Bab 9

31 6 0
                                    

"Kawan awak?" Soal Hadee kepada Dayana. Kak Zan masih berdiri dengan sengih kambingnya memandang Dayana. Muka ada muslihat je Kak Zan ni.

"Ha'ah."

"Siapa ni Yana?" Soal Kak Zan. Sengajalah tu. Nak korek rahsia dia. Dayana tayang wajah tenang saja. Jangan kalut. Nanti Kak Zan fikir bukan-bukan.

"Ini Hadee. Jiran saya. Hadee ini Kak Zanita. Kawan sekerja saya." Ujar Dayana memperkenalkan mereka sesama sendiri.

"Ouh. Selamat berkenalan." Hadee senyum. Kak Zan hanya angguk.

"Kau mari kejap." Ujar Kak Zan sambil tunjuk ke arah lain. Mengajak Dayana untuk bersendirian.

Lengan Dayana ditariknya.

"Kejap ya awak." Pamit Dayana sebelum meninggalkan Hadee dan anak-anak di meja.

Mereka berjalan jauh sikit dari meja tadi. Tidak mahu yang lain mendengar.

"Amboi kau. Laju ya buat kerja. Siapa tu?" Soal Kak Zan dengan muka nak bergosipnya.

"Apa akak ni? Tu jiran sayalah." ujar Dayana tenang. Cuba menafikan apa yang ada dalam fikiran Kak Zan tu. Macam lah dia tak tahu.

"Jiran? Akak nampak dah macam keluarga bahagia. Kau jangan membongak dengan akak." Ujar Kak Zan dengan riak tak percaya. Apa yang dia lihat tadi tu buatkan dia sendiri tak percaya. Dayana yang heartless boleh duduk dengan lelaki sebegitu? Ajaib! Padahal Dayana tu Mak Rimau dekat ofis!

"Ya Allah kak. Ya. Tu jiran saya. Kalau saya ada calon, akak orang first yang tahu dalam ofis tu." Nafi Dayana lagi. Selagi tidak ada ikatan yang betul, tak adalah dia nak heboh. Eh? Ikatan apa? LAH TIBERH. Diri sendiri pun ragu-ragu dengan hubungan mereka berdua.

"Betul ni?"

"Ya kak."

"Lain macam kau dengan jiran kau tu."

"Mula lah tu dia ni." Dayana jeling Kak Zan. Kak Zan gelak saja. Tahu sangat reaksi tu maksudnya apa. Maksudnya Dayana malas nak layan!

"Kau jarang ketawa macam tadi Yana. Kau jarang senyum lebar macam tadi. Akak dah lama perhatikan kau. Dari kau sampai taman ni lagi akak perhatikan kau. Akak ingat akak salah pandang. Rupanya memang kau." Ucap Kak Zan panjang lebar. Memang dari awal lagi dia lihat Dayana. Terkejut juga. Lagi-lagi Dayana tersenyum dan tertawa di samping lelaki yang dia sendiri tidak pernah nampak sebelum ini. Bila makin lama diperhati dia sendiri pula tak boleh buang rasa ingin tahu itu. Itu terus dia tayang muka depan mereka. hehe

Dayana terdiam.

"Kau nampak happy sangat dengan mereka." Kak Zan sudah mengeluarkan kenyataan. Dayana pula rasa debar lain macam memandang wajah Kak Zan itu.

"Dengan Dani pun saya happy." Balas Dayana mengelak daripada spekulasi lain.

"Ini extra happy Yana. Akak nampak raut wajah kau ni. Kau jarang happy macam ni tau." Sekali lagi Kak Zan tegaskan apa yang dia perhatikan.

Dia nampak terlampau gembira ke? Tapi kehadiran Hadee dan Hanee memang buat dia dan Dani semakin ceria. Rasa lengkap. Rasa sempurna hidupnya yang sudah lama suram. Terasa seperti keluarga yang lengkap.

"Tengoklah tu. Dia senyum-senyum sendiri pula."

"Ish akak ni. Mana ada."

"Mata akak jarang menipu. Kau tu. Jangan tipu diri sendiri." Pesan Kak Zan. Dia dah tua, dia dapat kesan riak wajah Dayana itu.

"Apa akak merepek ni."

"Akak tak merepek lah. Kau dengan bos pun dah macam ada something fishy. Tapi hari ni lain pula akak nampak." Ujar Kak Zan. Dia keliru juga hubungan Dayana dengan bos. Banyak sangat berahsia rakan kerja dia ini.

Jiran Partner Hati💛Where stories live. Discover now