Part 3

54 4 1
                                    

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pintu membuatkan aku tersedar daripada tidur. Perlahan lahan mataku menjeling ke arah jam dinding.

10 pagi!

"akak! Cepatlah bangun! Tido je tahu!"

Jerit Nabila dari luar bilik. Tangannya pula lincah memulas tombol pintu yang berkunci. Aku ni memang style suka berkurung dalam bilik, sebab tu pintu aku kunci. Budak ni lagi satu, ketuk pintu tu elok elok lah sikit, tak pasal pasal rosak pintu bilik aku. Tak pun roboh satu rumah. Amek kau!!

" okay, okay... Akak dah bangun... Sabarlah skejap.."

Pintu bilik aku buka. Nabila yang berada di hadapanku memandangku tajam sambil bercekak pinggang. Macam makcik makcik pula aku tengok dia ni.

"Haa... Dah bangun pun! Apalah akak ni.. Dah besar panjang pun masih bangun lambat. Tengok adik ni, baru 19 tahun dah bangun awal! Akak tu dah 21 tahun, dah nak jadi mak nenek dah pun, masih lagi bangun lambat! "

Bebelannya terpaksa aku hadap.
Hek eleh, Baru 19 tahun konon! Mulut dia tu dah macam 49 tahun tahu tak!?

" dah siap bebel? Ok, akak masuk balik.. "

" eh, akak.. "

Tak sempat Nabila meneruskan ayatnya, pintu bilik aku sudah ditutup.

" ikut akaklah.."
Nabila bermonolog sendiri sambil berlalu daripada situ.

Telefonku aku buka, lalu menekan logo WhatsApp.

'Naura, ingat tau pukul 11:30 nanti jumpa kat mall.' - Insyirah

Mesej itu aku baca. Hari tu, aku tak satu flight dengan Insyirah sebab flight dia delay. Lekas aku turun dari katil lalu kaki aku hayunkan menuju ke ruang tamu.

"bang.."

Belum sempat aku meneruskan ayat, wajah mereka aku pandang satu persatu. Apahal diorang tengok aku macam baru lepas nampak hantu? Kemudian aku melihat wajah Nabila yang cuba menahan tawa.

"Naura, pergi pakai tudung" arah abangku.

Kenapa? Kemudian aku perhatikan mereka semula. Dan aku perasan ada seorang lelaki yang cuba menahan pandangannya daripada melihatku. Dan aku terkedu sejenak. Darah mula mengalir ke wajahku. Dengan pantas aku berlari masuk kedalam bilikku semula.

"Ya Allah!!!"
Bergema satu ruang tamu dengan jeritanku.














Bedak aku sapu ke wajahku. Kan dah cantek!! Kemudian aku mula membuat posing ala ala model di hadapan cermin. Aku rasa tak lama pecahlah cermin ni kalau hadap aku hari hari.

"Naura, cepatlah sikit!"

Laung Imran dari ruang tamu. Abang aku ni memang tak boleh sabar sikit ke? Almaklumlah aku kena tumpang dia kalau nak pergi mana mana. Aku mana ada lesen lagi. Tapi mujurlah yang dia pun nak pergi mall dengan kawannya.

"Ok, on the way!"

Lantas aku mengmbil beg tanganku lalu bergegas ke ruang tamu.














"Naura takpe ke abang tinggal kat sini?"

Soal Imran risau. Apa dia ingat aku ni budak 4 tahun ke? Kemudian aku mengangguk laju.

"Ok jerr.. Lagi pun memang kitorang Janji nak jumpa kat sini.. Abang pergilah jalan berduaan dengan kawan abang tu."

Balasku selamba sambil memuncungkan bibirku ke arah Aqasha. Memang dah takdir aku kena hadap muka dia berkali kali. Tiba tiba kepalaku digosok kuat.

"aduh.. Sakitlah! Tengok, dah tak jadi dah awning.."

Jemariku sibuk membetulkan awning tudung. Imran hanya tergelak kecil. Apa dia ingat lucu ke? Lantas aku menarik telinganya dekat ke wajahku.

