Tubuh aku rebahkan ke atas sofa. Mataku sibuk melilau kawasan ruang tamu. Sebahagian rumahku yang diperbuat daripada kayu membuatkan udara terasa sejuk walaupun di waktu tengah hari.
Telefon aku ambil dari kocek seluarku. Lalu screen aku slide satu persatu. Apa aku nak buat nie....
Kemudian mataku tertumpu pada Piano app. Dah lama aku tak main benda ni! Selalunya aku akan berlatih main piano sendiri dalam app ni sebab abi tak bagi main piano yang betul punya. Katanya, sebab piano pun ada guna konsep bertali. Argh.. Apa apa jelah..
Kemudian laju sahaja jari telunjukku menekan logo app tersebut lalu menekan butang play.
Aku mula menarik nafas perlahan. Dengan tenangnya, jemariku mula bermain dengan kekunci major dan minor piano tersebut. Ada kalanya mataku hampir terpejam kerana asyik dengan muzik tersebut.
Katakanlah sekarang
Bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu
Tapi tidak hatimuMuzik piano yang berentakkan lagu Asal kau bahagia-Armada mula bermain di atmosfera.
Aku tak tahu kenapa aku mainkan lagu ni. Tapi aku dapat rasakan yang hati aku amat terikat dengan setiap bait liriknya.
Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia...Air mataku mula mengalir di pipi. YA Allah, kenapa dengan aku ni?! Laju sahaja aku usap wajahku yang sudah dipenuhi dengan mutiara jernih dengan kedua belah tapak tanganku. Kemudian kedua belah tapak tanganku renung lama. Kenapa dengan aku ni....
"AKAK!"
Jerit Nabila secara mengejut. Bahuku sedikit terhinjut. Haa...tula.. Malam tadi terkejutkan umi.. Dapat terus balasan harini..
Kepala aku palingkan ke belakang. Kemudian jelingan tajam aku hadiahkan kepada Nabila yang sedang tergelak kecil di belakang aku. Kemudian mataku tumpukan semula pada screen telefon.
Nabila yang tadi berdiri mula melabuhkan punggung di ruangan yang ada pada sofaku.
"akak.."
Suaranya ditukar menjadi manja. Jemarinya mula mencubit di antara satu sama lain.
"hhm?"
Balasku tetapi mataku masih tertumpu pada screen Telefon. Adik aku ni nak apa pulak time tengah tengah hari macam ni..?
"jom pergi main basikal!"
Ajaknya riang. Air liur aku yang hampir tersembur aku tahan. Apa?!
"Panasla...lagi pun mana ada orang main time macam ni. "
Keluhku.
"alaa..akak... Jomlah..tadi adik tengok kat luar tu tak panas tak sejuk pun.."
Rayunya. Aku pula hanya tetap dengan pendirianku.
"Jomlah.."
Rayunya lagi sambil menggoyang goyangkan tubuhku. Aku mula mengeluh kecil.
"haa...yelah,yelah.."
Basikal berwarna pink milikku aku kayuh perlahan. Udara segar aku hirup. Pemandangan sawah padi yang indah itu membuatkan aku hanyut ke dalam fairy tales yang aku cipta. Tanpa ku sedar, senyuman sudah pun terbit di bibirku.
YOU ARE READING
Love Sacrifice
Romance"kenapa aku perlu berkorban kalau takdir aku akan tetap sama?" - Naura' Kisah seorang gadis yang masih mencari erti pengorbanan. Dia telah jatuh hati kepada seorang lelaki yang menyukai sahabatnya sendiri. Adakah Naura akan korbankan rasa cintanya...