Mata aku yang sibuk sedang mencari figura abi terhenti seketika apabila mataku tertumpu pada seorang lelaki yang berkopiah yang umurnya berada dalam lingkungan 40 tahun itu. And.. that's it!
Pantas aku berlari menuju kearah lelaki tersebut Kemudian laju sahaja aku memeluk tubunya.
"rindunyaa... Abi sihat?"
Tubuhnya aku peluk erat. Cuba mengmbil rasa hangat daripada seorang bapa.
"alhamdulillah, sihat.."
Kemudian pelukan tadi aku leraikan. Lalu aku memandang kearah sekeliling.
"mana umi?" soalku sedari tadi umi tiada bersama abi.
"umi dekat rumah, pening sikit. Sebab tu umi tak ikut" balas abi. Aku pula hanya mengangguk faham.
"jomlah abi, kita balik"
Langkah aku yang ingin berganjak daripada situ terhenti seketika apabila abi cuba menahan aku daripada pergi.
"kenapa abi?" soalku hairan.
"Abi nak kena tunggu bekas anak murid abi. Mak dia suruh abi tolong hantar kan anak dia balik sekali."
Aku mengangguk perlahan. Beberapa bangku yang kosong di situ menjadi tempat kami berlabuh. Sepasang earphone aku pasang ke telingaku. Mata aku hanya tertumpu pada skrin telefonku.
Tidak sampai beberapa minit, abi telah bangun daripada kerusi. Langkah abi mula menuju kearah seseorang. Aku yang sedar akan kelakuan abi hanya memerhatikan
nya. Mata aku terkaku saat aku melihat abi sedang memeluk erat lelaki tersebut. Ya, lelaki tu..Apple.
Hazel.
Maroon.
Tiga perkataan itu cukup untuk aku mengenali lelaki tersebut. Wajahku cuba aku sorokkan. Cukup lah tadi aku dah malukan diri aku sendiri! Tapi bukan salah aku kan? Dia sendiri yang offer!
Kepalaku aku geleng laju. Tak cukup dengan itu, aku ketuk pulak Kepalaku. Apa engko fikir ni wahai Iman Naura'!? Astaghfirullahalazim.....
"Naura, apa tercegat kat situ lagi? Meh lah datang sini!"
Lamunanku mati seketika. Oh my Gosh!! What's now?! Secara automatic
nya kaki aku mula melangkah kearah abi."Haa.. Aqasha, ni lah anak ustaz." kata abi sambil menepuk bahuku. Aku yang berada di sebelah abi hanya tercegat seperti anak patung . Scary beb!!
Reaksi abi menjadi pelik apabila melihat ku. 'Be calm, be calm..' Pujuk hatiku. Perlahan lahan aku cuba senyum sambil menayang gigi putihku. Dan jelas semua itu hanyalah
Fake.
"ha.. hai.." ucapku gagap. Aqasha yang berada dihadapanku hanya tersenyum manis. Pandai pulak mamat ni berlakon...
"Hai!" balasnya ringkas. Senyumannya masih tidak lekang di bibirnya yang merah itu.
"eh, bukan Aqasha flight sekali dengan Naura ke? Direct dari German, kan?" soal abi. Aqasha hanya mengangguk. Aku? Macam tulaah..
"ooh baguslah tu, lain kali temankanlah si Naura ni, ya? Kesian dia banyak kali dia balik sorang sorang.." kata kata abi itu tadi membuatkan seluruh darah berkumpul di wajahku. Malunya... Ya Allah...
"insyallah, ustaz."
Balasnya ringkas. Aku pandangnya dari atas ke bawah. 'Biar betik mamat nie!'
"Aqasha, tolong tengokkan kereta ustaz, ya? Ustaz nak pergi jumpa dengan kawan ustaz sekejap." perlahan lahan figura abi hilang dari pandangan kami berdua. Pandangan ku lemparkan ke luar tingkap. Mencari sesuatu yang menarik untuk dilihat, mungkin?