"aduh.."

Haaa rasakan. Lantas aku berbisik ke telinganya.

"kenapa abang tak bagitahu tu kawan abang?"

Bisikku cukup untuk kami berdua sahaja yang mendengar.

"kenapa? Berkenan ke?"

Soal Imran sambil mengangkat kedua belah keningnya. Senyuman nakalnya juga turut terbit di bibirnya. Lengannya aku tampar kuat. Orang tanya btul betul dia main main pulak!

"Dahlah, pergi main jauh jauh! Kesian kawan abang tu tunggu."

"wow.. Caringnya.." bisiknya lagi. Kemudian badannya aku tolak kasar.
Main main lagi! Secara automaticnya
mereka berundur daripada situ.

"Naura!"

Sapa Insyirah. Mendengarkan suara Insyirah membuatkan langkahnya terhenti. Ya, Aqasha. Kemudian dia berpaling semula ke arah kami. Imran yang berada di tepinya sudah mula mengerut kening. Pelik agaknya.

Mata hazelnya itu tidak lekang daripada melihat wajah Insyirah. Dan aku dapat rasa yang sekarang ini aku
hanyalah watak sampingan dalam sebuah drama. Aku tak tahu rasa apakah ini, tetapi yang aku tahu rasa ini terasa amat....

Sakit...

Eh jap, kau ni dah kenapa Naura?! Lantak dialah!

"Naura?"

Soal Insyirah sambil melambai lambai tangannya di hadapan wajahku. Lalu mataku aku kelipkan.
Aku termenung ke tadi?

"laa taqrabuzzina.."

Bisikan Imran membuatkan Aqasha terkejut. Meremang bulu roma dibuatnya!

"hey, you make me surprised!"

Marah Aqasha. Imran pula hanya tergelak kecil.














Aku yang sedang sibuk mencari barang perasan akan kehadiran lelaki tersebut. Mana tidaknya, matanya itu tidak lekang daripada memerhati ke arah Insyirah. Takkan Insyirah tak perasan? Abang aku ni pun satu, bawa kawan dia tu pergi jauh jauh sikit, boleh tak?

"Naura, awak nak pergi mana?"

Soal Insyirah setelah menyedari yang aku mahu berganjak daripada situ. Aku pula hanya tersenyum senget.

"err...nak pergi tandas skejap"

Balasku lalu pergi daripada situ. Insyirah pula hanya membiarkan aku pergi.

Aku mula mendekati Aqasha dari belakang.

"assalamualaikum" sapaku. Tetapi dia tidak membalas. Kemudian mataku melihat ke arah Insyirah. Kepala aku geleng perlahan. Syok sangat dia ni.

"Yang kau tengok kawan aku macam nak makan tu apesal?"

Soalku menaikkan sedikit nada suara sambil bercekak pinggang.

Aqasha yang baru tersedar cuba mengawal nafasnya. Acah coollah tu!

"yang kau tak bagi salam tu apesal?"

Soalnya dingin. Aku pula hanya tersenyum sinis.

"cik abang, cik adik tadi dah bagi salam dah wahai cik abang. Cik abang itu sahaja yang tengah syioq pandang kawan kita sampai tak ingat dunia."

Jawabku lembut sambil berpeluk tubuh. Aqasha menjeling ke atas. Tak nak mengakulah tu!

"malas aku nak layan kau."

Kakinya sudah mahu berganjak daripada situ. Tetapi laju sahaja bibirku berbicara.

"lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik,"

Langkah kakinya terhenti.

"Dan lelaki yang jahat hanya untuk wanita yang jahat."

Kemudian dia berpaling kearahku. Mata hazelnya itu merenungku tajam.

"take care your mouth"

Ada sedikit penegasan pada ayatnya. Lalu dia pergi daripada situ. Aku pula hanya tersenyum menang. Terasa puas mengenakan Aqasha seperti itu.

Ps:any problems? Please comment👇

Love Sacrifice Where stories live. Discover now