⎯⎯ 🌼⎯⎯
hyunjin memandang ke arah eunjun yang terduduk tu dari dalam kereta. mesti eunjun tengah cari dia kan?
aish, kau in banyak sangat perasan lah hyunjin..
senyuman diukirkannya. tapi sebenarnya dia lemah bila nampak eunjun macam tu.
tolonglah jangan buat macam tu, eunjun..
kepalanya dilentokkan pada cermin kereta tu. tak sanggup dah dia nak pandang eunjun tu.
"tuan muda, boleh kita bertolak?"
driver milik tuan hwang tu memandang ke arah hyunjin tu. sementara dia hanya menganggukkan kepalanya.
"baik, tuan muda.."
segera keretanya itu berlalu pergi meninggalkan kawasan sekolah dan menuju ke arah rumahnya.
sampai sahaja di depan rumah dia tu, hyunjin melangkah keluar dari kereta tu dan terus melangkah masuk ke dalam rumahnya.
dibiarkan pembantu rumahnya tu mengambil semua barangnya yang ada dalam kereta tu.
"saya dah balik"
"dah balik pun anak eomma ni. rindu eomma kat kamu. lagipun eomma ada perkara nak beritahu kamu ni.."
puan hwang menarik tangan anaknya itu lalu mereka melabuhkan punggung diatas sofa ruang tamu.
hyunjin sekadar akur. memandangkan dia pun tengah penat ni..
"hmm, kenapa?"
"eomma dan appa setuju dengan permintaan hyunjin hari tu.."
berkerut dahi hyunjin dibuatnya. permintaan mana pula ni? banyak permintaan dia mints setahu dia.
"permintaan apa?"
"alah, takkan kamu dah lupa? permintaan kamu nak belajar di amerika tu.. eomma dan appa sepakat, kamu akan pergi lagi tiga minggu.."
terbuntang mata hyunjin mendengarnya.
"APA?!!! EOMMA NI, TAK MEMAIN KAN?"
memang betul dia ada minta eomma dan appanya until belajar di luar negara tapi itu beberapa tahun dulu sebelum dia taruh hati pada eunjun.
"nak main apanya? lagipun kamu akan duduk sana dengan abang sepupu kamu minhyun tu.."
"tapi-"
"tapi apa hyunjin? eomma dan appa dah putuskan kamu kena pergi juga.."
kedengaran suara tuan hwang yang memotong percakapan anaknya itu.
huh~
kalau dah appa marah tu, memang kena ikut jugalah kan. hyunjin tidak membantah malah mengangguk.
nak bantah pun tak guna.
dia bangun dari duduknya dan menuju ke arab biliknya tu. pintu bilik di kunci lalu dia melepak di koridor biliknya.
mungkin, ni jalan terbaik untuk melihat eunjun bahagia dengan orang dia sayang?
lebih baik dia undur diri.
⎯⎯ 🌼⎯⎯
"noona okey?"
eunjun yang sedang duduk termenung di beranda tu memandang ke arah jeongin tu.
senyuman dia ukirkan.
"noona ok je.."
"nahh.."
huluran mug koko panas daripada jeongin tu dilihat lalu dia menyambutnya.
"terima kasih.."
"sesama.."
perlahan-lahan koko panas tu dihirup. sinaran bulan waktu malam tu menjadi tatapan mereka malam tu.
"tengok tu, cantikkan bulan.."
"cantik, macam stay"
"ewah kau.."
jeongin tergelak kecil. wajah eunjun yang tadinya tersenyum namun berubah sendu tu dipandang.
pandangannya dialihkan pada langit tu.
"noona, ayen nak tanya sikit boleh?"
"apa dia?"
"noona dengan lee know hyung ada apa-apa ke?"
terus eunjun memandang ke arah jeongin tu. wajahnya ditundukkan lalu senyuman lebar dia ukirkan.
"mesti ada apa-apa kan.."
"ish, tak adalah.."
"tak payah nak tipu.."
"bila masa pula noona tipu?"
"abistu?"
huh~
keluhan dilepaskan eunjun. dia pun tak tau lah nak rasa seronok ke sedih. perasaan bercampur sekarang nie.
"entahla, noona pun tak tau apa motifnya si minho tu mula rapat dengan noona.."
"ayen dah kenal lama dengan lee know hyung tu. dia tu bukannya jenis macam tu. mungkin dia memang nak kawan dengan noona ke.."
senyuman nipis diukirkan eunjun
"harap macam tu lah.."
---
maaf, sendu sikit part ni weyhh sama macam aku sob sob 😭.
btw, lusa nak puasa dah, oyeahhhh ❤❤
YOU ARE READING
crush + lee minho
Fanfiction⸙: 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ↳ cinta si encik kerash ni complicated ↺ ✧ based on the true stowy starts :100420 ends :110520