TIGA — Keras Hati
7 tahun lalu
2011Aku masih pelajar sekolah menengah. Aku adalah mangsa buli di sekolahku sendiri. Setiap pulang ke rumah. Lebam dan luka tidak pernah terlepas untuk hinggap di wajahku atau badanku. Aku yang merawat diri sendiri.
Semasa kali pertama aku dibuli, aku meraung pulang ke rumah menagih simpati keluargaku sebenarnya. Tapi, tidak pernah ada sesiapa dirumah setiap kali aku pulang dari sekolah.
Aku cuba fahamkan diri dengan keadaan dan hatiku yang rapuh dulu kini sudah keras untuk meraung dan merintih. Aku sekadar kuatkan diri sendiri dan cuba bertahan apabila sakit. Aku terfikir, kalau aku mati mesti pembuli tu tidak boleh buli aku lagi, kan? Kalau aku mati, aku tidak perlu keraskan hati dan bertahan dengan kesakitan lagi, kan?
▫️Sungai Han
▫️5:33 AM
▫️Wed March 9, 2011Matahari seperti ingin menunjukkan dirinya. Hanya bercahayakan awan yang agak kelam. Aku perhati sekelilingku. Senyap. Aku seorang sahaja yang berada disitu. Bolehlah aku teruskan rancanganku.
Aku sekadar berjalan terus dan terus ke hadapan. Tidak bercadang untuk berhenti. Aku teruskan berjalan tanpa belok. Kakiku semakin lama tidak lagi dapat berpijak pada dasar. Pemandangan yang penuh dengan lampu, semakin pudar dari penglihatan. Udara tidak lagi dapat ku hirup. Aku ketika ini hanya terus-menerus menelan air sungai. Aku semakin penat.
Di akalku ketika itu hanyalah perkataan : Aku mahu mati—aku cuba untuk lemaskan diri sendiri.
Penglihatanku kini gelap. Aku berjayakah?
————————
Oh, aku silap. Aku gagal rupanya. Aku tersedar pengsanku. Aku cuba membuka mataku. Silau cahaya menyapa anak mataku. Aku berada dibilikku ketika ini.
"Cik dah sedar?" Tanya seorang lelaki yang sedang duduk di sampingku. Aku perhati rincian wajahnya.
Kim Seok-jin
Sepupu dari belah ayah.
"Kenapa kau selamatkan aku?" Tanyaku dingin.
"Entahlah, Cik. Saya pun tak tahu." Jawabnya.
Dia panggil aku Cik sebab dia terbiasa guna bahasa formal.
Aku menjeling tajam wajahnya yang kacak tanda tidak suka dengan perbuatannya. Tak guna betullah. Ish!
"Kenapa Cik cuba bunuh diri?" Tanya Seok-jin tanpa berdolak-dalih.
Dia tahu? Huh! Pandai pula dia meneka."Tak baik lah cuba bunuh diri sendiri Cik. Cik tahu tak? Orang dekat luar sana banyak yang nak hidup lama tapi mereka tidak dapat. Cik pula, diberi peluang hidup. Tapi, Cik cuba untuk sia-siakan." Omelnya panjang.
"Berhenti ceramah aku. Aku tak suka. Keluar." Kataku satu nada.
Bilikku kini tiada bunyi yang menganggu di corong telinga. Sunyi. Sepi. Aku sendiri, lagi. Mataku bertakung air. Pipiku terasa hangatnya air mata. Air mata mengalir deras tanpa bunyi esakan. Sakit. Sakit menangis tanpa bunyi.Aku hanya berpura-pura kuat dari luar. Tapi, maaf. Aku hanya manusia biasa yang mempunyai ego yang tinggi.
Misi bebaskan diriku gagal, lagi.
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐩. 𝐘𝐞𝐨𝐧-𝐚𝐡 ☑
FanfictionAku teringin bebas • Yeon-ah Ini bukan caranya • Seok-jin 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Kim Yeon-ah 𝐉𝐢𝐧 : Kim Seok-jin