SEMBILAN

86 14 4
                                    

SEMBILANGaduh?

"Betul ni, kau okay? Macam tak okay aku tengok." Aku perhati dirinya dari wajah ke kaki.

"Memang tak okay. Aku tertendang kuat batu tadi. Kakiku terkehel teruk." Terangnya.

"Apa yang kau mengelamun Ong Seong-wu sampai kau tertendang batu?" Aku nak tahu cerita.

"Aku tak mengelamun apa-apa lah. Aku tendang-tendang rumput tadi sebab aku tunggu seseorang. Rupanya ada batu dekat dalam rumput tu." Memperjelas keadaan.

"Tulah. Bodoh." Sengaja menyakitkan hatinya.

"Ala, kalau kau tak nak tolong. Tak payahlah singgah." Geramnya.

"Siapa cakap aku nak tolong kau?" Aku tanya lalu meninggalkanya sendiri di situ.

Baru 1 meter setengah aku berjalan.

"Yeon, tolonglah aku!" Teriak Ong Seong-wu dengan nada sedih.

Aku berhenti dari meneruskan perjalanan. Aku pusingkan badan menghadap dia.

"Buat apa aku tolong kau?" Teriakku kembali.

"Tolonglah. Aku kan kawan kau." Katanya

"Sejak bila pula kita kawan ni?" Aku sengaja menyakitkan hatinya.

"Ala, tolong saja lah." Jeritnya dari jauh, kedengaran seperti bila-bila masa saja dia akan menangis.

Aku berlari mendekatkan diri dengan dia.

"Kau boleh jalan?" Tanyaku. Salah soalan.

"Kalau aku boleh jalan, sudah lama aku tolong diri aku sendiri." Katanya dengan nada sedikit sarkastik.

"Okay, bye." Aku ingin berlalu lagi.

Dia tarik pergelangan tanganku. Aku terhenti. Aku kaku sekejap. Kini aku dan dia bertatapan mata. Apa ni? Drama jam 11 malamkah?

Aku sedarkan diri.

"Okay. Aku gurau. Tolong aku." Pintanya dengan nada lembut

Aku melutut di tanah dan menghadapkan belakangku ke arahnya.

"Naik." Arahku pendek

"Eh, aku beratlah." Jawabnya malu-malu

"Kau mau kena dukung atau nak aku heret kau? Cepatlah." Gesaku.

Dia perlahan-lahan dekatkan diri.

"Aduh, kau ni. Lambatlah." Keluh ku.

Aku terus tarik kedua tangannya letak atas bahu ku. Aku luruskan badan dan memegang kedua lututnya untuk pastikan dia tak jatuh.

"Peluk kuat leher aku. Jangan cekik pula." Arahku. Dia akur.


• Dalam perjalanan pulang ke KNPU

"Maaf, Yeon." Seong-wu terdengar suram.

"Maaf untuk apa?" Aku sedikit hairan.

"Sebab menghilang 7 tahun lepas." Jawapan Seong-wu membuat aku tersenyum nipis.

"Tak mengapalah. Kau selamatkan aku sekali dah kira bersyukurlah tu." Kataku dengan nada datar.

"Pembuli tu masih kacau kau?" Seong-wu bertanya dengan nada risau.

"Sampai sekarang? Diorang nak kena penumbuk aku ke? Kau tak nampak aku dah tough sekarang. Angkat kau pun aku larat tau." Aku bercerita dengan laju. Aku berhenti sekejap dan menghirup udara lalu dihembus perlahan.

"Janganlah kau risaukan kejadian tu lagi. Aku tahu sebab apa kau menghilang tanpa khabar 7 tahun lepas." Sambungku lagi.

Ong Seong-woo adalah penyelamatku semasa kami masih sekolah menengah dulu. Tetapi hari itu adalah hari pertama dan terakhir kami berjumpa dan berkenalan. Kebetulan, kami berjumpa sekali lagi di KNPU. 7 tahun lepas, Ong Seong-woo terpaksa pulang ke Jerman untuk melawat ibunya yang sakit tenat.

𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐩. 𝐘𝐞𝐨𝐧-𝐚𝐡 ☑Where stories live. Discover now