Suasana di dalam kereta agak sunyi. Aqasha yang berada di seat bahagian hadapan aku pandang lama melalui cermin pandang belakang. Jemarinya sedang sibuk menaip mesej. Mungkin dia sahaja kot yang menarik untuk dilihat buat masa sekarang. Tapi aku tak nafikan yang dia memang ada ciri ciri lelaki idaman aku! Acaah!!
"kenapa kau pandang aku macam tu?"
Soal Aqasha. Matanya masih tertumpu pada skrin telefon. Aku yang baru tersedar dari lamunan menggeleng laju.
"Nothing."
Balasku ringkas. Beberapa saat berlalu dan aku cuba untuk membuka bicara. Anak tekakku aku betulkan.
"ehem!"
Jemari Aqasha terhenti daripada terus menaip apabila dia dapat merasakan ada sesuatu yang ingin aku sampaikan.
"what?"
Soalnya dingin. Heh! dingin lagi rupanya laki ni. Ingatkan lepas dah jumpa abi terus jadi baik.
"start bila lagi kau spy kawan aku? I mean, Insyirah."
"Is it important to you?"
Dia membalas soalanku dengan soalan.' Aku tanya dulu kau jawablah dulu!' Degus hatiku.
"tak pon.. Tapi sengaja aku nak tahu.."
Balasku selamba."two years ago"
Jawapan ringkas terbit dibibirnya, tetapi cukup untuk membuatku tergamam.
Seluruh badanku terkaku. Figura aku betul betul berada dihadapan rumah banglo tiga tingkat milik keluarga Aqasha. Cantiknya rumah ni...
"assalamualaikum" ucap abi setelah menekan loceng rumah. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 50 tahun itu menuju ke arah kami.
"waalaikumsalam"
Balas wanita tersebut. Sekuntum senyuman dihadiahkannya kapada kami, cukup untuk menghadirkan rasa tenang di hati ini. Ingatkan perangai wanita ini sebijik dengan anaknya!
Lantas aku memandang ke arah Aqasha. Lelaki itu menuju kearah wanita tersebut Kemudian dipeluknya erat. Satu senyuman terukir di wajah bekunya itu. Tetapi bukan senyuman yang manis seperti sebelum ini, senyumannya kali ini lebih kepada rasa hangat yang menghilangkan rasa dingin dalam dirinya.
Dan mungkin juga dalam diri aku.
Kemudian pelukannya dileraikan. Langkah aku mula menuju kearah wanita tersebut lalu menyalamnya.
"ni ke anak ustaz? Cantiknya.... boleh jadi menantu saya esok esok. "
Kata wanita tersebut. Darah di wajahku mula panas. Apa ni main puji puji?kan dah shy shy..
"hmm.. Boleh jugak tu, datin! Alang alang dah belajar tempat sama, mesti ada jodoh. "
Balas abi mesra. Aqasha sedari tadi hanya terdiam. Dan yang membuatkan aku tidak sedap hati adalah apabila dia merenungku dengan renungan yang....tajam.
"mama, Aqasha dah kata dah kan yang Aqasha dah ada calon?"
Kata Aqasha dengan menaikkan sedikit nada suaranya. Lantas dia menarik bagasinya masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan kami semua. Merajuk letew!
"errm.. Sorry lah ustaz. Biasalah tu, diorang belajar lagi. Tak ada masa nak fikir hal hal macam nie.." abi hanya tersenyum.
"tak apa, saya faham. Kalau tak ada apa apa hal lagi saya pergi dulu, Assalamualaikum. " ucap abi sebelum kami berundur diri.
"Waalaikumsalam. By the way, thank you sebab tolong ambik Aqasha."
Kemudian kami pergi daripada situ...
YOU ARE READING
Love Sacrifice
Romance"kenapa aku perlu berkorban kalau takdir aku akan tetap sama?" - Naura' Kisah seorang gadis yang masih mencari erti pengorbanan. Dia telah jatuh hati kepada seorang lelaki yang menyukai sahabatnya sendiri. Adakah Naura akan korbankan rasa cintanya...