3 • Hanya Rindu

200 22 11
                                    

aishzy

Pertama sekali, izinkan aku guna aku kau ya!

Sebenarnya, aku dah baca buku ni sampai habis. Tapi takpe! Disebabkan kau dah minta aku review buku ni, aku akan baca balik sampai bab 5.

Tajuk buku : Simple and nice! Menggambarkan tentang seseorang yang dirindui.

Sinopsis/Blurb : Mengisahkan tentang persahabatan Amna dan Qaayed. Diorang ni rapat sangat. Kawan baik lah katakan. Tapi, ada suatu masa ni, Qaayed tinggalkan Amna tanpa bagitahu apa-apa. And beberapa tahun selepas tu, baru diorang ditemukan semula. Waktu tu Amna marah sangat dekat Qaayed sebab tinggalkan dia. Bila Qaayed dah jelaskan perkara yang sebenar, baru diorang berbaik semula. Comel sangat persahabatan Amna dengan Qaayed ni. Aku suka sangat!

Jalan cerita : First of all, bila Qaayed jadi pelajar baru, sah-sah Amna terkejut. Nampak lah usaha Qaayed untuk rapat balik dengan Amna. Bila Qaayed dah bagi penjelasan, baru Amna maafkan dia and lepastu bermulalah detik-detik comel diorang hahaha. Melt aku dengan Qaayed ni. Suka sangat tengok dia dengan Amna huaaa. Cute gila! Yang aku tak leh blahnya kenapa gosip murahan pasal Amna dengan Qaayed boleh terpampang dekat papan kenyataan? Punyalah bersungguh nak malukan orang, sampai macam tu sekali eh!

Pastu Qaayed kan suka main game? PUBG, COD, ML, semua dia bedal hahaha. Dulu aku pun sama macam Amna, suka bebel kalau orang main game. But, aku ada member laki macam Qaayed, suka sangat main ML. Punyalah aku bebel mengalahkan mak-mak, suruh dia belajar apa semua. Last-last aku yang terjebak. Bila dia tahu aku main ML, punyalah ajak aku main sekali dengan dia, siap nak guide aku lagi. Kononnya! Hahaha.

Pengajaran buat Qaayed dan aku jugak! Janganlah main game selalu, kang nanti kena bebel dengan Amna.

Kata-kata terakhir : Penulisan kau dah okey bagi aku! Cuma, yang paling ketara aku nampak, kau tak italic perkataan inggeris. Sepatutnya kan kena italic. Selain dari tu, aku tak nampak sebab aku khusyuk sangat membaca. Serius aku minat buku macam ni, tentang persahabatan, zaman sekolah dan seangkatan dengannya. Btw, dah lama buku ni masuk dalam reading list favourite aku. So kepada yang minat cerita pasal zaman sekolah atau persahabatan, aku sarankan sangat korang baca buku ni. Tak rugi punya!

Rate : 90/100

Review & Rate Your BookWhere stories live. Discover now