6 • Korban Cinta

150 12 5
                                    

Liamysrh

Pertama sekali, izinkan aku guna aku kau ya! 17 jugak kan? Kalau 17, kita sebaya laa. Eh tiber hahaha. Sorry ya sebab lambat sangat-sangat review buku kau!

Tajuk buku : Tajuk dah naiseee. Mungkin ada seseorang yang akan mengorbankan cinta dia dalam cerita ni. Sebab tu tajuknya korban cinta kan? Hahaha sorry kalau salah sebab ini hanya tekaan semata-mata ya. Jangan marah!

Sinopsis/Blurb : Apa yang aku faham, Afiya ni ialah seorang penulis novel dan dia ada reka sebuah novel fiksi. Tapi, yang peliknya novel tu sendiri menelan dia masuk ke dalam alam lain. Kemungkinan alam tu berlatarkan waktu zaman dahulu kala sebab cara percakapan dah macam bahasa melayu baku, tapi sedap bila dibaca. Dan dekat situ, Afiya berada dalam jasad seorang perempuan yang bernama Kasturi. Wahhh menarik sinopsis kau!

Jalan cerita : Kisah ni bermula dengan manuskrip Afiya kena tolak. Lepastu dia sambung la buat cerpen sampai habis dan entah macam mana, Afiya ni jatuh dan tersembam. Kepala dia terhantuk dekat bucu katil dan lepas tu Afiya tak sedarkan diri. Bila sedar-sedar je dia dah ada dekat tempat lain.

Dan dekat situ, ada la sorang perempuan ni bernama Melur yang membahasakan Afiya sebagai kakak. Yang si Afiya tu sah-sah lah terkejut. Then, Melur pun ceritalah dari A hingga Z tentang kakak dia yang dia sangkakan hilang ingatan. So bila Afiya dah dapat cerna apa yang berlaku, dia mula tanya macam-macam soalan dan cuba bahasakan diri dia sebagai kakak. Aku agak terkejut la bila dia dapat membiasakan diri secepat tu hahaha. Bukan senang nak cakap bahasa melayu baku. Kalau aku mesti dah bengang habis.

Dan dalam cerita ni jugak, ada satu watak yang jahat dan kejam bernama Raja Ahmad. Dan semestinya aku tak suka watak ni. Dia baru je kehilangan orang yang dia cintai iaitu Afifah. Raja Ahmad ni jahat sangat sampai sanggup jadikan sesiapa sahaja wanita yang mirip dengan Afifah sebagai bini ajinya termasuklah Melur sebagai mangsa sebab dia cinta mati terhadap Afifah. Hmm aku pun tak tahu bini aji tu apa sebenarnya hahaha. Raja Ahmad ni macam tak boleh terima kenyataan pun ada. Aku kesian dengan dia tapi disebabkan kebodohan dia tu lah Afifah mati. Siapa suruh kurung perempuan tu!

Lepastu ada juga watak Tengku Mifzal dengan Tengku Muhammad. Even diorang ni adik-beradik tapi hubungan diorang tak berapa baik sebab berebutkan takhta seorang raja. Ekceli ada banyak lagi watak yang gempak dalam ni tapi aku malas nak spoil lebih-lebih so korang baca la sendiri ya.

Kata-kata terakhir : Sinopsis kau menarik! Jalan cerita menarik! Penulisan dan gaya bahasa kau mantap! Aku pun tak tau la nak komen apa sebab kebanyakannya bagus. Cerita ni unik dan lain dari yang lain. Memang tak klise. Hmm tu je yang aku boleh review setakat ni. Aku doakan kau jadi penulis yang berjaya suatu hari nanti okey.

Rate : 88/100

Review & Rate Your BookWhere stories live. Discover now