Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⎯⎯ 🌼⎯⎯
"morning, HYUNJIN!!"
kali ni, giliran eunjun pula menyergah hyunjin tu. senyuman paling manis dan lebar dia ukirkan pada hyunjin tu.
hyunjin sekadar membalas senyuman eunjun tu lalu menganggukkan kepalanya.
tersentak eunjun dengan perlakuan hyunjin tu. tak pernah hyunjin buat macam tu pada dia. tapi eunjun langsung tak mengalah.
lalu dia menghalang laluan hyunjin tu.
"awak dah tak sayang saya ke? awak dah tak nak kawan dengan saya ke? sampai hati awak kan.."
ujar eunjun. hyunjin ketap bibirnya lalu dia tersenyum ke arah eunjun yang berusaha nak pujuk dia tu.
kepala eunjun tu diusap lembut.
"kau risaukan aku, ke?"
gelagat hyunjin tu membuatkan eunjun membahang lalu perlahan kepalanya dianggukkan.
"kau ingat aku tak risau ke? dah lah balik macam tu je hari tu. kau ingat aku tak terasa.."
"hehe, aku balik hari tu sebab aku risaukan eomma aku lah. dia dah call banyak kali.."
"serius ni?"
"seriuslah. muka aku ni macam penipu ke?"
"haah."
"weyhh, tak baik eun.."
"aku gurau jelah.."
"yelah tu.."
"betul"
dari jauh, minho hanya memerhatikan mereka berdua yang kelihatan mesra tu. tak tau kenapa tapi, hati dia terasa sakit.
⎯⎯ 🌼⎯⎯
"baiklah, rabu ni pihak sekolah akan mengadakan kem belajar untuk kelas kamu dan 5sc2 di busan. sementara kelas lain pula akan diadakan di tempat lain.
nanti serahkan nama kamu pada im youngmin untuk yang pergi saja. kalau tak pergi tu, sila tulis nama dan buat surat alasan kenapa kamu tak dapat pergi, araseo?"
"FAHAM, CIKGU"
"baik, saya keluar dulu.."
cikgu chanyeol pun mula melangkah keluar dari kelas tu. sementara semua pelajar mula menyerbu ke arah youngmin tu.
sian dia..
jadi mangsa untuk singa lapar.
"kau pergi tak eun?" soal soora.
"gile tak pergi? silap-silap kena bebel dengan eomma aku dan ayen... haih, ngeri aku"
"kalau macam tu, kau duduk dengan aku dalam bas nanti.. tau"
"weyh, boleh sangat. lagipun aku nak duduk dengan sapa lagi?"
"yeahh, sayang kau!!"
soora bersorak keriangan. dia ingatkan si eunjun ni taknak pergi sebab dia tau yang eunjun ni bukannya jenis yang suka pergi kem ni..
"eo, eun pergi?"
tersentak hyunjin mendengarnya. tak percaya dia dengan eunjun tu.
"kenapa pun?"
"takde pape lah.. anyway aku nak-"
"kau join sekali ke hyunjin?"
serentak mereka bertiga memandang ke arah gerangan yang memotong percakapan hyunjin tu.
MINHO?!!
"haah.." hyunjin anggukkan kepalanya.
"eunjun pun sama ke?"
eunjun membulatkan matanya saat mendengar soalan dari minho tu.