05

400 66 65
                                        

⎯⎯ 🌼⎯⎯

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⎯⎯ 🌼⎯⎯

huwaaaaa..

eunjun mengelapkan air matanya dengan tisu yang terakhir dari kotak tisu yang baru dibuka. sampai hati minho buat dia macam ni..

dari balik sekolah tadi sampailah sekarang, asyikr terperuk dalam bilik je menangis.

macam orang tak betul pun ada..

tok tok tok

"eunjun, chingu kamu datang ni.."

ujar puan yang sambil mengetuk pintu bilik eunjun tu.

"suruh jelah dia balik. eun tak nak jumpa sesiapa lah sekarang nie.."

ujar eunjun sambil duduk mencangkung lalu berpeluk tubuh di atas katil.

"eunnnn.. kesian chingu kamu tunggu kat bawah tu.." ujar puan yang.

dia tahu yang anak daranya tu dari balik sekolah dah berperangai pelik. sebab sebelum ni tak pernah pun dia duduk terperuk lama-lama dalam bilik.

"kenapa ni, eomma?"

soal jeongin yang baru keluar dari biliknya apabila mendengar eommanya memanggil noonanya tu.

"ouh ayen, noona kamu ni tak nak turun jumpa kawan dia. kesian kawan dia dah tunggu lama.."

"siapa chingu dia tu? hyunjin ke?"

"bukan hyunjin. eomma pun tak tau apa nama doa sebab eomma lupa nak tanya nama dia.."

"kalau macam tu biar ayen pergi tengok.."

"hurmm, eomma nak pergi dapur dulu.. nanti jangan lupa panggilkan noona kamu tu. kesian dengan chingu dia tu.."

puan yang berlalu pergi menuju ke arah dapur. sementara jeongin pula hanya memerhatikan bilik eunjun tu lalu dia menuju ke arah 'chingu' eunjun yang dikatakan oleh eomma dia tadi.

"eo, lee know hyung?"

"ehh, ayennn"

minho bangun dari duduknya dan menuju ke arah jeongin tu.

"ada apa ni, hyung? tetiba je nak jumpa eunjun noona..."

soal jeongin. pelik juga dia sebab sebelum ni minho tak pernah datang rumah dia. dan ni merupakan kali pertama.

"adalah, tapi dia mana?"

"dia ada kat dalam bilik. dari balik sekolah tadi sampailah sekarang. tak keluar-keluar pun. ayen pun tak tau kenapa.."

minho tersentak saat mendengar kata-kata daripada jeongin tu. riak wajahnya bertukar risau. kenapa dengan eunjun?

"hyung tunggu jap, ayen pergi panggilkan dia.."

"ahh, okey"

jeongin menuju ke arah bilik eunjun lalu mengetuk pintu bilik tu.

"noona.. lee know hyung datang tu.. kata dia nak jumpa noona"

tersentak eunjun saat mendengar kata-kata jeongin disebalik pintu tu. air mata yang masih mengalir tu dilap dengan tangannya.

minho mahu jumpa dia? adakah sebab, dia risaukan eunjun?

senyuman terukir di bibir eunjun lalu segera dia membuka pintu bilik tu.

"mana dia?" soalnya.

pelik jeongin melihat gelagat eunjun tu. tadi mendung je siap hujan lagi. sekarang dah keluar pelangi pulak?

"dia ada kat-"

terus dia berlalu pergi meninggalkan jeongin yang baru je nak bersuara tu.

"aku ke dia ni.. belum sempat aku nak bercakap dah blah.. sabar je dapat noona macam ni.."

jeongin mengekori eunjun dari belakang dan mereka menuju ke arah minho tu.

"ahh, eunjun.."

senyuman manis diukirkan oleh eunjun tu. first time, minho bercakap dengan dia.

KYAAAA, BAHAGIANYAAAAAAA

"ada apa awak nak jumpa saya?"

mesti dia rasa bersalah sebab eunjun nampak dia dengan perempuan lain tadi? tapi dia bukannya tau pun yang eunjun suka dia..

atau maybe...

DIA NAK LUAHKAN PERASAAN DIA? OYEMJIIIII

"sebenarnya, aku datang ni sebab nak minta buku teks addmath aku. tadi aku lupa nak mintak kat kau.."

senyuman eunjun yang lebar tu serta-merta mati. jap, dia datang sini semata-mata sebab buku je?

bukannya pasal diri dia?

maknanya, dia ni perasan terlebih la ni?

"ouhhh, jap.."

eunjun pergi mengambil buku teks addmath yang diminta oleh minho tadi lalu dia serahkan pada minho tu.

"terima kasih sebab pinjamkan.."

ujarnya. minho anggukkan kepalanya.

"aku balik dulu tau, bye!!"

"NANTI!!!"

belum sempat eunjun menahan minho, minho sudahpun berlari keluar dari rumah eunjun dan meredah hujan pulang ke rumahnya.

eunjun turut mengikuti minho sehingga langkahnya terhenti di hadapan gate rumahnya.

'kau lagi sanggup redah hujan dari tumpang rumah aku? sedar diri eun, dia dah ada orang lain..'

---

crush + lee minhoWhere stories live. Discover now