Bab 5

32 5 0
                                    

"Hanee." 

"Ya baba?" Hanee berpaling ke arah Hadee yang baru duduk di sofa itu. Hanee kembali leka menyiapkan kerja sekolahnya.

"Hanee kenal anak jiran depan ni?"

"Kenal." 

"Rapat ke?" Hanee dah pandang baba dia pelik.

"Baa... Hanee baru dua hari sekolah dekat situ. Kenal nama ajelah baa.."

"Ouh."

"Kenapa baa?" Soal Hanee, tertanya juga kenapa babanya soal begitu.

"Budak tu berani." Ujar Hadee, seperti tertarik dengan kisah Dani. Ada juga rasa bangga anak kecil sebegitu berdikari sendiri.

"Kenapa pula?"

"Dia balik sekolah, dia duduk rumah sorang-sorang sampai mak dia balik." Ujar Hadee. Hanya ingin berkongsi cerita dengan si anak.

"Ya?"

"Ha'ah. Pagi tadi baba tanya mak dia. Terkejut juga baba."

"Mak Ayah dia tak kisah ke?"

"Baba tak tahu la pula. Nak tanya karang nampak menyibuk pula."

"Tak apalah. Nanti Hanee korek rahsia." Hanee angguk-angguk. Ada misi baru ni.

"Amboi. Dari mana nak korek rahsia tu?"

"Dari Dani lah."

"Dani mana?" Berkerut dahi Hadee mendengar nama yang tidak pernah meniti di bibir si anak itu.

"Anak jiran depan tu lah. Adoi baba ni pun."

"Ouh Dani nama dia."

"Baba nak suruh Hanee tinggal kat rumah juga ke?" Soal Hanee, saja tanya. Manalah tahu baba dia dah bosan layan kerenah dia di kedai tu.

"Eh tak adalah. Baba pun risau nak tinggal anak dara ni kat rumah."

"Dah tu?"

"Baba buat-buat tanya mak dia, mana tahu boleh bawa anak dia sekali pergi kedai kita. Tak adalah awak tu bosan merengek dekat baba setiap hari." Hanee sengih. Kalau mak Dani izinkan, dapatlah dia kawan waktu selepas sekolah. Tak adalah dia bosan duduk di kedai babanya itu.

"Boleh ke baba?"

"Mak dia tak kasi lah Hanee. Baba takut nak cakap lebih-lebih."

"Erm..."

Hanee dah mula fikir strategi. Paling kurang dia boleh berkawan dengan budak Dani tu. Sapu tangan kecil di atas meja itu dia pandang. Kemudian dia senyum. Sapu tangan itu diambil dan ditatap dengan senyuman.

"Kenapa pandang sapu tangan tu macam tu? Pakwe kasi ke? Baba rasa Baba tak pernah beli sapu tangan macam tu."

"Ini anak jiran depan yang punya."

"Amboi. Laju awak ni Hanee..."

"Hehe..." dia tak cerita pada Baba pasal tadi. Takut. Hahahaha. Baik dia rahsiakan daripada kena bebel.

"Macam mana boleh ada sapu tangan dia dekat awak ni?"

"Adalah." Hanee sengih.

"Jangan macam-macam Hanee."

"Ish baba ni."

"Yalah. Anak baba ni kadang otak dia lain macam."

"Esok..."

"Kenapa dengan esok?"

"Tak ada apalah. Hanee naik dulu. Dah mengantuk."

"Eh budak ni. Cerita tak habis!"

Jiran Partner Hati💛Where stories live. Discover now