LAPANBELAS

75 12 0
                                    

LAPANBELASBebas

▫️Abandoned Airport
▫️4:27 PM
▫️Sun October 7, 2018

Probationary Inspector of Police (P/INSP) •

P/INSP Yeon-ah menggenggam rapat senjata yang berada ditangannya. Dan menghadapkan mulut pistol ke arah wajah ketua pengganas itu. Yang dia tahu, dia perlu selesaikan perkara ini segera.

"Turunkan senjata dan lebih baik kamu semua mengalah! Kamu dah dikepung!" Teriak Yeon-ah kasar.

Kumpulan pengganas itu masih degil untuk mendengar. Dia malah maju untuk bersemuka dengan Yeon-ah. Yeon-ah langsung tidak menunjukkan wajah takut. Dia pun makin berani untuk berhadapan dengan pengganas bertopeng itu.

Polis lain berdiri dibelakang Yeon-ah sambil berlindung menggunakan pintu kereta polis. Tiada yang maju atas perintah Yeon-ah. Jung-kook, Dong-jun, Seong-wu, Min-hyuk dan Chan-yeol juga ada di tempat kejadian.

Seperti kata Yeon-ah, kereta polis sedang berkumpul secara bulatan mengepung kumpulan pengganas itu. Ketika Ketua Kumpulan mereka maju selangkah, Yeon-ah menarik pelatuk sekali tapi tersasar ke tanah. Laju saja ketua pengganas tu berada berdekatan Yeon-ah dan menendang tangan Yeon-ah kuat.

Genggaman pada pistol tadi terlepas. Ketua pengganas itu mengepung leher Yeon-ah menggunakan lengannya. Dia cuba menjadikan Yeon-ah sebagai banduan.

"Kau silap oranglah tak guna!" Ucap Yeon-ah sambil memutar tangan jejaka pengganas itu ke belakang badan si pengganas. Yeon-ah menumbuk kuat perut lalu menendang kaki ketua pengganas itu.

"Semua, maju!" Arah Yeon-ah kepada polis bawahannya untuk menggari pengganas yang sudah mengalah.

Disebabkan rasa takut di penjara, salah satu pengganas yang kini berdiri di belakang Yeon-ah menarik picu yang menyasarkan belakang Yeon-ah.

"Puan!" "Puan Yeon-ah!" "Yeon-ah, belakang kau!" Jerit polis bawahan dan kawan-kawan Yeon-ah cuba menyedarkan Yeon-ah tentang tembakan kejutan itu. Malah Jung-kook turut berlari ke arah Yeon-ah untuk menggunakan dirinya sebagai pelindung dari tembakan itu terkena pada Yeon-ah.

Tetapi, semua itu sudah terlambat. Tembakan itu terkena tepat pada bahagian kepala Yeon-ah. Tiba-tiba waktu terasa bergerak dengan sangat lambat. Kawan-kawan Yeon-ah berlari untuk menyambut Yeon-ah yang akan terhempas ke tanah. Polis bawahan lain menembak kaki pengganas yang menembak P/INSP Yeon-ah tadi untuk melumpuhkan pergerakannya.

'Dulu, aku teringin sangat nak mati. Sekarang, kematian tu sendiri datang padaku tanpa dipinta. Aku betul-betul dah terbebas dari diriku ke? Tapi, aku belum sempat minta maaf pada suami aku.' Kata Yeon-ah didalam hati sebelum seluruh penglihatannya benar-benar gelap.

Mereka semua terkejut dengan kejadian itu. Semua pengganas itu berjaya di bawa ke balai polis dan di soal siasat. Pihak mahkamah akan putuskan hukuman atas semua kesalahan mereka.

••••••••

Yeon-ah sedang terbaring tenang diatas katil hospital bertopengkan bantuan pernafasan. Yeon-ah dan hospital sepertinya mempunyai jodoh yang kuat. Selalu saja bertemu walaupun mereka saling tidak mahu. Pernafasan Yeon-ah stabil. Tetapi, perasaan orang yang berada disekelilingnya yang tidak stabil.

"Macam mana keadaan isteri saya, doktor?" Ucap risau Seok-jin.

"Maafkan saya. Walaupun pembedahan itu berjaya, kemungkinan untuk Pn. Yeon-ah bangun itu sangat tipis kerana peluru kesan daripada tembakan tu berjaya hancurkan beberapa sistem badan Pn. Yeon-ah." Ujar doktor memberi wajah tiada harapan.

"Yeon-ah." Lutut Seok-jin terasa mati saja mendengar semua ayat doktor tadi. Dia terduduk lemah di lantai hospital.

"Hyung!" Panggil Jung-kook sambil cuba menguatkan semangat Seok-jin.

"Semua ni jadi sebabkan hyung, Jung-kook." Seok-jin yang sentiasa tersenyum, menangis disebabkan orang yang dia sayang bila-bila masa saja akan berhadapan kematian.

"Apa hyung mengarut ni? Hyung tahukan Yeon-ah bukannya lemah? Kita berharap saja dia akan bangun sesegera mungkin." Ucap Dong-jun sedikit marah, air matanya Dong-jun juga tak dapat dibendung. Dia dah anggap Yeon-ah seperti kakaknya sendiri memandangkan dia anak tunggal.

Kawan-kawan Yeon-ah yang lain turut sedih kerana perkara itu terjadi dihadapan mereka. Apa mereka boleh buat? Inilah realiti memegang jawatan seorang pegawai polis. Kau perlu bersedia untuk berhadapan dengan kematian yang bila-bila masa saja akan datang menjemput kau atau ahli keluargamu.

𝐃𝐢𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐩. 𝐘𝐞𝐨𝐧-𝐚𝐡 ☑Where stories live. Discover now