Bab 2

45 4 3
                                    

"Awak dah siap belum Hanee? Awak dah lambat tau pergi sekolah hari ni? Dah lah first day." Hadee dah mula membebel. Anak dara seorang ni memang payah betul nak cepat kalau bab bersiap.

"Ya kejap baba." Hadee dah geleng kepala. Si anak dia ni... kalau bersiap lama bebenooo! Macam lah pakai makeup pergi sekolah. Heh! Budak zaman sekarang memang macam tu rasanya.

Hadee yang menunggu di luar sudah melihat jiran hadapannya keluar rumah. Teguh dia berdiri leka melihat sketsa pendek di hadapan mata.

"Dani! Ini bekal. Tertinggal lagi. Mama dah cakap jangan kelam kabut." Ujae Dayana sambil menghulur bekal makanan untuk si anak. Kepala Dani diusapnya lembut.

"Sorry mama. Dani nak ambil tadi. Terlupa." Dani tepuk dahi sendiri. Kalut sangat kejar van, sampai terlupa nak capai bekal.

"Haish anak mama ni. Kalut sangat. Ini duit tambang van sekolah. Kalau tak cukup makanan ni, beli lagi guna duit lebih ni tau." Duit dihulur pada si anak. Dani hanya angguk. Dani salam dan cium pipi Dayana.

"Belajar rajin-rajin tau." Pipi anak diciumnya kiri dan kanan. Rutin harian mereka berdua. Dah terbiasa begitu.

"Okay mama." Dani terus berlari keluar rumah apabila van sekolah sudah tiba.

Hadee hanya memerhati dari seberang rumah. Kalau Hanee nampak, confirm! Anak dia jealous. Si anak daranya itu selalu mengadu, yang dia cemburu lihat kawan-kawan dia yang ada ibu. Selalu lihat ibu kawan-kawan dia hantar ke sekolah, ambil waktu balik sekolah. Bawa bekal yang ibu sediakan. Dia hanya mampu dengar saja. Nak pujuk pun anak dia sendiri dah imun kena pujuk. Balik-balik ayat sama juga dia guna.

'Hanee kan ada baba. Baba kan selalu ada untuk Hanee. Ke Hanee dah rindu mami Hanee?'

Ayat terakhir tu selalu dia akan terima jelingan mautlah. Hujung-hujung si anak naik bilik, layan perasaan.

"Baba. Jom. Hanee dah siap."

"Jom." Mereka terus naik kereta. Nasib enjin kereta dah lama start.

Dayana pula melihat kereta Ford Ranger hitam itu keluar dari parking rumah. Dia hanya lihat kereta itu berlalu.

Jiran depan ni tak ada isteri ke? Tak nampak pun isteri dia dari semalam. Berlegar-legar soalan itu dalam kepala Dayana. Jam dilihat.

Baru 7:20 pagi. Awal lagi nak pergi kerja. Maklumlah tempat kerja pun tak jauh mana. Masuk pula pukul 9 pagi.

Sebelum ni, dia yang hantar Dani pergi sekolah. Tapi sejak masuk darjah 2 ni, Dani nak pergi sekolah naik van pula. Dani kata dia nak pergi dengan kawan-kawan. Kawan-kawan dia seronok naik van sekolah. Pergi balik ada teman.

Bukan apa, kadang masa balik dia yang terlewat ambil. Maklumlah dia kerja HR company. Mana boleh suka-suka keluar masuk pejabat. Minta kena buang kerja namanya.

Jadinya, anak dia selalu balik petang. Berjam-jam tunggu dia di sekolah. Kesian juga. Tapi dia tiada pilihan. Terpaksa. Nak lepaskan Dani pergi naik van semasa umur 7 tahun? Memang tak lah dia berani lepaskan.

Bila masuk tahun ni, Dani dah ada kawan, ramai dia kenal barulah dia berani lepaskan Dani pergi sekolah naik van. Bulan-bulan pun tak mahal mana. Okay lah tu. Janji anak dia selamat.

Bila balik, Dani akan duduk dalam rumah. Tunggu sampai dia balik. Lagipun, makanan tengah hari dia memang dah masak waktu pagi. Anak dia pun pandai guna microwave. Jadi, kalau rasa nak makan panas-panas, masuk aje microwave. Dia memang ajar Dani berdikari. Senang kalau dia tinggal sendiri nanti.

Dia dah pesan kalau ada apa-apa terus telefon dia. Dia memang dah letak telefon rumah. Dani pun dia ajar macam mana nak guna telefon rumah.

Dani masih lagi bersih daripada terjebak dengan telefon pintar. Dia memang jarang beri Dani telefon. Kalau Dani bosan masa cuti, baru dia beri telefon dia untuk main game. Tapi tak lama. Dani pun tak suka sangat main telefon. Selamat dia. Kalau tidak berebutlah dia dengan Dani nak guna telefon.

Jiran Partner Hati💛Where stories live. Discover now