3 tahun berlalu dengan pantas meninggalkan segala kenangan pahit nct. penantian mereka sudah berakhir dan mereka tekad untuk mulakan semua dengan hidup baru dan melupakan kenangan pahit yang pernah terjadi 3 tahun kebelakangan ini.
"akhirnya kau bebas jung" ucap Taeyong dihadapan cermin.
••••••••••••••••••••••••••••
"yeah , yeah jumpa jaehyun hyung" sora haechan,chenle dan jisung. Mereka melompat dari bilik hingga ke ruang tamu demi menyatakan keseronokan hati mereka.
(jatuh kang , author taktahu)
Johnny dan Taeil hanya mengeleng kepala melihat karenah maknae tunggal nct ini.
Taeyong sedang berada di dalam bilik. Entah apa yang dia buat pun author taktahu.
"korang semua dah siap kan , kejap aku nak panggil taeyong. Kau , john pergi hidupkan enjin kereta tu" arah doyoung.
Kaki milik marga Kim itu laju berjalan kearah bilik jaeyong. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik tersebut. Dia melihat Taeyong duduk di hadapan meja sambil memegang semua frame.
Doyoung tahu itu frame mereka berduapuluh satu yang pernah diambil pada 3 tahun lalu. Dia hanya tersenyum nipis sebelum menegur Taeyong yang sedang melamun tu.
"hoi , semua dah siap. kau tengah buat apa ?" soal Doyoung sambil mendekati Taeyong
Taeyong memusingkan badannya . Dia tersenyum.
"aku cuma rindu diorang" ujar Taeyong.
Sepanjang menanti kebebasan Jaehyun , Mereka sempat membuat concert seramai 10 orang sebelum hiatus.
SM tidak membubarkan mereka atas faktor-faktor tertentu. Taeyong sungguh terharu melihat fans mereka yang datang pada hari itu dan setia menanti mereka hingga kesaat ini.
"aku pun sama tae , tapi kita kena kuat. Fans kita ada untuk sokong kita. Percaya la nct akan jadi macam dulu walaupun tak lengkap. Anggap je diorang tengah ada dalam ni" nasihat Doyoung sambil menunjukkan hati taeyong.
Taeyong mengangguk faham . Dia lap air mata yang tadi mengalir dan meletakkan semula frame diatas meja.
"Dah jum , kita pergi jumpa jaehyun " ujar Taeyong dengan nada gembira
••••••••••••••••••••••••••••••
"hyungggg" jerit haechan sambil berlari memeluk jaehyun yang berjalan kearah mereka.
"ish , hyung ni tepila. chenle pun nak peluk" marah chenle
"ah takde takde, icung nak peluk dulu" kata jisung pula.
Jaehyun seperti anak patung yang sedang direbut oleH sepasang kembar. Kesana , Kesini dia ditarik
(terngiang-ngiang rap PM Malaysia dalam otak author)
"ish korang ni , jaehyun nak peluk aku la" kata winwin.
Taeil,Johnny,Taeyong,Lucas,Jungwoo hanya melihat kelakuan aneh winwin.
"sudah-sudah , tak payah gaduh" kata Taeyong meleraikan pergaduhan kecil adik-adiknya
haechan masih lagi dalam kondisi memeluk tubuh jaehyun manakala jisung dan chenle memeluk haechan. Winwin pula memegang kaki Jaehyun
"ak-aku ta-tak bole berna-fas" kata jaehyun tersekat-sekat.
"ops sowi" kata haechan sambil terkekeh ketawa.
Jaehyun yang seperti orang kekurangan oksigen seperti mendapat semula nyawanya yang hampir ditarik oleh malaikat tadi.
"Hampir mati hyung tadi korang buat" kata Jaehyun selepas mengambil oksigen dan menyedutnya masuk kedalam paru-paru.
YOU ARE READING
nct || horror (✔)
Fanficdisebabkan mental,semua mangsa • "sampai hati kau buat kitaorang macam ni !" - renjun • "aku taknak mati,tolong selamatkan aku" - yuta • "kau kejam" - johnny • "aku terpaksa,maafkan aku" - jisung