Part 4

44 4 0
                                    

"bye!"

Tangan aku lambai ke arah Insyirah.
Dia juga turut menyahut lambaianku.Hampir tiga jam jugalah kami meluangkan masa bersama.

Aku, Imran dan Aqasha mula menuju kearah tempat parking kereta. Belum sempat kami menyeberang jalan, Imran sudah menampar dahinya.

"alamak.."

Lalu tangannya jatuh mengusap wajahnya. Aku mula mengerut kening.

"kenapa?"

Soalku sambil menaikkan kedua belah keningku.

"abang tertinggal barang dekat restoran tadi.."

Keluhnya. Dahi aku tampar. Kepala aku geleng perlahan. Macam macam betul lah abang aku ni!..

"okey, Naura pergi masuk kereta dulu, tunggu abang pergi ambil barang."

Katanya sambil menghulurkan kunci kereta axia miliknya. Aku hanya mengangguk perlahan lalu menyahut kunci tersebut. Kemudian laju sahaja kakinya beredar daripada situ.

Keadaan menjadi sunyi seketika.
Ditambah pula dengan ketegangan diantara kami berdua. Seakan akan keriuhan di mall itu tidak wujud di dalam dunia kami buat sementara. Aqasha yang berada jauh beberapa tapak dariku aku pandang figuranya dari tepi. Kemudian mataku jeling ke atas. Menyampah!

"apa masalah kau?"

Soalnya dingin. Aku pula hanya membuat muka selamba. Mataku sibuk melilau kawasan parking tersebut. Cuba untuk berpura pura tidak tahu.

"kau pekak ke?"

Soalnya lagi. Aku pula hanya meneruskan caraku.

"Hey, you.."

"oh, ya abang Aqasha, maaflah tapi saya kena pergi sekarang.."

Belum sempat dia berkata apa, laju sahaja aku memotong ayatnya. Senyuman manis aku berikan kepadanya. Aqasha terkedu sejenak. 'Yes, I'm the winner!' jerit hatiku. Kemudian kakiku mula berganjak daripada situ sebelum....

PON! PON!

Bunyi hon kereta itu membuatkan langkahku terkunci di tengah jalan.

"aahhh!!"

"Naura!!"

BAM!

Tubuhku sudah tersungkur ke tanah. Mata aku pejam rapat. Aku masih hidup ke?! Jantungku sudah mula berdegup kencang.

Tiba tiba aku dapat rasakan ada satu hembusan nafas tepat mengenai wajahku. 'Siapa ni?' bisik hatiku. Dengan kekuatan yang ada, mata aku buka perlahan lahan. Dan jantungku
berhenti berdegup seketika. Mata aku dan matanya bertembung.

Hazel.

Kini aku berada betul betul di bawah tindihannya. Bauan apple pada
tubuhnya dapat aku hirup. Matanya yang dari tadi merenung ke dalam kolam mataku perlahan lahan membuatkan aku tenggelam ke dalam dunia yang dia cipta.

Aku tak tahu yang dia dapat rasakan apa yang aku rasa atau tidak tetapi yang aku tahu rasa ini terasa amat....

Indah..

Mataku aku kelip laju. Apa aku buat ni? Dengan sekuat tenaga, tubuhnya
aku tolak menjauhiku. Wajahnya aku pandang. Dia juga seperti tidak faham apa yang berlaku.

Kemudian aku bangun. Baju aku kibas menggunakan kedua belah tapak tangan. Begitu juga dengannya.
Aku pandang dia. Dia pandang aku

"Thank you"

Ucapku ringkas kemudian aku berlalu daripada situ.














Telefon aku buka. Kemudian aku menekan logo Instagram. Laju sahaja aku scroll semua post dari following aku. Sehinggalah aku tertarik melihat post daripada abangku sendiri. Gambar yang dia post beberapa minit yang lalu aku lihat. Mataku tertumpu pada lelaki di sebelahnya. Perlahan lahan, senyuman terukir dibibir merahku. Wajah lelaki itu aku usap pada skrin.

"He save me."

Aku bermonolog sendiri.
Perlahan lahan kepala aku geleng.

"Nah.."

"he always save me. "

Kemudian aku membuka gallery. Satu persatu gambar aku slide.

"But he doesn't like me"

Dan senyumanku mati. Gambar aku bersama Insyirah aku pandang.

"he likes you"

Senyuman cuba ku ukir. Tetapi semakin ku cuba, hatiku terasa semakin sebak.

Tubuh aku rebahkan ke atas katil. Aku tersengih.

"adoooii.. Apa yang kau merepek ni wahai Iman Naura.."

Kemudian aku menggeliatkan tubuhku.

"kau tak suka dia pon..."

Aku tersenyum kecil.














Kakiku laju sahaja aku hayunkan ke dapur. Figura umi yang sedang tekun memasak makan malam aku pandang. Aku mula tersenyum nakal. Dengan perlahan, aku berjalan mendekati umi. Dan..

" ASSALAMUALAIKUM UMI!"

Bahu umi sedikit terhinjut. Aku yang melihat umi tergelak kecil.

"Astaghfirullahalazim.."

Ucap umi sambil mengurut dadanya. Kemudian tubuhnya dibawa menghadap kearah aku. Tangannya mula dicekak pada pinggang.

"siapa ajar main terkejut kejut kan orang nie? Mujur umi tak ada darah tinggi je. Kalau tak lama dah umi takda"

Tulaa.. Siapa suruh main terkejut terkejut? Kan dah kena...

Aku pula hanya tersengih macam kera busuk.

"sorry.."

Hanya perkataan itu sahaja yang dapat aku ungkap buat masa sekarang. Umi yang melihat ke arahku hanya menggeleng perlahan. Kemudian dia menyambung kerjanya semula.

Peti ais aku buka. Buah epal yang berwarna merah menjadi tumpuanku. Lantas aku mengambilnya lalu membasuhnya di sinki. Sebuah bangku yang terdapat di dapur menjadi tempatku berlabuh.

Epal tersebut aku renung lama...

Just like him.

Aku tersenyum kecil. Lalu aku suapkan kedalam mulutku.

Umi yang sedang memasak aku pandang.

"Umi."

"errm?"

"Naura nak tanya, kenapa kita perlu berkorban, eh?"

Soalku sekadar ingin tahu.

"kerana kejayaan itu akan hadir jika adanya pengorbanan."

Balas umi ringkas tetapi penuh makna. Matanya masih tertumpu pada masakannya. Aku pula hanya mengagguk perlahan. Tetapi masih tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

"tapikan umi, kenapa kita perlu berkorban kalau takdir kita akan tetap sama?"

Umi yang mendengar soalan aku kali ini seperti tersentak seketika. Beberapa minit dibiarkan terjeda.

"Naura tahu ke apa takdir Naura?"

Soal umi kepadaku setelah seminit berlalu. Kepala aku geleng laju.

"tak"

"habis tu takkan Naura nak bazirkan masa Naura semata mata disebabkan Naura tak tahu takdir Naura?"

Dengan itu, aku terkedu.

"Dan Naura kena ingat, Allah tak janji kalau Naura belajar sungguh sungguh Naura akan berjaya. Tapi Allah janji siapa yang jaga solat, dia akan berjaya."

Bulu romaku mula menegak. Ya Allah, hebat sungguh janjimu...

"tapi kalau tak ada usaha, tak ada guna juga..."

Sambung umi. Kemudian aku hanya mengangguk perlahan.









Love Sacrifice Where stories live. Discover now