SEMBILANBELAS

124 18 2
                                    

SEMBILANBELAS - Tidak bertulis

Masa kini

▪️Rumah Keluarga Kim
▪️6:32 PM
▪️Fri February 27, 2082

Mata Kim Min-joon sibuk menonton rancangan tv tanpa gangguan.

"Daddy." Kim Min-seok yang berumur 10 tahun memanggil ayahnya yang terlalu fokus menonton rancangan tv. Kim Min-joon memandang anaknya yang berdiri di kaki tangga sambil memegang sebuah buku.

"Kamu dah habis baca ke?" Min-joon bertanya tentang buku tu.

"Cerita ni tergantunglah, Daddy. Helaian terakhir buku ni kosong. Min-seok nak tahu sangat apa jadi dengan Kim Yeon-ah dan Kim Seok-jin." Ucap Min-seok sambil melangkah ke sofa dan duduk disebelah ayahnya.

"Oh, biar Daddy yang cerita." Min-joon mengujar kerana tahu cerita itu.

"Daddy tahu pengakhirnya? Macam mana pula Daddy boleh tahu?" Min-seok berkata teruja.

"Ada lah sumber daddy." Ucap Min-joon sambil tersenyum. Min-joon pun mula bercerita.

"Kim Seok-jin........."

••••••••••

64 tahun lalu

Walaupun sibuk bekerja, Kim Seok-jin tetap mencari masa untuk melawat isterinya yang masih belum sedar setiap hari di hospital. Dia sentiasa bercerita kepada Yeon-ah tentang hari-harinya, walaupun cerita itu tidak akan dibalas dengan apa-apa soalan atau jawapan.

"Sampai bila awak nak terbaring, Yeon-ah? Awak tak rasa lenguh ke? Dah 5 bulan, awak tetap tak bangun. Kenapa? Awak benci nak nampak wajah saya ke? Awak nak saya tinggalkan awak, baru awak nak bangun ke? Saya tak kuat nampak awak macam ni. Awak kata awak tak suka nampak saya menangis. Sekarang awak tengoklah saya macam mana. Hari-hari datang jumpa awak hanya untuk menangis. Bangunlah. Saya nak senyum bersama-sama awak. Awak tak pernah kata awak sayangkan saya. Sekaranglah peluang awak untuk kata semua tu." Monolog Seok-jin diselit dengan esakan. Seok-jin mengenggam tangan kanan Yeon-ah dengan erat. Dia sungguh lemah berhadapan semua ini.

Sebenarnya, sebelum kejadian pengganas tu, Seok-jin dan Yeon-ah ada pergaduhan besar. Disebabkan Seok-jin rasa sudah tak tahan, dia cuba menghindar dari Yeon-ah. Yeon-ah pun begitu. Yeon-ah malah tinggal sementara di rumah kawan-kawannya di A-Force Mansion kerana tidak mahu berjumpa langsung dengan Seok-jin. Yeon-ah memang terkenal dengan egonya, tapi Seok-jin pun turut ego kerana selalu disalahkan dalam sebuah masalah.

"Awak betul-betul dah benci nak tatap wajah saya kan? Itulah awak tak bangun. Baiklah, saya akan pergi. Saya akan jauhkan diri dari awak. Lepas saya pergi nanti, tolong bangun ya Yeon-ah." Ucap Seok-jin diikuti tangisan deras.

Seok-jin sudah ingin keluar dari bilik Yeon-ah, bersedia untuk selama-lamanya. Tetapi, pergelangan tangan dia tahan oleh si pesakit. Tarikan di tangan Seok-jin membuat dia pantas memusingkan kepalanya ke wajah Yeon-ah.

"Tak." Ucap Yeon-ah lemah.

"Yeon-ah." Seok-jin mengujar lemah. Dia langsung tak kesah dengan mukanya kelihatan comot dengan air mata.

"Saya tak pernah pun bencikan awak." Sambung Yeon-ah. Seok-jin memeluk lembut tubuh Yeon-ah yang terbaring.

"Maafkan saya. Saya tak pernah hargai semua perkara yang awak lakukan dan berkorban untuk saya." Yeon-ah berkata lagi diikuti air mata nipis yang mengalir di pipinya.

"Masa lalu yang terlalu pahit, kita ubah jadi manis. Mari kita mulakan detik gembira kita." Ucap Seok-jin ketika masih dalam pelukan.

Kim Yeon-ah tidak lagi menunjukkan sikap negatifnya selepas tersedar dari koma yang panjang.

••••••••••••

"Wah, happy endinglah. Sekarang apa jadi dengan mereka, Daddy? Dimana mereka berdua?" Min-seok bertanya soalan bertubi.

Deputi Commissioner of Police (DCP) •
Inspector of Police (INSP) •

"Ya. Mereka berdua dah pencen dari jadi anggota polis. Kim Seok-jin bersara ketika dia memegang jawatan DCP. Manakala, Yeon-ah pula ketika dia berjawatan INSP. DCP Seok-jin dan INSP Yeon-ah hidup bahagia sekarang. Mereka berdua sekarang mempunyai 3 orang anak dan dua orang cucu. Salah seorang anak mereka bernama Kim Min-joon dan mempunyai anak bernama Kim Min-seok." Jelas Kim Min-joon kepada anaknya.

"Ini cerita nenek dengan datuk ke, Daddy?" Min-seok ingin kepastian. Kim Min-joon mengangguk sebagai perkataan ya.

Tujuan Kim Min-joon memberi Diari Insp. Yeon-ah kepada Kim Min-seok adalah untuk sedarkan anaknya yang sifat negatif hanya akan merugikan diri sendiri dan ucaplah permintaan maaf sebelum semuanya terlambat. Kim Min-joon dengan Kim Min-seok pun ada pergaduhan kecil bertopikkan kongkongan.

Ini bermaksud Kim Min-seok hampir sama dengan Kim Yeon-ah. Anak yang dikongkong. Tetapi, Kim Min-seok lagi banyak dimanja dari dikongkong. Kongkongan yang dia dapat tidaklah seberat yang Yeon-ah dapat. Kim Min-joon tidak mahu mengomel memberi nasihat tapi Kim Min-seok hanya buat tak endah dengan kata-katanya. Memandangkan Kim Min-seok suka membaca, buku ada jalan penyelesaian yang terbaik. Biarlah dia nilai pengajaran cerita lalu itu.

T A M A T

𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐩. 𝐘𝐞𝐨𝐧-𝐚𝐡 ☑Where stories live. Discover now