"Berapa hari mak duduk sini?" Soal Dayana apabila melihat Hajah Roshdina bersantai di hadapan televisyen.
"Aik nak suruh mak balik awal ke?" Soal Hajah Roshdina pelik, awal benar bertanya. Cara macam nak suruh kita cepat-cepat balik pula.
"Tak adalah mak. Yana tanya aje."
"Seminggu lah. Boleh mak layan Dani."
"Haa.. Nanti Yana beli barang dapur. Barang dapur banyak habis." Ujar Dayana ringkas sebelum dia melangkah ke dapur.
"Yalah." Hajah Roshdina fokus memandang televisyen. Tak sampai berapa detik dia bersuara kembali.
"Mak tengok jiran depan tu kereta tak ada pun." Ujar Hajah Roshdina tiba-tiba. Dayana yang sedang mengeluarkan bahan masakan jadi terhenti. Berkerut dahi dia mendengar kata-kata maknya itu.
"Keluar lah tu mak. Eh mak ni... kemain pula skodeng orang..." Jawab Dayana selamba. Karang tak jawab lain pula dia kata. Baik tenang saja. Akal Hajah Roshdina ni pun kadang lain macam juga.
"Yalah. Dah tadi mak buka pintu. Mak tengoklah. Dah depan mata. Takkan nak pejam mata pula?" Jawab Hajah Roshdina menafikan dia skodeng jiran. Padahal memang betul. HAHAHAHA
"Yalah mak." Dayana cuba mematikan perbualan. Risau lah ek bual pasal ni lama-lama. Sambung nak masak sarapan lagi baik.
Kemudian, Dayana mula kemas-kemas rumah. Sarapan dia dah masak. Dani aje tak bangun lagi. Kalau cuti Dani bangun lambat sikit. Dia pun malas nak kejut. Karang merengek pula.
"Mama..." Suara Dani kedengaran. Kuat dia menangis. Dayana dan Hajah Roshdina berpandangan. Dah kenapa pula tu? Dayana yang baru ingin melabuhkan punggung di sofa terus tak jadi nak duduk.
"Dah kenapa pula Dani tu?" Soal Hajah Roshdina.
"Yana tengok kejap." Dayana terus naik ke bilik Dani.
"Dani kenapa ni?" Soal Dayana apabila dia melihat Dani menangis di hadapan pintu biliknya. Bahu si anak itu ditarik menghadap dirinya.
"Mama..." Dani semakin kuat menangis sambil tangannya naik memeluk Dayana erat.
"Kenapa? Dani mimpi buruk ke?" Dayana membalas pelukan itu dan belakang tubuh si anak itu diusapnya lembut. Berpeluh-peluh. Entah apa lah dia mimpi tadi.
"Dani mimpi Mama tinggalkan Dani." Ujar Dani tersedu-sedan. Dayana hanya mampu geleng kepala. Dayana tarik wajah itu menghadap wajahnya. Matanya menatap mata Dani dalam-dalam. Mata anak kecil itu membiaskan kegusaran dan ketakutan.
"Mana ada. Mama ada aje dengan Dani."
"Dani mimpi mama biarkan Dani sorang-sorang."
"Dah-dah. Mimpi tu mainan tidur. Dani bangun ya. Mandi." Bahu si anak dia tepuk perlahan. Dani seperti tidak mahu lepas memeluknya.
"Dani..."
"Dani takut." Ujar Dani perlahan. Tangannya kuat menggenggam baju Dayana.
"Tak ada apalah. Mama ada dalam rumah ni." Dani pandang Dayana dengan mata berair.
"Dah... anak Mama kuatkan?" Air mata Dani dia usap perlahan.
"Mandi ya? Nenek dekat bawah tu." Ujar Dayana lembut. Memujuk.
Dani angguk perlahan. Dia bangun dan masuk ke bilik air. Dayana turun ke ruang tamu semula.
"Kenapa tu?" Soal Hajah Roshdina khuatir. Tiba-tiba pagi ini melalak pula, malam tadi seronok bercerita.
"Mimpi. Mimpi Yana tinggalkan dia." Ujar Dayana dengan keluhan perlahan. Risau dengan keadaan Dani.
"Mak risau Dani trauma. Trauma macam mana Ayah dia tinggalkan dia dulu." Dayana mengeluh. Dia sendiri tak tahu nak buat macam mana. Sebab Dani jarang tunjuk perasaan dia. Kecuali kalau ada perkara yang trigger dia. Macam tadi, mimpi Dayana tinggalkan dia, terus meraung. Kalau tidak, biasa aje dia.
YOU ARE READING
Jiran Partner Hati💛
Romance~Hanya Ghazawan yang melindungi Puterinya~ Hadee Ghazawan, sejak dia berpindah ke kawasan perumahan yang baru, hidup jadi tunggang terbalik. Hati dia sekali berterabur! Pertemuan dengan Puan Puteri Dayana yang garang macam nak cekik orang buat dia t...