LAPAN

93 14 2
                                    

LAPAN - Lari

▫️Belakang KNPU
▫️10:59 AM
▫️Fri April 19, 2013

"Kamu semua buat larian pusing keliling hutan dekat belakang universiti kita ni sebanyak 4 kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kamu semua buat larian pusing keliling hutan dekat belakang universiti kita ni sebanyak 4 kali. Jangan lupa. Malam ni kamu semua ada latihan ketahanan dekat gym. Saya nak awak semua tepat jam 7 malam, berada di gym. Lambat, kena denda." Perintah Konstabel Ji-sung.

"Yes, Sir." Jawab kami satu nada.

"Okay, kamu boleh start lari." Konstabel Ji-sung mengawasi kami.

Semua pelajar mengangkat kaki untuk memasuki hutan. Memulakan larian perlahan mereka.

"Konstabel lupa atau buat-buat lupa yang hutan ni tinggi dari hutan biasa?" Tanya Ong Seong-wu kepada kelompok manusia di sisinya.

"Konstabel tak lupa. Dia sengaja." Jawabku geram. Makin lama aku makin rimas dengan semua ujian ni.

 Makin lama aku makin rimas dengan semua ujian ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Konstabel nak tahap ketahanan kita kuat. Nanti malam kan ada latihan lagi. Ini adalah pemanasan untuk kita sebelum latihan." Terang Kang Min-hyuk.

"Tahulah latihan. Tak boleh ke bagi kita cuti sekali-sekala. Penat tau tak?" Adu Park Chan-yeol.

"Kau tu kalau boleh hari-hari nak cuti. Kita memang ada cuti setiap hujung minggu lah. Sabtu dan ahad." Geram Jeon Jung-kook.

"Jomlah sambung lari. Lambat gerak, lambatlah habis." Ajak Kim Dong-jun.

"Jomlah." Mereka berempat bersuara kecuali aku.


Aku sekadar mengikut mereka dari belakang.

Kang Min-hyuk dan Park Chan-yeol sudah beberapa kali berpusing, dah nak habis 4 pusingan.

Jeon Jung-kook dengan Ong Seong-wu pula baru 2 pusingan macam tu.

Mula-mula larian aku dengan Kim Dong-jun berlari seiringan. Tapi, setelah larian ketiga, kami terpisah. Dong-jun sudah laju di hadapan.

Aku teruskan sahaja larian yang tinggal.

Aku sekarang berada di belakang semua pelajar lelaki. Aku sengaja melambatkan diri. Nak pastikan juga mana tau ada sesiapa yang tertinggal di belakang.

Aku perhati suasana dekat hutan tu. Cantiknya. Tenang juga. Aku suka. Aku hirup udara panjang lalu hembus perlahan. Segar udara disitu.

Ternyata firasatku tadi benar. Ada seorang pelajar terduduk bersandar dekat pokok di tepi jalan. Aku hampirkan diri dengan pelajar tersebut.

"Kau okay?" Tanyaku risau.

"Okay. Aku okay." Jawabnya sedikit lemah.


🔸KNPU

"Siapa lagi belum sampai?" Konstabel Ji-sung ingin mengambil laporan ketibaan semua pelajar.

"Kim Yeon-ah belum ada Sir!" Kata Byun Baek-hyun menyedari satu-satu perempuan diantara mereka belum tiba.

"Dua orang rakan sebilik kitorang belum ada, Sir!" Jerit Jeon Jung-kook memberi maklumat.

"Siapa lagi seorang?" Konstabel Ji-sung bertanya sekali lagi.

"Ong Seong-wu." Jawab Jeon Jung-kook.

"Baiklah, yang lain semua pulang ke bilik. Rakan sebilik Yeon-ah dan Seong-wu, jom ikut saya cari kawan sebilik kamu." Arah Konstabel Ji-sung pantas.

"Baik, Sir." Patuh mereka berempat.

"Yeon-ah cedera dekat tengah jalan ke?" Ujar Kang Min-hyuk risau.

"Aku tak rasalah." Kim Dong-jun membuat muka tak percaya

"Takkanlah Ong Seong-wu pula yang cedera?" Park Chan-yeol pula terfikir perkara lain.

𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐩. 𝐘𝐞𝐨𝐧-𝐚𝐡 ☑Where stories live. Discover now