EMPAT — Hak?
5 tahun lalu
▫️Rumah Keluarga Kim
▫️1:50 PM
▫️Mon January 7, 2013Aku gemar kurungkan diri di dalam bilik. Berseorangan. Idea untuk mem'bebas'kan diri kini bermain sekali lagi di mindaku.
Cuba lemaskan diri, gagal. Larikan diri dari rumah, gagal. Idea apa paling bernas untuk aku lagi, ya? Gantung diri? Boleh juga. Tikam diri sendiri. Pun boleh. Aku mahu bebas. Aku mahu bebas dari penjara yang dicipta oleh ibu ayahku.
Aku memastikan tiada siapa di rumah.
Seperti biasa, rumahku kosong tanpa manusia selain aku. Aku kunci pintu utama rumah agam itu. Aku persiapkan tali. Tali yang akan jadi kunci ke'bebas'an ku. Aku ikat mati hujung tali di atas sebuah besi panjang yang tergantung dekat siling bilikku.
Aku masukkan kepala ku di antara tali. Aku siap. Tapi, berjayakah?
Penglihatanku semakin hilang. Gelap.
————————
Aku gagal, lagi.
Aku diselamatkan oleh orang yang aku paling benci. Orang yang sering gagalkan rancanganku.
Kim Seok-jin. Aku tidak tahu ilmu apa yang dia guna. Tapi, dia selalu sempat selamatkan aku sebelum aku betul-betul berlayar ke alam roh. Tentang aku larikan diri dulu, bolehlah dia cari. Diakan POLIS. Yang aku tidak faham, aku sudah pastikan tiada siapa di rumah. Aku sudah pastikan tiada sesiapa di sekelilingku.
Dia sentiasa tidak terlambat untuk halang aku dari bertemu kematian. Aku benci dia.
Dia penyebab aku penat untuk bebaskan diri. Menyemak.
————————
Era persekolahan untuk aku kini telah berakhir. Aku bercita-cita untuk masuki universiti biasa. Lain pula pada pendapat ayahku. Oh, aku terlupa!
Hidupku masih dikawal oleh ibu dan ayahku. Mereka ingin aku masuk universiti untuk menjadi seorang polis. Berjasa pada negara.
No! Aku tidak setuju. Aku tidak suka. Memang itu perkara yang baik, tapi aku ingin jadi seperti orang normal yang seumur denganku. Tolonglah, aku tidak pernah buat keputusan untuk diri sendiri kecuali masa aku larikan diri dulu.
Tapi, apalah hakku untuk berbicara? Aku hanya ada hak untuk patuh.
Yang aku tahu, aku hanya seperti boneka mereka.
————————
Tiba hari untuk aku berangkat ke universitiku. Aku di hantar oleh ahli keluargaku sampai di pagar utama universiti. Aku akan berasrama di asrama universiti. Maksudnya, aku tidak akan ada ikatan lagi dengan hubungan dunia luar sepanjang pembelajaranku.
Seok-jin yang menjemput aku untuk masuk ke kawasan dalam. Ahli keluarga tidak dibenarkan untuk masuk melebihi pagar utama.
Seok-jin adalah polis yang bertugas dekat universiti ni. Dia adalah pensyarah. Kebetulan? Ayah aku sengaja.
Aku angkat semua barangku seorang diri. Bukannya Seok-jin tidak cuba untuk bantu. Aku yang ego tidak mahu ditolong.
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐩. 𝐘𝐞𝐨𝐧-𝐚𝐡 ☑
FanfictionAku teringin bebas • Yeon-ah Ini bukan caranya • Seok-jin 𝐒𝐨𝐧𝐠 𝐉𝐢-𝐡𝐲𝐨 : Kim Yeon-ah 𝐉𝐢𝐧 : Kim Seok-jin