Insyirah yang sedang memandu aku pandang dari tepi. Selepas sahaja aku sampai ke rumahnya tadi, terus dia mengajakku keluar. Katanya ada barang yang mahu dibeli.
Senyuman perlahan lahan terbit di bibirku. Teringatkan lelaki itu, hatiku mula berbisik, 'Dia nak kat awak'
"he wants you"
Tiba tiba sahaja perkataan itu keluar dari mulutku. Cepat cepat aku tekup mulutku menggunakan kedua belah tanganku. Insyirah sudah mula mengerut kening. Alamak, dia dengar ke?!
"apa awak cakap, Naura?"
Soal Insyirah yang tidak berapa dengar akan kata kataku tadi.
Kepala aku geleng laju."nothing"
Insyirah mengangguk faham. Aku yang tadi panik menghembuskan nafas lega. Fuh..nasib...
Tapi untuk apa aku panik? Tak jadi masalah pun kalau aku bagitahu dia tentang Aqasha. Cepat sikit dia boleh kahwin, kan? Cuma..yang jadi masalahnya adalah aku. Aku pun tidak tahu kenapa hati aku ni berkeras tidak mahu memberitahu Insyirah tentang Aqasha. Kadang kadang aku rasa bersalah juga... Mungkin bukan masanya lagi.
Positive, Naura!!
Pandangan ku alihkan ke cermin pandang belakang. Keningku mula berkerut apabila ku dapati ada sebuah kereta Mercedes-Benz sedang mengekori kami sedari tadi. Aku rasa macam pernah nampak, tapi dekat mana ya?
"Naura, kita dah sampai."
Suara Insyirah mematikan lamunanku. Kemudian kami melangkah keluar daripada perut kereta viva milik Insyirah. Ya Allah... bila aku nak ada kereta sendiri??
Mataku mula melilau kawasan sekeliling. Mana kereta tadi?
"awak cari apa, Naura? Dari tadi lagi saya tengok awak macam cari sesuatu."
Soal Insyirah yang mula menyedari kelakuanku yang agak aneh.
"tak ada apa. Saya saja jer nak tengok kawasan sekeliling. Mana tahu jumpa jodoh?"
Balasku berserta alasan. Senyuman cuba ku ukir untuk meyakinkan Insyirah.
"betul ni?"
Soalnya serius. Kepala aku angguk dengan penuh yakin.
"yes, sir!"
Kemudian badanku tegakkan ala ala tentera. Insyirah hanya tersenyum melihat karenah ku. Kepala digelengnya perlahan.
"dahlah, jom pergi"
Kemudian tanganku ditarik olehnya berlalu daripada situ.
She is my friend,
And I want her
to be happy,Because I love her
in the name of Allah..
"Naura, nak air apa?"
Soal Insyirah. Jemari aku bawa menongkat ke dagu. Air apa eh? Hmmm..
"Carrot juice"
Balasku. Kemudian pelayan wanita yang berada di tepi Insyirah mula menyalin pesananku.
"is there anything else?"
Soal pelayan wanita itu lagi. Kemudian aku dan Insyirah menggeleng perlahan. Lalu pelayan wanita tersebut berlalu daripada situ.
Insyirah yang sedang membaca buku yang baru dibelinya tadi aku pandang. Rajin sungguh kawan aku ni....patutlah ramai orang nak. Ish..ish..ish..
"awak baca buku apa tu?"
YOU ARE READING
Love Sacrifice
Romance"kenapa aku perlu berkorban kalau takdir aku akan tetap sama?" - Naura' Kisah seorang gadis yang masih mencari erti pengorbanan. Dia telah jatuh hati kepada seorang lelaki yang menyukai sahabatnya sendiri. Adakah Naura akan korbankan rasa cintanya...