06

403 72 55
                                        

⎯⎯ 🌼⎯⎯

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⎯⎯ 🌼⎯⎯

"EUN, KENAPA DENGAN MATA KAU NIII?"

soal soora yang risau apabila melihat bawah mata eunjun yang sudah macam panda tu. setahu dia, eunjun tak pernah macam tu.

"aku-aku tak apa-apa lah. cuma malam tadi terlampau sejuk sangat sampai aku tak cukup tidur.. kau jangan risau yaa" ujar eunjun tu.

hei, eun kawan mana tak risau kalau kawan dia nampak tak sihat?

"kau ni kan, aku sayang kau tau tak. sebab tu aku ambil berat pasal kau. tapi kau, tak ambil berat pun pasal diri kau..."

rungut soora. geram dia dengan perangai eunjun sorang ni. dan kalau dia ada masalah bukannya nak kongsi dengan dia.

"soora, aku-"

"YA ALLAH YA TUHAN, KENAPA DENGAN MATA KAU NI EUN?"

eunjun dan soora serentak memandang ke arah hyunjin yang baru sampai tu bersama felix. hari ni dia lambat jadi dia suruh eunjun dan jeongin pergi sekolah dulu.

hyunjin segera membelek-belek wajah eunjun tu. tak malu betul anak hwang ni. pakai main sentuh je muka anak dara orang -_-.

"aku tak ada apa-apalah.."

eunjun menepis lembut tangan hyunjin tu. namun hyunjin tetap berdegil. muka eunjun tu masih lagi dibelek.

"tipu!! habistu asal mata kau macam bengkak semacam?"

"aku tak cukup tidur je.. takde pape lahh"

dia tak nak hyunjin risaukan dia. dia kan kawan rapat hyunjin, mestilah hyunjin risau.

"ouhhh, ni mesti kau main game cpmp kannn" ujar felix sambil tersengih.

"game apa tu?" ujar hyunjin dan eunjun serentak.

"alah, game car parking multiplayer. game kereta yang viral musim corona dengan covid-19 ni.." ujar felix lagi.

"hurmmmm... kesitu pula. aku bukannya jenis main game memalam. aku cuma tak mau tidur sebab sejuk. kan semalam hujan.."

"tapi mata kau bengkak bukan sebab kau tak cukup tidur, kan? sebab kau nangis.."

tersentak eunjun mendengarnya. macam mana anak hwang ni boleh tau?

sekali lagi wajah eunjun tu diperhatikan oleh hyunjin. sementara eunjun pula dah ketap bibir. tapi..

dia terkesan sebab hyunjin ambil berat pasal dia. tiba-tiba mata mereka dua bertaut. lama selama beberapa minit.

terlihat jelas hyunjin mengukirkan senyumannya.

"EHEMM"

terus lamunan mereka berdua terhenti apabila felix dan soora berdehem serentak.

"amboiii, bukan main lagi tatap mata tuu sampai nak terkeluar mata tu.." ujar soora.

eunjun sudah alihkan pandangannya dari memandang soora tu. apesal lah pula dia boleh tenung mata hyunjin lama-lama.

malu siottt.

sementara hyunjin dan soora pula sudah berbalah. felix yang berada disitu sudah gelengkan kepalanya.

malas nak layan perangai budak dua ekor ni..

entah bagaimana, minho yang sudah 20 minit sampai ke kelas tu hanya memerhatikan gelagat eunjun dan rakan-rakannya tu dari jauh.

⎯⎯ 🌼⎯⎯

kringggggggg

loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudahpun tiba.

"TERIMA KASIH, CIKGU"

serentak semua pelajar mengucapkan terima kasih pada cikgu wendy setelah selesai saja waktu pdp tu.

"baiklah, siapkan homework saya dan esok jangan lupa hantar pada saya. saya nak ketua kelas bertanggungjawab, faham?"

"FAHAM, CIKGU.."

"good then.."

cikgu wendy pun melangkah keluar dari kelas.

huh~

keluhan berat dilepaskan oleh eunjun. dia sebenarnya, ikutkan rasa nak tidur je sekarang ni tapi bila rasa lapar menyerang, terus tah mahu tidur.

"eun, nak gi kantin?"

"jomm"

terus saja eunjun dan soora melangkah keluar dari kelas dan menuju ke arah kantin. melihatkan ramai pelajar yang beratur, soora dan eunjun terus menunggu di sebuah meja.

"kau dah okey?"

eunjun anggukkan kepalanya. bolehlah, daro tadi.

"hurmm, aku lapar tapi-"

"eunjun eonnie!!"

eunjun alihkan pandangan pada gerangan yang memanggil nama dia tu. senyuman dia ukirkan.

"kenapa eunmi?"

"ni, ada orang bagi. dia suruh eunmi passkan pada eonnie.."

terus berkerut dahi eunjun. banana uyu yang dihulurkan oleh eunmi tu dipandang.

"lelaki ke perempuan?"

"lelaki dan dia satu kelas dengan eonnie.."

tersentak eunjun apabila mendengarnya. siapa pula yang tetiba je bagi dia banana uyu ni? selama ni tak pernah pun..

kalau nak kata hyunjin, dia akan beritahu nama dia pada budak yang passkan pada eunjun tapi ni tak.

"okeyy, terima kasih.."

senyum eunjun lalu dia mengambil banana uyu tu dari eunmi. eunmi tersenyum sambil anggukkan kepala lalu beredar dari situ.

"aiceyhhh, dapat banana uyu dari seseorang. beruntung kau..."

sakat soora.

namun tidak bagi eunjun. kepala dia tengah serabut memikirkan siapa yang bagi banana uyu ni..

takkanlah..

MINHO?!!

---

hai..

semakin lama semakin kemerapuan pula cerita ni ( ' ▽ ' )ノ. tapi apa-apa pun terima kasih pada yang sudi membaca, vote dan comment story ni ❤❤

nino amat hargai ❤❤❤

sorry kalau chapter ni panjang sikit..

crush + lee minhoWhere stories live. Discover now