"Hello Hadee..."
"Ya Yana?"
"Awak jangan sebut nama saya. Nanti Dani dengar."
"Baiklah. Ya Baiya ada apa?" Soal Hadee selamba, mengikut kehendak Dayana.
"Amboi melampau betul." Dayana ketawa. Auto jadi pakistan dia ya. Hadee hanya senyum.
"Dah Baiya yang suruh panggil lain. Saya kasi lain lah baiya. Karpet sudah sampai ka baiya?" Hadee berceloteh buatkan Dayana gelak. Dengan cara bercakap dah ala-ala baiya jual karpet. Geli hati Dayana dibuatnya.
"Apa-apa aje lah."
"Saya nak minta awak bawa Dani ke taman boleh?"
"Aik? Dah nak maghrib baru nak hantar karpet ke baiya? Tunggu baiya sampai sudah lambat nanti." Dayana tergelak lagi. Astaga si Hadee ni!
"Bawa sekarang. Saya dekat taman. Saya balik awal."
"Ouh. Okay-Okay. Sudah sampai ka baiya? Tunggu sikijap ya baiya."
"Baba... baba cakap dengan siapa?" Suara Hanee kedengaran sipi-sipi dalam panggilan itu. Mestilah pelik tiba-tiba baba dia cakap macam orang jual karpet.
Dayana terus letak kek atas meja di taman itu. Sempat lah dia beli pinggan kertas, garfu plastik dan cawan. Cukuplah kalau dia berempat nak makan.
Dayana kemas-kemas sikit dan hias lah letak belon satu dua. Nampak macam nak sambut birthday kan?
"Mama!" Terus tegak tubuh dia berdiri. Dia berpaling dan melihat Dani berlari ke arahnya.
"Dani!" Dayana terus mencangkung dan memeluk Dani.
"Mama ingat?" Dani senyum pandang Dayana.
"Mestilah ingat sayang. Happy birthday anak mama." Pipi Dani dua-dua dikucupnya. Hadee dan Hanee hanya senyum melihat mereka.
"Apa dekat tangan Dani tu?" Soal Dayana apabila melihat ada mainan baru di tangan Dani.
"Transformers! Baba belikan untuk Dani. Baba kata untuk birthday Dani." Ujar Dani teruja sambil menayang transformers pada Dayana. Dayana pandang Hadee.
"Susah-susah saja Hadee. Saya minta bawa ke sini saja."
"Tak ada lah. Bukan selalu pun. Lagipun birthday kan."
"Dani dah cakap terima kasih belum?"
"Sudah!"
"Bagus anak mama." Kepala Dani diusapnya. Dani sengih saja.
"Duduk lah Hadee, Hanee. Kita makan sama-sama."
"Yeayy!! Chocolate moist!" Dani dah menjerit suka.
"Amboi sukanya dia." Hadee menegur. Dani tersengih.
"Sukalah dia. Kek favourite dia."
"Ouh patutlah."
"Dani seronok!" Ujar Dani teruja.
"Nah. Make a wish. Tiup." Kepala Dani dia usap. Dani sengih depan lilin. Dia pandang Dayana dan Hadee dengan senyuman.
"Dani nak mama dan baba selalu ada untuk Dani dan akak Hanee." Terus lilin itu ditiup.
"Baba?" Dayana pandang Hadee. Hadee dah garu telinga. Segan juga apabila Dani panggil dia begitu depan Dayana. Dari tadi sebenarnya dia dengar Dani sebut Baba tapi dia tak mahu persoalkan. Tapi kali ini mulutnya ringan bertanya. Sebab pelik juga Dani panggil begitu.
"Maaf lah. Dani teringin nak panggil saya ayah dia. Saya iya kan aje."
"Apa Dani ni?" Berkerut dahi Dayana memandang Dani. Dayana geleng kepala tanda tidak gemar perkara itu.
YOU ARE READING
Jiran Partner Hati💛
Romance~Hanya Ghazawan yang melindungi Puterinya~ Hadee Ghazawan, sejak dia berpindah ke kawasan perumahan yang baru, hidup jadi tunggang terbalik. Hati dia sekali berterabur! Pertemuan dengan Puan Puteri Dayana yang garang macam nak cekik orang buat dia t...