04

411 80 60
                                    

⎯⎯ 🌼⎯⎯

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⎯⎯ 🌼⎯⎯

"ehh, kau tak pulangkan lagi ke buku teks addmath ni kat minho?"

soal soora. wajah eunjun yang kelihatan sendu dan tak bermaya tu dipandang. eunjun gelengkan kepalanya.

"aku takut dia marah.."

"hey eun, apa nak ditakutkan? dia bukannya makan kau pun. kau tau tak homework addmath ni banyak? kau nak ke disebabkan kau dia tak siapkan?"

pantas eunjun menggelengkan kepalanya.

"tapi, aku kan tak pernah tegur dia.. nanti kalau-"

"eun, aku kenal kau bukan sehari dua hari tahu. aku kenal kau dari kecik lagi. kau tu berani tapi tak confident. takkan lah dia nak marahkan kau?

lagipun dia yang pinjamkan buku tu pada kau. mungkin, inilah masa untuk kau bertegur dengan dia. fighting eun fighting!!"

eunjun memandang ke arah soora yang sudah pun tersenyum sambil bagi kata-kata semangat tu. senyuman pun turut dia ukirkan.

"ermm"

pon pon

kedengaran bunyi hon dari kereta toyota avalon hybrid. serentak eunjun dan soora memandang ke arah kereta tu.

"byee, appa aku dah datang tu. jumpa esok, yee byee!!"

soora melambaikan tangannya ke arah eunjun tu. eunjun mengangguk lalu membalas lambaian soora tu.

jam ditangan ditilik. manalah si budak jeongin ni?

sedang sibuk memerhatikan pelajar-pelajar yang keluar dari gate sekolah tu, mata eunjun tertacap ke arah minho yang baru saja keluar bersama stray kids tu.

senyuman dia ukirkan.

mungkin betul kata soora yang ini adalah peluang untul dia bercakap dengan minho setelah 5 tahun satu kelas.

buku teks addmath yang berada di tangannya itu dilihat. dia memandang semula ke arah minho tu.

tapi senyumannya mati apabila melihat minho yang sedang berbual sambil tersenyum manis pada seorang pelajar perempuan.

itu kali pertama dia nampak minho tersenyum sampai sebegitu rupa. nampak macam bahagia je..

auchhh, sakit weyhh.

air mata cuba ditahan oleh eunjun. sapa je tak sakit bila tengok crush baik dengan orang lain? tapi kita tak pun..

"noona, hyunjin kata- NOONA!! JANGAN TINGGALKAN AKU, AKU NAK BALIK DENGAN KAU!!"

ayen tersentak apabila melihat eunjun yang sudahpun berlalu pergi meninggalkan dia tu. lalu dia pun mengejar eunjun dari belakang.

⎯⎯ 🌼⎯⎯

minho mencari-cari buku teks addmath di dalam begnya. rasanya macam dia ada bawa balik tadi.

dia menepuk dahi apabila teringat semula hal di sekolah tadi. terlupa pula yang dia pinjamkan buku teks tu pada eunjun.

tanpa membuang masa, dia terus menuruni anak tangga rumahnya. belum sempat kasutnya disarungkan, puan lee menegurnya.

"nak kemana ni?" soal puan lee.

"nak pergi rumah kawan nak ambil buku. terlupa nak minta kat dia tadi"

"hurm, cepat sikit tau. sebab hari macam nak hujan je.."

"baik, eomma. minho pergi dulu"

segera dia berlari menuju ke arah rumah eunjun. nasiblah eunjun dan jeongin adik-beradik. kalau tak susah dia nak mencari rumah eunjun.

sesampai saja di hadapan rumah eunjun, minho menarik nafas bagi meredakan dia yang termengah-mengah tu.

tok tok tok

pintu rumah eunjun diketuk. lalu pintu tu dibuka oleh seseorang dan terpaparlah wajah puan yang.

"ye, nak. kamu cari siapa?"

"maaf menganggu makcik tapi saya cari eunjun. dia ada tak?"

"ada.. tapi masuklah dulu"

"ehhh, takpelah.. lagipun saya-"

"hari dah rintik tu, marilah masuk. hujan reda nanti bolehlah balik.."

senyuman minho ukirkan pada puan yang tu lalu dia anggukkan kepalanya. lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah puan yang.

walaupun agak awkward sikit, tapi dia terpaksa memandangkan hari pun dah hujan.

"duduk dulu yea. makcik panggilkan dia.."

"baik makcik. terima kasih.."

puan yang tersenyum lalu menuju ke arah bilik eunjun. sementara minho pula hanya menunggu di ruang tamu.

---

thanks for sudi membaca✨ dan maafkan saya sekiranya fanfic ni ada sedikit kehambaran. ( ' ▽ ' )ノ. tapi chapter ni panjang sikit..

segala vote dan comment amatlah saya hargai❤

crush + lee minhoWhere stories live. Discover now