ENAM — Tembak?
Penampilanku sehari-hari ;
Aku sentiasa mengikat rambutku seperti digambar dan menggunakan topi yang disediakan untuk pelajar polis KNPU. Aku buat semua tu bukan untuk menyamar sebagai lelaki, aku hanya ingin samakan penampilanku. Lagipun semua pensyarah pun tahu kisahku. Macam mana dan bagaimana aku tersesat dekat asrama lelaki ni.
▫️Asrama Lelaki KNPU
▫️12:39 AM
▫️Fri March 29, 2013Bunyi siren berbunyi di waktu tengah malam berserta pengumuman untuk berkumpul di padang terbuka. Eish! Aku mau tidurlah. Sudahlah latihan tadi memenatkan. Haih! Aku penatlah. PENAT!
Disebabkan aku tinggal di asrama lelaki, aku mesti ikut semua jadual yang pelajar lelaki buat. Itu, aku tidak berapa kesah sebenarnya. Jadual pelajar lelaki dan pelajar perempuan berbeza hari tapi aktiviti yang sama, jadi mana ada beza.
2 orang budak sebilikku langsung tidak terganggu dengan bunyi siren tu. Wah! Tidur mati kah? Kalau bom meletup ni, tentu saja sempat badan mereka berderai baru mereka sedar. Rakan sebilikku yang lain kelam-kabut menyiapkan diri untuk turun ke kawasan padang.
"Jeon, kau kejut si Ong tu. Aku kejut si Kim ni." Arahku pada salah seorang kawan sebilikku
"Hoi, Dong-jun! Bangunlah! Siren berbunyi tu. Hoi! Bangun!" Jeritku sambil mengoncang kuat badannya. Aku pun penatlah. Bukan kau seorang saja.
"Haih, Yeon. Aku tak laratlah. Korang pegilah." Katanya dengan suara serak basah
"Baik kau bangun sekarang. Kalau tak......." Aku tidak menyambung ucapanku.
"Kalau tak apa?" tanyanya dengan hanya sebelah matanya terbuka memandang aku
"Aku hempuk kau guna kasut aku. Bangun cepat!" Aku pandang tajam matanya.
"Ala, kau ni Yeon. Tak sportinglah. Yalah, aku bangun." Jawabnya dengan suara lemah sambil menyiapkan diri.
🔸Padang Terbuka KNPU"Malam ni, kita ada latihan mengejut untuk kumpulan. Ahli kumpulan kamu, terdiri dari rakan sebilik kamu. Latihan kamu ialah latihan menembak. Ini adalah waktu yang sesuai kerana hanya berteman cahaya bulan. Kamu akan lebih mudah untuk bersembunyi. Kamu akan berlawan dengan ahli kumpulan lain. Kumpulan yang menang akan mendapat lencana kemahiran menembak berkumpulan. Awak semua perlu bekerjasama dengan ahli kumpulan untuk menang. Jangan buang masa, bincangkan strategi kamu sekarang. Kita akan bermula lagi 30 minit." Terang panjang DCP Jung Woo-sung kepada semua pelajar, dari pentas.
"Yes, Sir!" Ucap semua pelajar lelaki KNPU serentak termasuk aku.
Deputi Commissioner of Police - (DCP) •
——————
"Jadi, apa rancangan kita?" Tanya Kang Min-hyuk sambil memandang dengan wajah bingung ke arah kami semua.
"Siapa jadi ketua?" Tanya Ong Seong-wu ingin tahu ketua kumpulan kami.
"Strategi kita macam mana?" Tanya Park Chan-yeol, fokus pada strategi.
"Apa kata kita buat secara berdepan?" Cadang Kim Dong-jun semangat.
"Tak! Itu akan mudahkan kita untuk kalah." Aku menidakkan cadangannya.
"Kita guna cara menghendap. Itu lebih memudahkan kerja." Kata Jeon Jung-kook senada.
And our Leader is that kid — Jeon Jung-kook
"Tembak yang kamu semua akan gunakan hanyalah Gun Paintball. Paintball pula terisi dengan cat neon. All of you, take your own gun. Dan, jangan keluar dari lingkungan kawasan hutan KNPU." DCP Jung Woo-sung memperjelaskan senjata yang akan kami gunakan.
"Yes, Sir!" Jawab semua pelajar KNPU.
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐩. 𝐘𝐞𝐨𝐧-𝐚𝐡 ☑
FanfictionAku teringin bebas • Yeon-ah Ini bukan caranya • Seok-jin 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Kim Yeon-ah 𝐉𝐢𝐧 : Kim Seok-jin