DUABELAS — Amanah
4 tahun lalu
▫️Class of ALPHA (KNPU)
▫️11:28 AM
▫️Thu Jun 19, 2014Seorang pelajar lelaki dari kelas lain mengetuk pintu kelas kami. SP Lee Dong-wook yang tengah mengajar berhenti seketika dan menyuruh lelaki itu masuk ke dalam. Lelaki itu membisik ke telinga SP Lee Dong-wook sesuatu. Lelaki itu terus keluar dan menuju kelasnya selepas melakukan tugasnya. Tiba-tiba saja SP menyebut namaku.
Superintendant of Police (SP) •
"Kim Yeon-ah."
"Yes, Sir?" Aku sedikit bingung.
"Insp. Kim Seok-jin ada keperluan dengan kamu." Kata SP Dong-wook.
"Sekarang? Tak boleh lepas habis kelas ke, Sir?" Aku rasa rimas sebenarnya.
"Tak. Pergi ke bilik pensyarah sekarang." Arah SP tegas.
"Yes, Sir!" Patuhku.
————-—
"Ada sebab apa lagi si Seok-jin panggil aku ni? Nak sakitkan hati aku lagi ke?" Gumamku berulang kali sepanjang perjalanan ke bilik pensyarah.
Akhirnya, aku sampai di bilik pensyarah. Kakiku tanpa ragu melangkah masuk dan menuju ke bilik Insp. Kim Seok-jin dengan segera. Kalau boleh, aku nak habiskan urusan tu dengan cepat. Aku nak belajar.
Aku membuka pintu biliknya tanpa mengetuk, nampak sangat aku kurang ajar. Tapi, apa aku kesah? Aku nak cepat.
"Oh, cik. Duduklah." Jemputnya tapi dengan nada datar dan pandangan serius, tak seperti biasa. Biasanya dia akan tersenyum pada aku walaupun aku buat muka cemberut pada dia. Kali ni, tak.
Aku menarik tempat duduk kasar lalu segera duduk. Dia bergerak ke arah kiri kerusiku lalu memusingkan kerusiku ke arahnya. Dia tiba-tiba melutut dihadapanku.
"Cik, tolong kuatkan diri." Dia bersuara sendu sambil mengenggam lembut kedua tanganku. Aku mula rasa seperti ada perkara buruk yang terjadi.
Perkataan yang terkeluar dari bibirnya membuat aku bungkam. Air mata tipis mengalir dengan lambat melalui pipiku.
"Ibu dan ayah cik baru saja meninggal kerana terlibat dalam kemalangan." Tiada perkataan yang boleh keluar dari mulutku untuk aku katakan padanya.
Aku yang digelar kasar, hati batu, tiada perasaan di universiti. Jadi orang yang paling lemah ketika itu. Pandanganku gelap secara tiba-tiba. Selepas itu, tiada lagi perkara yang tersimpan dalam memoriku.
Aku betul-betul terkejut dengan semua ni. Bukankah sepatutnya aku gembira sekarang ni? Ibu dan ayahku sudah tiada. Aku tidak lagi akan dikongkong. Tapi, aku langsung tak rasa gembira mendengar berita itu. Malah, aku semakin benci pada diriku kerana tak sempat meminta maaf kepada mereka untuk semua perbuatanku.
🔸Klinik KNPU
Cahaya cat putih bersih memancarkan cahaya yang sangat cerah ke retina mataku. Aku sekarang di klinik?
"Apa jadi tadi?" Aku bertanya pada lelaki yang sedang menundukkan kepalanya disisi kanan katilku ketika itu. Tetapi, soalan tu langsung tak terjawab. Aku tidak lagi menyoal selepas melihat dia sedang lena tertidur.
"Kenapa kau tetap jaga aku walaupun aku selalu cuba sakitkan hati kau?" Aku bergumam sambil mengusap lembut rambutnya.
Jika diingat kembali, semasa kecil dulu. Aku dan lelaki ni terlalu rapat dahulu. Disebabkan keluarganya terpaksa berpindah ke Amerika, dia pun terpaksa tinggalkan aku. Semasa dia berumur 19 tahun dan aku berumur 14 tahun, dia berpindah kembali ke Korea. Tapi, aku tidak lagi seceria dulu.
"Sebab cik adalah amanah ibu dan ayah cik kepada saya." Dia akhirnya terbangun dari tidur lenanya. Dia mengambil tanganku yang mengusap kepalanya tadi. Dia genggam lembut lalu memberi senyumannya kepadaku.
Kenapa aku tak pernah sedar selama ni yang dia sangat kacak ketika tersenyum?
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐩. 𝐘𝐞𝐨𝐧-𝐚𝐡 ☑
FanfictionAku teringin bebas • Yeon-ah Ini bukan caranya • Seok-jin 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Kim Yeon-ah 𝐉𝐢𝐧 : Kim Seok-jin