7 • Evil Mafia

107 14 5
                                    

queenzfina

Hai Fina! Maaf sangat-sangat sebab lambat review buku awak. Okey back to the main topic!

Tajuk buku : Mungkin hero/heroin ialah seorang mafia yang kejam? Tu je yang ada dalam kepala otak akak sekarang ni bila baca tajuk Evil Mafia.

Sinopsis/Blurb : Apa yang dapat difahamkan ialah Rash Denniz dengan Naurah Dahlia mula-mulanya macam bergaduh dan tak suka antara satu sama lain. Lepastu tersuka pulak, eh! Agak klise di situ tapi tak jadi masalah untuk akak baca. Kalau Fina pandai buat plot twist yang wow, buku klise ni la boleh jadi best. Dan katanya, ada banyak rahsia yang diorang berdua sembunyikan. Hmm apakah itu? Marilah kita baca ya!

Jalan cerita : First of all, akak suka gila dengan nama Naurah Dahlia. Ni bukan tipu atau nak ambil hati ke apa tapi sebab akak suka sangat dengan nama-nama bunga, cute! And buku ni tak dapat dinafikan, agak kelakar dan lawak! Terhibur akak yang membaca ni. Sudah semestinya, Rash dengan Naurah mesti sama cantik sama padan. Why? Because kaler mata diorang tu. Auch! Cantik.

Rash dengan Naurah ni terikat dengan kahwin paksa, and diorang dijodohkan dengan family. Yelaa... awal-awal tu nampak laa diorang asyik bergaduh je. Cakap kemain kasar, siap jeling lagi kaw! Tapi, si Rash tu kemain dia punya jealous, tampar satgi kang! Semberono dia je menuduh Naurah. Lepastu baru nak pujuk, ceh! Best duhh jadi Naurah ni, sebab si Rash tu belikan dia barang memahal! Huaaa.

I think kan... mesti Naurah dengan Rash ni dah mula jatuh cinta antara satu sama lain. Macam terlalu cepat perasaan diorang tu muncul tapi hmm diorang still lagi ego. I donno lah tapi ni cuma perasaan akak je, tak tahu betul ke tak ann. Hmm pastu, dah kahwin tu kan... harap bahagia la, jangan sampai bercerai-berai pulak ya! Hahahaha.

Kata-kata terakhir : Untuk umur baya-baya Fina ni, akak rasa still okey lagi penulisan tu sebab waktu akak form 2 pun penulisan akak kelaut cina selatan jugak hahaha. Tapi apa yang akak boleh tegur pada buku Fina, ada beberapa typo dan kesalahan bahasa yang akak nampak so nanti Fina boleh double check! Then, ayat Fina pun kalau boleh variasikan dan kembangkan lagi supaya penceritaan jadi lebih menarik. Bagi akak, buku ni agak klishe jugak lah tapi akak tak boleh lah nak kritik panjang-panjang sebab susah nak lari daripada klishe tu. Cuma, akak harap Fina boleh buat plot twist yang gempak supaya buku ni jadi lebih menarik.

Rate : 70/100

Review & Rate Your BookWhere stories live. Discover now