja cara untuk dia selamtkan kawan-kawannya.

magic academy: fighter of the destinyWhere stories live. Discover now