02 ꒰ 🦋 ꒱

539 79 90
                                        

⋆ ₊ ゚ ☽ * ₊ ⋆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⋆ ₊ ゚ ☽ * ₊ ⋆

"HALAMAKKK!!!"

satu kelas tu mula memandang ke arah eunjun yang tiba - tiba je menjerit tu. sementara soora yang berada sebelah dia tu dah malu.

"kau ni eun, janganlah jerit kuat-kuat macam tu. semua orang tengok kita tau tak.." ujar soora disebelahnya tu.

"macam mana aku tak jerit kalau aku tak bawa buku teks addmath. kau tau lah cikgu jyp tu kan garang giler namateyy" ujar eunjun pula.

baru saja dia mahu mengcheck semula begnya, tiba-tiba seseorang meletakkan sebuah buku teks addmath di atas mejanya.

eunjun mendongak memandang ke arah gerangan itu. serta-merta pipinya membahang.

eo, minho?

"ermmmm-"

"BANGUN"

belum sempat dia mahu bersuara, cikgu jaywhypee terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam kelas.

semua pelajar bangun dan memberikan tunduk hormat pada cikgu jaywhypee tu serentak.

"baik, awak semua boleh duduk"

semua pelajar melabuhkan punggung di kerusi masing-masing setelah mendengar arahan daripada cikgu jaywhypee tu.

"baiklah, sila buka buku teks- sebelum tu, SIAPA TAK BAWA BUKU TEKS? SILA BANGUN!!"

PPIAKKKK !

rotan yang paling digeruni para pelajar di abad ni dilibaskan di atas meja. wajah garang bak harimau bintang dia pamerkan.

gulp.

telan liur si eunjun apabila melihat kegarangan cikgu jaywhypee tu. baru saja dia nak bangun dari duduknya, terus minho angkat tangan.

"ma-maafkan saya cikgu, saya tak bawa.." ujar minho denga riak sedikit takut.

tersentak eunjun saat mendengar kata-kata daripada minho tu. dia? tak bawa buku?

maknanya, dia bagi eunjun pinjam buku ni ke?

satu kelas memandang ke arah minho yang mengangkat tangan tu. senyuman mengerikan cikgu jyp hadiahkan pada dia.

"ouh, kamu lee minho. baik, disebabkan ini kali pertama kamu tak bawa buku teks dan jujur dengan saya, saya maafkan kamu..

tapi!!!!"

PPIAKKK !

sekali lagi rotan itu dilibas pada meja guru tu. semua tersentak saat mendengar libasan taro-taro cikgu jyp tu.

"siaplah awak kalau awak tak bawak lagi. faham ?" soalnya kepada minho.

"fa-faham" tertunduk minho menjawab.

"dah, felix kamu duk sebelah dia kan jadi kongsi buku teks dengan dia.." arah cikgu jaywhypee kepada felix.

"baik cikgu"

"kita sambung semula. dekat mana tadi, yea.. ouh, muka surat 180. saya nak awak buat latihan 3.4 a,b dan c. kalau tak tau boleh tanya saya di depan. faham?"

"FAHAM CIKGU"

"baguss. buat sekarang"

ujar cikgu jaywhypee lalu dia melabuhkan punggung di kerusinya. semua pelajar mula membuat latihan yang diberikan cikgu jaywhypee tu.

"aicehhh, sukalah tu kan. encik abang pinjamkan buku teks sampai sanggup tipu cikgu kata yang dia tak bawa buku. untungnya kau, eun!!"

soora pula sudah menyiku lengan eunjun tu. senyuman lebar dihadiahkan oleh eunjun padanya.

dia menoleh ke arah minho yang fokus sedang membuat latihan addmath tu. senyuman dia ukirkan pada minho tu.

minho mengangkat muka lalu membalas pandangan eunjun tu dengan riak wajah kosong. senyuman langsung tidak terbit di bibirnya.

dia mengendahkan pandangan eunjun tu lalu menyambung semula latihannya tadi.

eunjun tersentak dengan gelagat minho tu. namun dia masih lagi tersenyum. faham sangat dengan perangai minho tu.

'sedar diri eun, dia tolong kau sebab dia kesiankan kau je..'

꒰ 🦋 ꒱ t . b . c .

crush + lee minhoWhere stories live. Discover now