Bab 6

36 6 6
                                    

Keesokan harinya, Dayana bawa satu set cctv untuk diletakkan dalam rumah. Mudah untuk dia pantau pergerakan si anak.

"Apa tu mama?" Soal Dani apabila melihat Dayana meletakkan cctv di atas meja televisyen itu.

"Ini cctv. Camera ni boleh rakam apa Dani buat. Senang mama nak pantau anak teruna mama ni." Ujar Dayana, sekilas dia memandang ke arah Dani sebelum dia beralih ke cctv tersebut.

Dani mampu tertunduk saja. Memang salah dia. Buat mama risau.

Dayana duduk di atas sofa dan dia melihat gambaran cctv itu dalam telefonnya pula. Jelas dan mudah dia memerhati kerana cctv itu mampu berpusing 360 darjah.

"Dani cuba cakap depan cctv tu." Ujar Dayana, hendak mencuba rakaman suara pula.

"Hello mama."

"Cakap lagi sekali." Ujar Dayana sambil telefonnya didekatkan ke telinga.

"Mama... Dani minta maaf." Ujar Dani apabila dia berada di hadapan cctv itu. Dayana yang tekun mendengar suara dari telefon itu terus angkat wajahnya memandang Dani yang berada dihadapannya itu.

"Dani janji Dani tak buat lagi." Suara itu berulang di dalam telefonnya pula. Dayana pula rasa sebak. Dayana bercakap dihadapan telefonnya.

"Mama maafkan, janji Dani jaga diri bila di rumah." Dan suara itu keluar dari cctv tersebut. Dani teruja mendengar suara dari cctv itu dan dalam masa yang sama dia berpaling ke arah Dayana.

"Terima kasih mama." Terus dia memeluk Dayana. Dayana membalas pelukan itu. Kepala Dani diusap lembut.

"Jangan buat mama risau lagi ya. Mama ada Dani saja di sini." ujar Dayana lembut. Dani angguk tanda faham. Semalam sempat dia telefon maknya memberitahu keberadaan Dani. Kena bebel juga dia dengan maknya itu. Disebabkan cadangan Hajah Roshdina lah dia membeli cctv ini. Kata maknya, dia pernah ke rumah jiran kampung, mereka memasang cctv di dalam dan luar rumah untuk memantau pergerakan si anak-anak bulus. Jadinya mak dia suruh pasang cctv untuk pantau anaknya di rumah. Tidaklah dia dilanda kerisauan seperti semalam lagi.

"Dani tak buat lagi. Apa-apa Dani beritahu mama dulu."

"Janji?"

"Janji!" Dani mengeluarkan jari kelingkingnya tanda dia memateri sebuah janji.

"Okey." Dayana senyum memandang Dani. Dani tayang giginya yang tersusun rapi itu.

🌼🌼🌼

Dayana berjalan laju. Kelam kabut dia berjalan keluar dari kedai runcit itu. Dalam kelam kabut tangan dia masih lagi mencari kunci kereta dalam beg.

"Aduh!" Dayana mengaduh. Bahunya dilanggar dengan orang yang berselisih dengannya.

"Sorry cik!" Suara itu buat Dayana angkat kepala. Berkerut dahi dia. Macam pernah dengar.

"Eh Puan jiran rupanya." Hadee senyum.

"Ya encik Hadee." Dayana hanya menunduk sebagai tanda beredar dan kakinya ingin melangkah.

"Eh puan!"

"Apa lagi encik?" Wajah Dayana menunjukkan tak puas hati. 

"Puan kelam kabut nak pergi mana?" Soalan Hadee buat Dayana bengang. Mendengus dia kuat. Kenapalah ek jiran dia ni terlampau prihatin?

"Encik Hadee ada nampak macam saya nak pergi beraya ke sekarang ni?" Sinis ayat Dayana. Hadee dah garu kepala. Setepek ek kena.

"Err..."

"Saya nak balik rumah. Ada masalah ke?"

"Puan saya nak cakap, anak puan ada dengan saya." Beritahu Hadee, risau juga nanti anak jiran kena marah kalau tidak diberitahu.

Jiran Partner Hati💛Where stories live. Discover now