EMPATBELAS — Keputusan
▫️Rumah Keluarga Kim
▫️8:35 PM
▫️Tue 4 December, 2012Di ruang tamu, duduknya 4 orang penting dari keluarga Kim di sofa yang tersedia. Minuman dan cemilan langsung tak tersentuh. Kami ada perbincangan penting yang menimbulkan pergaduhan besar menjadi penyebab seorang pun antara kami yang tak menyentuh minuman dan cemilan itu.
"Lagipula, bayaran belajar di Universiti Polis lagi mahal dari universiti biasa." Aku masih berusaha untuk melawan.
"Biar. Ibu dan ayah sanggup bayar walaupun mahal." Kata ayah datar.
"Ibu dan ayah janganlah buat keputusan untuk Yeon-ah." Aku berkata serius. Aku rasa sangat tak puas hati.
"Tak boleh. Nanti kamu buat keputusan yang salah." Tegas ibu.
"Tak. Yeon-ah takkan buat keputusan yang salahlah." Suaraku mula meninggi sedikit.
"Macam mana kamu tahu? Setakat ni, semua keputusan yang kamu buat, semua keputusan yang salah untuk kami. Lari dari rumahlah. Cuba bunuh dirilah." Ayah pula berkata tegas, tapi aku langsung tak rasa takut dengan kata-kata tegas ayah.
"Yeon-ah janji. Yeon-ah takkan buat semua tu dah. Tolonglah, biarlah Yeon-ah yang putuskan Yeon-ah sambung belajar dimana." Aku melutut di hadapan mereka. Aku tak nak terus dikongkong. Aku penat. Air mata dari tadi lagi sudah mengalir deras.
"Tak boleh!" Jerit ibu tanda dia sangat marah dengan kedegilanku.
"Tolonglah. Yeon-ah tak nak belajar disitu. Yeon-ah nak belajar di universiti biasa.." Aku merayu sekali lagi.
"Kenapa pula tak nak? Kamu akan dapat kerja baik tau. Kamu dapat berjasa pada negara." Ayah cuba mempertahankan keputusannya.
"Selama ni ibu dan ayah tak pernah nak hormat keputusan Yeon-ah. Semua keputusan ibu dan ayah yang tentukan. Cara pemakaian, tunang, belajar, gerak-geri. Bukan Yeon-ah yang putuskan semua tu. Ibu dan ayah selalu kongkong apa, siapa, dimana yang perlu Yeon-ah buat. Yeon-ah tak suka." Jeritku geram. Amarahku meletus. Selepas aku bercerita, aku berjalan sambil menghentak kaki kearah bilikku. Aku menghentam kuat pintu bilikku tanda aku marah. Aku benci semua perkara.
Kebanyakan budak lain, teringin tinggal dirumah besar yang aku tinggal ni. Mereka teringin jadi seperti tuan Puteri di cerita dongeng yang tinggal di istana besar. Tapi ceritaku langsung tak seindah cerita khayalan itu. Tuan Puteri itu tinggal di istana ciptaan Raja dan Permaisuri. Tapi istana itu hanya kelihatan seperti istana dari luar sahaja.
Tuan Puteri itu tidak dibenarkan untuk berbuat ini dan itu. Hanya boleh patuh kepada perintah Raja dan Permaisuri. Tuan Puteri tiada hak untuk membuat keputusan. Tuan Puteri itu sudah muak nak tinggal di penjara yang kelihatan seperti istana itu. Tapi tiada apa yang dia boleh buat. Hidupnya dikawal oleh Raja dan Permaisuri.
Mata mereka bertiga melihat aku berjalan naik ke bilikku. Mereka semua berasa serba salah sebenarnya.
"Pak cik. Mak cik. Seok-jin rasa mak cik dan pak cik sepatutnya beri dia peluang untuk buat keputusan sendiri kali ni." Seok-jin yang dari tadi hanya memerhati mula mengujar.
"Kamu tahukan kenapa kami nak sekolahkan dia di KNPU?" Ibu dan ayah memberi pandangan suram.
"Seok-jin tahu. Tapi keputusan macam ni tak boleh dibuat oleh pak cik dan mak cik sahaja. Lagipun, ini tentang masa depan Yeon-ah sendiri." Seok-jin cuba mempertahankan aku.
"Pak cik takut, Seok-jin. Pak cik rasa dia tak selamat jika dia belajar di universiti biasa." Ayah mula bersuara lemah.
"Pak cik dan mak cik tahukan saya tetap boleh tolong jagakan dia walaupun dia belajar di universiti biasa?" Seok-jin berkata sopan.
"Tahu. Tapi kalau Yeon-ah belajar di KNPU, kamu boleh jaga dia dengan lebih dekat."
"Andai, keputusan ni nanti memakan diri pak cik dan mak cik. Seok-jin tak boleh buat apa-apa." Seok-jin menunjukkan wajah suram.
Aku dari mula lagi telah membuka sedikit pintu bilikku kerana aku ingin mendengar setiap butir perbicaraan mereka. Seok-jin cuba pertahanan keputusanku. Tetapi, keputusan mereka langsung tak bertukar. Mereka tetap menghantarku ke universiti polis. Seperti kata Seok-jin, keputusan tu memakan diri mereka.
Aku langsung tak nak berjumpa mereka ketika mereka datang melawat. Aku langsung tak nak bercakap dengan mereka ketika mereka menelefon. Egoku setinggi gunung.
Mereka rasa sedih kerana aku terlalu menjauhkan diri dari mereka. Apalah mereka boleh lakukan? Mereka hanya nak keselamatanku terjamin. Tapi, apalah yang aku faham ketika itu? Mereka langsung tak nak cerita pada aku kebenaran sebenar.
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐩. 𝐘𝐞𝐨𝐧-𝐚𝐡 ☑
FanfictionAku teringin bebas • Yeon-ah Ini bukan caranya • Seok-jin 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Kim Yeon-ah 𝐉𝐢𝐧 : Kim Seok-jin